Written by Bella | November 16th, 2018

Sebelum ini, percintaan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong antara yang menjadi tumpuan hangat media dan peminat sehingga timbul khabar angin mereka bakal berkahwin. Namun, disebabkan satu kontroversi dan salah faham hubungan mereka berdua dikatakan renggang.

Walaubagaimanapun, ramai yang tahu Kamal berusaha sedaya upaya untuk memulihkan hubungan mereka dan menawan kembali hati Emma. Untuk satu tempoh, mereka kelihatan cukup mesra, tetapi sekarang, kedua-duanya jarang kelihatan meluangkan masa bersama lagi.

Terbaru, Kamal mengakui dirinya kini sudah solo dan menjelaskan beliau dan Emma hanya sekadar kawan sahaja.

Saya kini sedang single. Saya dengan Emma memang hanya berkawan sahaja. Mungkin kedua-dua kami selesa dengan perkara ini. Setakat ini, saya memang tiada siapa-siapa dan masing-masing memberikan fokus terhadap kerja.

Kamal memberitahu beliau mahu menyemak semula segala kesilapan dan kekurangan diri menerusi perhubungan terdahulu sebelum bersedia untuk kembali ke alam percintaan semula.

Sumber Berita : Astro Gempak

12 responses to Saya ‘Single’, Hanya Sekadar Kawan Sahaja Dengan Emma – Kamal Adli

  1. roti gardenia says:

    Last-last dua dua mereput di tepi peti ais takde sapa nak!

    4

    1
  2. nok gebuzzz says:

    adoii…cari jer la org biasa.level ko retis mana nak….dyorg semua nak tangkap jerung besar…

    3

    0
  3. nenek kamal bacin says:

    nenek ko busuk!

    0

    4
  4. kerapu says:

    tak yah becinta-cinta la, letihhh, lagi2 emma maembong tu, dia gedik2 dengan alvin tu skrg

    3

    2
  5. Anonymous says:

    tipu lah … masih je bercinta cuma si Kamal diperbodoh kan Emma.

    move on lah kamal, ade lebih baik kat luar sane, tak perlu lah nak hegeh2 kat minah poyo yg dgn semua lelaki dia ‘teman tapi mesra’

    8

    0
    • Anonymaniac says:

      Iyeee btul sgt tu. Kena la friendzone balik sbb duit dah susut lalalalala…
      Cari la pompuan yg lg baik, Kamal oii utk buat bini. Stakat Emma ni, are you sure she can be the mother of your future children? Kalau aku memang x arhhh

      2

      3
  6. Anonymous says:

    Rasanye Emma pun dah dgn org lain skrg

    1

    0
  7. hurmmm… agak dah. beria2 sangat now membazir masa jer laa korg.

    1

    0
  8. Nino says:

    Ok la jgk klu masih berkawan..lofattah bkn setakat x jadi ,bertegursapa pun dah x boleh

    2

    0
  9. Anonymous says:

    cari calon lain la kamal yg elok betul.

    0

    0
  10. Akak Kantin 2.0 says:

    xyah cari artis la kamal..cari orang biasa sudah..contoh cari yg keje gomen..xcantik pun xpe..janji pandai jaga hati n perot kamal sudah…

    0

    0
  11. chinta says:

    eloklah emma cari yg semenggah. dan kurangkan up psl cinta je.. muke ade bakat ade tp hidup minah emma ni psl gosip cinta murahan.

    1

    0

Leave a Comment

Optional