September 5th, 2016

Berita mengenai Kamal Adli yang sering tiba lewat ke lokasi penggambaran memang menjadi bualan hangat krew produksi.

Perkara itu diakui oleh Kamal sendiri dimana beliau memberitahu mutu kerjanya agak mengecewakan kerana emosi beliau terganggu selepas percintaan beliau dan Emma Maembong dikatakan mempunyai masalah.

Tipulah kalau saya katakan saya tidak terkesan dengan apa yang sudah berlaku di antara dengan dan Emma.

Menurut Kamal, beliau tahu semua orang sedar dengan perubahan sikapnya itu dan akan cuba untuk mencari kembali semangat yang hilang untuk memberikan fokus terhadap kerjayanya.

Saya seorang yang bekerja keras kerana saya fikirkan mengenai masa depan. Ini kerana saya mahu melangsungkan perkahwinan memandangkan usia semakin meningkat.

Insya-Allah, saya akan cuba cari semula semangat yang hilang itu. Maklumlah apabila berlaku perkara begini ibarat patah sebelah kaki. Bagaimanapun ketika bekerja saya tetap memberi sepenuh tumpuan.

Semua orang pasti akan murung dan penuh emosi apabila berhadapan dengan masalah percintaan. Kadang-kadang ada yang boleh sorok perasaan mereka dan ada pula yang sebaliknya. Namun, kami harap Kamal Adli dapat mengharungi segala ujian percintaan dengan tabah dan jangan biarkan ia menjejaskan kerjaya anda.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
December 30th, 2015

Masalah mengenai disiplin Kamal Adli yang sering tiba lewat ke lokasi penggambaran bukanlah satu perkara baharu yang kami dengar.

Baru-baru ini juga, Kamal hadir agak lewat pada malam gala filem lakonan beliau bersama Nora Danish iaitu Isteri Untuk Dijual.  Ini seakan menunjukkan bahawa berita tentang beliau artis yang tidak berdisiplin benar belaka.

Walaubagaimanapun, menurut Kamal beliau terpaksa menghadiri satu mesyuarat penting di Seremban pada hari yang sama dan memohon maaf kepada pihak media kerana terpaksa menunggu lama.

Saya minta maaf kepada semua rakan media yang menunggu lama. Saya bukan sengaja nak datang lambat tapi ada kerja lain perlu diselesaikan. Saya perlu menghadiri satu mensyuarat berkaitan perniagaan di Seremban.

Dari awal saya sudah tetapkan masa untuk tiba tepat pada waktunya tapi sepanjang perjalanan hujan lebat. Sangkaan saya Nora Danish hadir, jadi dia boleh ‘cover’ sekejap, tapi tak. Malah, saya pun tak dimaklumkan berkenaan perkara itu.

Kamal juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang beliau lewat kerana menghabiskan masa bersama kekasihnya Emma Maembong.

Sebagai seorang artis Kamal Adli sepatutnya bijak dalam menguruskan jadual beliau dan tidak membuat orang lain menunggu terlalu lama.

Sumber Berita: Harian Metro

Advertisement
April 13th, 2015

Kamal Adli sekali lagi didakwa tidak mempunyai disiplin dalam menjaga masa kerana tiba lewat ke lokasi penggambaran  program Ye Ke?! selama 2 jam setengah.

Diundang sebagai tetamu bagi  sesi rakaman pertama, beliau sepatutnya hadir pada jam 12.30 dan telah menjejaskan rakaman kedua pada hari tersebut yang membabitkan artis terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Awie, Nabila Huda, Amy Mastura dan Raja Azura.

Artis-artis bagi sesi kedua datang setengah jam lebih awal daripada yang ditetapkan dan kerana kelewatan Kamal, Awie terpaksa menarik diri pada saat akhir.

Tentu sekali produksi program tersebut menjadi tidak menentu kerana rencana mereka celaru dan mempersoalkan mengapa Kamal tidak memberitahu krew ataupun penerbit sekiranya beliau mempunyai sebarang masalah.

Sebelum ini, Kamal yang bertindak sebagai hos program pencarian bakat Dewi Remaja juga sering tiba lambat dari masa yang ditetapkan.

Kalau Kamal Adli berterusan begini tentu ia boleh menjatuhkan imejnya sebagai seorang selebriti serta mensia-siakan peluang yang ada. Apa sahaja kekangan yang dihadapi adalah lebih baik untuk memberitahu pihak yang lain agar tidak menimbulkan sebarang masalah. Tidak manis sekiranya kita menjejaskan jadual orang lain juga kerana artis lain mempunyai kerja lain juga.

Sumber Berita: Harian Metro

 

Advertisement