March 7th, 2019

Bakal melangsungkan majlis pernikahan pada penghujung bulan Mac ini, pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz sudah mula mengedar kad undangan perkahwinan bagi majlis sebelah pengantin lelaki kepada pihak media.

Majlis resepsi akan diadakan di kampung halaman Aidil di Negeri Sembilan pada 6 April. Bagaimanapun, buat masa ini,  Aidil masih belum memberitahu tarikh sebenar pernikahan mereka. Apa-apa pun, persiapan sudah pun diatur dan beliau berharap segala perancangan akan berjalan dengan lancar.

Buat masa ini, memang kami akan nikah hujung bulan ini. Perasaan saya buat masa ini bercampur baur, maklumlah, perkahwinan merupakan satu komitmen yang sangat besar. Saya berdoa dan berharap agar segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Aidil dan Fasha mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu selepas mula berkenalan dan rapat ketika sama-sama membintangi drama Mamu Mami Gosip. Ini adalah perkahwinan kedua buat Fasha dan yang pertama buat Aidil.

Kami di BeautifulNara ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan semoga segalanya dipermudahkan buat mereka. Amin..

Sumber Berita : Kosmo Online

Kredit Foto : MHE TV

April 12th, 2012

Sebelum apa-apa, Abang Nara ingin ucapkan tahniah kepada Fasha Sandha atas kejayaan memenangi Anugerah Bintang Popular untuk kategori Pelakon Drama Wanita Popular. Bagi Abang Nara, Fasha memang layak kerana kebanyakan drama lakonannya pada tahun 2011 semuanya meletup belaka. Dan Abang Nara juga ingin ucapkan tahniah in advance atas pernikahan Fasha dan Jejai yang bakal berlangsung pada 27 April ini.

kad pernikahan fasha sandha

Harian Metro semalam berkongsi gambar kad jemputan pernikahan Fasha Sandha dan Jejai yang bakal berlangsung pada 27 April ini di satu lokasi yang dirahsiakan. Menurut Fasha Sandha, hanya 300 tetamu sahaja yang akan dijemput membabitkan anggota keluarga dan sahabat rapat sahaja. Kata Fasha:-

Majlis ini kami lakukan secara tertutup membabitkan 300 jemputan termasuk keluarga dan teman rapat saja. Saya bersyukur dengan segala limpahan rezeki dan alhamdulillah akhirnya apa yang kami rancang dapat juga direalisasikan. Kad undangan kahwin sudah pun siap dan insya-Allah ia akan diedarkan tidak lama lagi, tapi saya minta maaf kerana masih tidak dapat memberitahu lokasi majlis diadakan kerana saya menghormati permintaan ibu bapa Rizal dan ibu bapa saya.

Menurut Jejai, persiapan perkahwinan mereka sudah hampir selesai. Dan Jejai enggan memberikan komen mengenai majlis resepsi yang kononnya akan dilangsungkan di luar negara. Menurut Jejai, majlis yang wajib (pernikahan) harus diutamakan sebelum memikirkan tentang majlis resepsi. Apa pun tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fasha Sandha dan Jejai atas berita gembira ini.