Written by serenity | September 28th, 2015

Pelakon kacak dan sado Nazim Othman melalui akaun Instagramnya memberitahu dia sudi berlakon secara percuma untuk projek filem pelajar universiti. Nazim menulis:


 photo 1598857_1660903840845642_432987172_n.jpg

Para pelajar. Sekiranya anda mempunyai projek filem pendek dan mencari pelakon, saya di sini untuk membantu. Sekiranya idea skrip anda segar, unik, lain dari yang lain dan memberi mesej yang kuat, saya akan berlakon secara percuma. Sila hantar sinopsis/skrip ke [email protected]


 photo nazim.jpg

Dalam perkembangan lain, Nazim akan muncul dengan siri drama arahan Erma Fatima sebagai seorang juruterbang tidak lama lagi. Itu adalah sebab mengapa Nazim dilihat sering memuat naik gambar dirinya mengenakan seragam juruterbang di akaun Instagram.

Sememangnya apa yang dilakukan oleh Nazim ini sesuatu yang boleh dipuji. Mana-mana pelajar yang hendak melihat filem pendek mereka dilakonkan oleh Nazim silalah hantar e-mel segera.

Sekurang-kurangnya anda ada sesuatu untuk dikenang setelah menamatkan pengajian nanti.

Panggung Seni Tradisional 2015 meneruskan langkahnya lagi, kali ini menampilkan kelainan dengan persembahan Opera Cina "…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 27 September 2015

Written by serenity | February 26th, 2015

Masih ingat dengan Atikah Suhaime yang membuat kejutan kerana tersenarai tersenarai di dalam Top 5 ABPBH2014 untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular?

Terdapat desas-desus yang Atikah mempunyai seorang kekasih yang merupakan seorang juruterbang yang kacak. Ini dinafikan oleh Atikah dan berharap agar dirinya tidak dikaitkan dengan gosip  cinta. Bagaimanapun kami menerima beberapa keping gambar jejaka yang dikatakan juruterbang itu.


 photo 11008386_814812665270029_6056944485220569129_n.jpg
 photo 18418_814812658603363_5405083336060787236_n.jpg
 photo 11026024_814812655270030_6121278914296820377_n.jpg

Boleh tahan kacak juga orangnya. Memang sesuai dan padan sangatlah dengan Atikah yang comel.

Buat masa ini kami masih belum melihat hasil kerja Atikah, dan memang tidak kenal jika dia tidak tercalon dua kategori untuk ABPBH. Dari gambar-gambar memang bukan seperti sekadar kawan saja pasangan ini, tetapi kebenaran hanya mereka yang tahu. Jika benar semoga berkekalan diucapkan.