Written by Bella | April 18th, 2019

Sedang berbadan dua, penampilan seksi Che Puan Juliana Evans berbikini seksi ketika bercuti di Pulau Redang telah mencuri perhatian netizen.

Tidak dinafikan, Juliana nampak cantik berseri-seri tetapi satu foto memperlihatkan tubuh badannya terdedah dengan ‘baby bump’ yang semakin membesar mengundang rasa kurang senang netizen.

Mereka meminta agar Juliana menjaga aurat ketika hamil dan biarlah kelihatan lebih sopan.

Mungkin sudah kebal dengan kecaman, Juliana bagaimanapun enggan ambil pusing dengan kritikan tersebut dan hanya ingin menikmati saat bahagia bercuti bersama suami tercinta.

Written by Bella | March 29th, 2019

Tahniah kami ucapkan kepada Che Puan Juliana Evans dan suami yang bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

Juliana mengumumkan berita gembira tersebut dengan memuat naik foto beliau memegang ‘baby bump’ yang sudah semakin jelas kelihatan. Difahamkan usia kandungan sudah memasuki usia 5 bulan.

Rata-rata rakan artis dan peminat begitu  teruja dengan berita tersebut dan mendoakan agar kandungan Juliana membesar dengan sihat. Ada juga yang memuji betapa cantik dan berserinya beliau.

Juliana berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada April 2017.