Hilang Pekerjaan Sebagai Juruterbang, Tiga Sahabat Sambung Perjuangan Dengan Menternak Ikan

Kehidupan

Hilang Pekerjaan Sebagai Juruterbang, Tiga Sahabat Sambung Perjuangan Dengan Menternak Ikan

Pandemik yang berlaku di negara Malaysia memberi banyak kesan kepada semua orang termasuklah yang hilang pekerjaan. Tiga orang sahabat ini yang dulunya mempunyai kerjaya sebagai juruterbang kini berjuang menjadi pengusaha kolam ikan air tawar sejak dua bulan lalu.

Menerusi laporan Harian Metro, ketiga-tiga bekas juruterbang di sebuah syarikat penerbangan terkemuka itu menukar kerjaya dengan mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar di Pasir Panjang, Port Dickson.

Advertisement
pilot ternak ikan

Sumber : Harian Metro

Pawan Al Muzammel Ishak, 29, merupakan bekas juruterbang Boeng 737 terpaksa menukar pekerjaan sebagai penternak ikan air tawar selepas menamatkan kerjayanya setahun lalu.

ternakan ikan

Sumber : Harian Metro

“Pada mulanya saya agak ‘terkejut’ selepas hilang pekerjaan tersebut dan menjadi seorang penganggur. Namun, saya segera bertindak dengan tidak hanya duduk mengenang nasib seperti menunggu buah yang tak gugur”

Menurutnya, sebelum ini dia pernah menjadi agen hartanah selama setahun sebelum cuba untuk menceburi bidang ternakan ikan bersama dua orang lagi sahabatnya yang juga merupakan kembar seiras.

Mohamed Noor Aimii, 28, memaklumkan yang dia pernah menjadi peniaga air kelapa bersama saudara kembarnya dia hadapan rumah. Baginya, kehidupan perlu diteruskan dan sentiasa berfikiran positif bahawa rezeki ada di mana-mana asalkan berusaha.

“Bagi saya tidak apa yang perlu dimalukan walaupun saya dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan pernah menjadi juruterbang A330 Airbus dengan AirAsia X”

juruterbang penternak ikan

Sumber : Harian Metro

Kembarnya, Mohamed Noor Aiman mengatakan mereka berusaha untuk menyewa tanah dan kolam yang sudah sedia ada.

“Kami hanya menggunakan modal sebanyak RM 20,000 sebagai permulaan dan kadar sewa kolam hanya RM 600 sebulan”

ikan ternak

Sumber : Harian Metro

Terdapat dua kolam yang ketiga sahabat ini usahakan dan salah satu kolam sudah dimasukkan sebanyak 40,000 ekor ikan talapia merah. Manakala, kolam yang lain dalam proses untuk mengeluarkan ikan yang sedia ada ke takungan kerana perlu dibersihkan sebelum memasukkan benih ikan yang baru.

Bukan saja ikan talapia, mereka juga menternak ikan jenis Leeko, keli dan haruan bersama dengan seorang pekerja Am yang baru diambil bekerja.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...