May 8th, 2020

Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana binti Emriza terus positif menjalani rutin harian sebagai ibu dan isteri kepada keluarganya meskipun masih bertarung melawan kanser limfoma yang dihidapi sejak kira-kira lapan tahun lalu.

Elyana

Memetik laporan daripada BH Online, Elyana difahamkan masih syukur menjalani kehidupan seperti biasa malah menyatakan yang sakitnya kini tidak seteruk awal-awal dahulu.

Menurut Elyana, meskipun beliau masih pesakit kanser tahap empat, namun tahap kesihatannya dalam keadaan normal. Malah tidak menafikan yang kadang-kadang beliau juga turut berdepan situasi yang mencurigakan.

“Ada juga masanya saya penat, seperti mahu ke tandas pun saya letih. Bagaimanapun, semuanya baik-baik sahaja sekarang,” katanya kepada BH Online.

Tambah Elyana, selepas menjalani rawatan radioterapi, beliau kini sudah lebih setahun tidak menjalani pemeriksaan di hospital.

ElyanaHal ini demkian kerana, selepas menjalani rawatan, keadaan tersebut telah menyebabkan dirinya tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Menurut pemenang Anugerah Khas Pilihan Juri di Voice of Asia Kazakhstan ini, beliau kini masih aktif menerima tawaran nyanyian dan lakonan, malah telah sempat menyelesaikan penggambaran drama Misi Dania 2 sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Tidak sabar menunggu pandemik COVID-19 berakhir. Saya mahu kembali bekerja. Antara sebabnya, saya bosan terkurung di rumah selain mahu menjana pendapatan,” katanya.

Elyana

Meskipun kondusi kesihatannya tidak memberangsangkan, Elyana kini difahamkan masih mampu menunaikan kewajiban ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.

Malah beliau juga mengakui selain tidak perlu memakan ubat mengikut masa tertentu, faktor yang mendorong dirinya melakukan ibadah tercetus apabila melihat anaknya yang baru berusia sembilan tahun sudah mampu berpuasa penuh.

Sumber: BH Online

December 13th, 2017

Sejak Elyana mengumumkan beliau adalah pesakit kanser Limfoma tahap 4, penyanyi itu terus menjadi perhatian netizen sehingga har ini. Walaupun ramai juga yang bersimpati dan mendoakan kesembuhan Elyana, tetapi ada juga sesetengah pihak yang menghina, mengecam serta mengambil kesempatan terhadap sakit yang dihidapi oleh Elyana.

Elyana juga manusia biasa seperti kita dan tentunya beliau mempunyai tahap kesabaran tersendiri. Menerusi akaun Instagramnya, Elyana ada memuat naik foto beliau menjalani rawatan kimoterapi dengan luahan sedih serta betapa terlukanya hati beliau dengan setiap kata-kata melampau yang ditujukan kepada dirinya.

Tersentuh hati membaca segala luahan Elyana, peminat beliau menerusi ruangan komen di Instagram berharap Elyana tidak terlalu memikirkan percakapan orang lain dan terus bersemangat melawan sakit kanser tersebut.

Kami pun tidak faham dengan masyarakat yang sanggup menghina seseorang yang sedang sakit. Pesakit kanser ini memang tidak boleh tertekan kerana ia akan membuatkan sakit mereka lebih teruk. Sepatutnya pada saat ini, kita harus memberikan sokongan agar Elyana terus kuat melawan sakitnya itu. Bersabarlah Elyana, jangan mudah putus asa dan semoga terus tabah menempuhi dugaan ini.

November 30th, 2017

Berita Elyana menghidap kanser Limfoma tahap 4 mendapat perhatian netizen sejak beberapa hari lepas, ramai yang bersimpati dengan nasib penyanyi itu dan mendoakan beliau. Walaubagaimanapun, masih ada sesetengah netizen yang memperlekehkan sakitnya itu dan dengan lantang menghakimi penampilan Elyana yang masih tidak menutup aurat.

Menerusi portal Astro Gempak, Elyana memberitahu beliau tidak berkecil hati dan menyifatkan apa yang dikatakan netizen itu adalah sekadar nasihat.

Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan segala nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul. Saya setuju dengan komen-komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya. Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu.

Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan.  Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati. Saya menghargai setiap komen dan doa yang ditulis peminat kepada saya.

Kami puji dengan semangat dan kekuatan Elyana yang memandang sesuatu perkara itu dari sudut yang positif. Kita tidak tahu betapa deritanya Elyana cuba melawan penyakitnya dan siapalah kita untuk menghakimi beliau tidak memikirkan akhirat ataupun tiada niat untuk bertudung. Doakan sahaja yang baik-baik untuk Elyana.

Sumber Berita : Astro Gempak

November 29th, 2017

Ketika penyanyi Elyana Emrizal mengumumkan beliau merupakan pejuang kanser Limfoma tahap 4, seluruh peminat merasa terkejut dan sedih mendengar berita tersebut. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah netizen yang mempertikaikan tindakan Elyana yang mengumumkan perkara tersebut apabila tersingkir dari Gegar Vaganza 2014. Mereka berkata Elyana cuma mahu meraih simpati ramai.

Kalau saya ingin menagih simpati, dari awal dulu saya melakukannya. Ketika itu saya susah, tidak ada duit untuk membeli ubat dan susu anak. Tapi saya tidak pernah berkongsi semua masalah itu dengan sesiapa termasuk ibu bapa dan adik-beradik. Sudah menjadi prinsip hidup saya tidak suka menyusahkan orang. Saya mahu orang melihat saya sebagaimana diri saya yang sihat, degil, ceria, tiada masalah dan suka berjenaka.

Elyana bersyukur kerana orang ramai bukan sahaja mendoakan beliau tetapi memberikan kata-kata semangat untuk beliau melawan penyakitnya itu. Malah, Elyana juga tidak sangka apabila ada yang menjadikannya sebagai sumber inspirasi.

Pesakit kanser ini tidak boleh tertekan, jadi kami harap tiadalah pihak yang ingin mempertikaikan lagi keputusan Elyana untuk mengumumkan berita tentang sakitnya itu. Janganlah juga memberikan komen negatif. Seeloknya kita terus berikan kata-kata semangat dan mendoakan beliau. Bukan mudah untuk melawan penyakit kanser.

Sumber Berita : Harian Metro