November 16th, 2018

Sebelum ini, percintaan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong antara yang menjadi tumpuan hangat media dan peminat sehingga timbul khabar angin mereka bakal berkahwin. Namun, disebabkan satu kontroversi dan salah faham hubungan mereka berdua dikatakan renggang.

Walaubagaimanapun, ramai yang tahu Kamal berusaha sedaya upaya untuk memulihkan hubungan mereka dan menawan kembali hati Emma. Untuk satu tempoh, mereka kelihatan cukup mesra, tetapi sekarang, kedua-duanya jarang kelihatan meluangkan masa bersama lagi.

Terbaru, Kamal mengakui dirinya kini sudah solo dan menjelaskan beliau dan Emma hanya sekadar kawan sahaja.

Saya kini sedang single. Saya dengan Emma memang hanya berkawan sahaja. Mungkin kedua-dua kami selesa dengan perkara ini. Setakat ini, saya memang tiada siapa-siapa dan masing-masing memberikan fokus terhadap kerja.

Kamal memberitahu beliau mahu menyemak semula segala kesilapan dan kekurangan diri menerusi perhubungan terdahulu sebelum bersedia untuk kembali ke alam percintaan semula.

Sumber Berita : Astro Gempak

Advertisement
June 11th, 2018

Tiga hari sahaja lagi, seluruh umat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, ada yang sudah mula balik kampung untuk bertemu keluarga tercinta. Memang seronok dapat berkumpul ramai-ramai dan bertemu dengan saudara mara setelah sekian lama tidak bersua.

Namun, pastinya akan ada soalan-soalan maut untuk mereka yang masih belum berkahwin seperti Kamal Adli. Beliau tahu, tahun ini beliau akan dihujani dengan soalan tentang jodoh dan pernikahan, namun Kamal tetap tenang menjawab persoalan tersebut.

Kalau ikut hati, memang saya mahu menjadikan Aidilftri kali ini sebagai sambutan raya terakhir sebagai orang bujang. Tapi siapalah saya untuk bercakap soal jodoh kerana ia ketentuan Allah. Bagaimanapun saya mengharapkan orang bertanya itu mendoakan yang baik-baik untuk saya.

Hubungan Kamal dan Emma pula ibarat tiada tujuan yang pasti, mereka tetap mesra dan rapat ibarat pasangan kekasih, tetapi tiada sebarang perkembangan lanjut. Disebabkan itu, Kamal akui beliau tidak mahu bercakap lagi soal jodoh dengan Emma.

Kalau benar sudah tertulis jodoh saya dengan dia, saya menerima dengan tangan terbuka. Namun selagi belum ada jodoh biarlah kami berkawan seperti biasa.

Jodoh itu rahsia Tuhan, dan sebaik mana pun kita merancang belum tentu orang yang kita cintai itu milik kita. Kita hanya perlu bersabar dan ikhlas dalam menanti ketentuan takdir yang terbaik.

Sumber Berita : Harian Metro

Advertisement
July 21st, 2017

Pernah dikatakan sudah putus cinta dan renggang, hubungan antara Emma Maembong dan Kamal Adli masih lagi menjadi tanda-tanya dikalangan peminat. Apa agaknya kesudahan pasangan ini yang agak lama menjalin hubungan. Malah, teman baik Emma iaitu Mawar Rashid pun sudah bertunang dan bakal berkahwin hanya beberapa bulan berkenalan dengan Raf Yaakob. Menerusi BH PLUS, Emma memberitahu beliau dan Kamal masih lagi bersama, cuma mereka berdua belum lagi fikir untuk mendirikan rumah tangga.

Tiada perkembangan baru nak dikongsi mengenai saya dan dia (Kamal). Kami masih bersama. Cuma, ketika ini, masing-masing memberi tumpuan untuk masa depan. Saya tak fikir soal kahwin buat masa ini.Saya hanya ikut rentak hidup dan tiada tekanan. Jika diikutkan, orang pun sudah tidak hiraukan kisah hubungan kami.

Saya pernah mengeluarkan kenyataan, selagi tiada kenyataan rasmi atau status dikongsi di laman sosial seperti Instagram atau saya sendiri bercakap mengenai kahwin, memang tiadalah (rancangan bernikah). Jadi, janganlah percaya cerita yang belum pasti hujung pangkalnya. Sebaiknya, tunggulah jawapan rasmi saya (mengenai perancangan bersama Kamal). Kalau tak, janganlah percaya.

Biarlah mereka mengambil masa yang lebih lagi untuk mengenali hati budi masing-masing sedalamnya. Apa-apa pun, kami mendoakan yang terbaik untuk Emma dan Kamal.

Sumber Berita : BH PLUS

Advertisement