November 20th, 2014

Lama tidak mendengar perkembangan terkini Yunalis Zarai yang sedang sibuk mengembangkan kerjayanya di Amerika Syarikat. Usaha keras Yuna di sana amat berbaloi kerana menerusi pembacaan Abang Nara, beberapa artis antarabangsa seperti Usher telah melahirkan rasa kagum dengan bakat penyanyi ini. Diharapkan tidak lama lagi kita akan mendengar berita baik mengenai kolaborasi Yuna dengan artis-artis antarabangsa yang lain.

yuna berpisah julian schratter

Bercakap mengenai hal peribadi, Yuna akhirnya telah mengesahkan yang hubungannya dengan jurugambar, Julian Schratter telah pun berakhir. Untuk makluman, hubungan mereka berdua telah bermula kira-kira pada Jun 2013. Namun akibat kesibukan Yuna sebagai seorang penyanyi, hubungan itu berakhir jua. Kata Yuna menerusi MalaysianDigest.

Saya solo sekarang. Saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana lelaki sebab saya rasa ia susah kerana saya seorang yang sangat sibuk dengan kerja.

Lagipun saya tahu, sukar untuk orang lain memahami kerja seperti saya. Tambahan, saya mempunyai kehidupan di LA dan juga di Malaysia.

Jika mahu bercinta kembali, saya perlu mencari seseorang yang boleh menerima dan betul-betul memahami saya. Mungkin dia (Julian) kurang sesuai

yuna

Apa pun Abang Nara tak sabar untuk melihat kelibat Yuna di dalam program E! News Asia Special yang akan bersiaran pada 25 November ini jam 10 malam di saluran Astro 712. Pasti banyak fakta-fakta menarik dan kisah-kisah yang tidak pernah dipaparkan akan dikongsikan oleh Yuna kelak. Sama-samalah kita nantikan.

June 21st, 2013

Walaupun sudah menitipkan kata-kata berbaur percintaan menerusi Tumblr miliknya, masih belum ada pengakuan daripada mulut Yuna sendiri mengenai hubungannya dengan Julian Schratter. Untuk makluman, Julian merupakan jurugambar peribadi Yuna.

yuna dan julian

Menerusi Berita Harian hari ini, Yuna mengakui mereka berdua di dalam fasa mengenali hati budi mNamun asing-masing.Keengganan Yuna bercerita mengenai percintaannya adalah kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Kata Yuna:-

Antara kami memang berkawan dan sekarang ini dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Kalau boleh saya enggan bercerita lebih lanjut kerana tidak mahu apa yang berlaku sebelum ini berulang kembali. Lagipun, sekarang ini saya mahu lebih fokus pada kerja

Ada betulnya kata Yuna itu. Sementara tengah meningkat naik ini, lebih baik tumpukan pada kerjaya. Semoga dalam proses mengenal hati budi ini, Yuna lebih bersemangat dan kreatif untuk mencipta lagu. Apa pun Abang Nara tak sabar rasanya nak menonton konsert Yuna di Istana Budaya yang telah diumumkan baru-baru ini.

P.S: Gambar Mazda 3 generasi baru tersebar

June 17th, 2013

Sebelum ini Yuna pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Qi Razali. Kira-kira setahun lepas hubungan itu telah terputus dan mereka berdua telah membawa haluan masing-masing. Sejak itu timbul desas-desus yang Yuna bercinta dengan jurugambarnya di Amerika Syarikat, Julian Schratter atau lebih dikenali sebagai Jules di kalangan peminat Yuna.

Ini bagaimanapun dinafikan oleh Yuna yang mendakwa mereka bekerja atas dasar profesional memandangkan Julian ialah jurugambarnya.


Menerusi laman tumblr miliknya baru-baru ini, Yuna kini telah mengakui yang dia dan Julian sudah memasuki fasa percintaan.

Sometime around tonight, last year, a special person walked into my life and I can’t imagine my life for the past year if we had never crossed paths.

Oh how life would be monotonous.

Love, colors, paintings, skateboards, roti canai, laughters and smiles all the way and the only way.

I learned a lot from my past relationships to not screw this one up. I can feel it. InshaAllah.


Kepada Yuna, selamat maju jaya diucapkan, dan semoga sampai ke jinjang pelamin. Semoga status terbaru ini memberikan lebih banyak inspirasi kepada Yuna untuk menghasilkan lagu-lagu yang penuh jiwa.

May 9th, 2013

Siapakah Julian Schratter? Buat anda yang tidak tahu, Julian pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Yuna namun telah dinafikan. Sebelum ini, Yuna seringkali berkongsi gambarnya dan Julian menerusi Instagram. Untuk makluman, Julian adalah jurugambar peribadi Yuna.

julian scchrater yuna

Baru-baru ini, album EP terbaru Yuna berjudul Sixth Street telah pun dilancarkan. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris telah mengeluarkan ulasan bahawa album tersebut kurang mengancam. Perkataan yang digunakan ialah “overdone and uninventive” menyebabkan Julian Schratter melahirkan rasa tidak puas hatinya melalui Instagram.

julian scchrater yuna

Kata-kata yang diluahkan oleh Julian ialah (selepas dialihbahasa):-

Saya terkesima seketika kemudian saya sedar bahawa saya membenci semua media Malaysia dan saya tidak ambil pusing apa yang mereka ingin katakan

Walaupun bukan Yuna sendiri yang mengeluarkan kenyataan di atas, namun kata-kata Julian sedikit sebanyak mengguris hati media Malaysia. Kepada Julian, muzik itu universal. Bukan semua orang boleh suka lagu teman rapat anda si Yuna ini. Kalau orang dah tak suka, pedulikanlah. Ramai lagi yang masih menggemarinya. Tak perlu mengeluarkan kata-kata sebegini. Info asal Kosmo Online.

UPDATE: Setelah membaca komen anda, kritikan yang dilemparkan adalah terhadap cover album EP ini yang memaparkan wajah Yuna dengan latar belakang putih. Gambar tersebut telah diambil oleh Julian. Kritikan penuh berbunyi “At first glance, the EP, which introduces her as Verve Records’ new signing, might strike some as underwhelming, as the CD cover (yes, even this can make or break the album) features yet another head-tilted, close-up self-portrait of the singer set against a white background. Overdone and uninventive, yes, but as the saying goes, don’t judge a book – or in this case, EP – by its cover.”.
ronasutraP.S: Makin cantik kan Vanida Imran? Ini semua impak daripada penggunaan mineral makeup Ronasutra. Tak perlu makeup tebal-tebal. Ronasutra menyerlahkan kejelitaan asli anda. Untuk info lanjut, layari www.ronasutra.com.