Written by Bella | March 7th, 2019

Bakal melangsungkan majlis pernikahan pada penghujung bulan Mac ini, pasangan Fasha Sandha dan Aidil Aziz sudah mula mengedar kad undangan perkahwinan bagi majlis sebelah pengantin lelaki kepada pihak media.

Majlis resepsi akan diadakan di kampung halaman Aidil di Negeri Sembilan pada 6 April. Bagaimanapun, buat masa ini,  Aidil masih belum memberitahu tarikh sebenar pernikahan mereka. Apa-apa pun, persiapan sudah pun diatur dan beliau berharap segala perancangan akan berjalan dengan lancar.

Buat masa ini, memang kami akan nikah hujung bulan ini. Perasaan saya buat masa ini bercampur baur, maklumlah, perkahwinan merupakan satu komitmen yang sangat besar. Saya berdoa dan berharap agar segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Aidil dan Fasha mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu selepas mula berkenalan dan rapat ketika sama-sama membintangi drama Mamu Mami Gosip. Ini adalah perkahwinan kedua buat Fasha dan yang pertama buat Aidil.

Kami di BeautifulNara ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan semoga segalanya dipermudahkan buat mereka. Amin..

Sumber Berita : Kosmo Online

Kredit Foto : MHE TV

12 responses to Fasha Sandha Dan Aidil Aziz Sudah Mula Edar Kad Kahwin

  1. Anonymous says:

    nikah je 5hb April..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    fasha ada pgalaman, pasti fasha terkam dulu..

    3

    0
  3. Anonymous says:

    sudah kah ajar anak tido berasingan..kalau belom, sudah terlambat, nnti..ganggu honeymoon

    3

    0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      kalau gi honeymoon tk payah la nak bawak ankkk biar la berdua aje laki bini..perlu ke bawak anak ? kalau bawak anak bukan honeymoon la nama nyeee…lov fasha sandha

      2

      0
    • Anonymous says:

      jejai kan ader…. soh ex laki jagakan masa g honeymoon

      1

      0
  4. faraj says:

    sedih….!!! janda cun melecun kawin gan muka Vietnam dtg Malaysia cari Kerja pastu Misekin….huhuhuhuhu

    2

    1
  5. Anonymous says:

    Kenapa di hebohkan kawin sajalah….nanti melenting org ckp…. baik diam …. drama mereka pun diamkan jgn tonton

    0

    0
  6. Anonymous says:

    lepas ni elok lah beli umah lain…
    xkan lepas kawin masih nak tinggal umah yg jejai beli & byr kan tiap bulan… umah tu kan sbb anak2 fasha jaga…

    0

    0