Written by Bella | November 2nd, 2017

Berjaya dinobatkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 dan memecah tradisi dimana kali pertama seorang pelakon memenangi pertandingan tersebut, Kamal Adli bagaimanapun memberitahu beliau belum bersedia untuk bergelar pelawak.

Saya masih pelakon biasa seperti dahulu. Bezanya, sudah tertulis rezeki saya untuk memenangi SSS2017 dan menewaskan pelawak-pelawak yang ada. Seperti pelakon lain, saya masih meneliti skrip dan jalan cerita sesebuah naskah sebelum menerima sesuatu tawaran.

Tak kisahlah jika karya itu berbentuk serius, lawak atau seram, saya akan menerimanya jika jalan ceritanya bagus.

Kamal pada masa yang sama, menyifatkan kemenangannya itu adalah pengubat luka dan masalah kepada segala kontroversi serta dugaan percintaan bersama Emma Maembong, yang melanda beliau beberapa hari sebelum final Super Spontan Superstar 2017.  Malah, Kamal  yang  berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 dalam satu kenyataan kepada pihak media sebelum ini  akui mungkin ia sebagai petanda sudah tiba masanya untuk beliau memikirkan soal perkahwinan bersama Emma.

Sumber Berita : Astro Gempak