October 19th, 2020

Berkongsi foto suaminya, Johan Raja Lawak dan juga teman seperjuangan Zizan yang sedang tidur, Ozlynn Waty tampil menceritakan sedikit sebanyak kisah hidup serta suka duka bergelar pelawak.

Menurut Ozlynn, meskipun gambar suaminya dan Zizan itu kelihatan kelakar dan mencuit hati, namun sebaliknya pelbagai perkara telah dialami dan sukar difahami orang di luar sana meskipun bergelar penghibur.

View this post on Instagram

Barai.. kdg org x paham.. bila jumpa nak suh buat kelakar.. hidup dgn depa berdua ni kdg tgh teman dorg nangis tibe ada org dtg mintak gmbr.. terus senyum.. walaupon jiwa dan hati tgh sedih ttp dorg jaga ati kita.. syg la kt depa dua ni.. bila tgk dorg tdo haihhhhh cair rasa.. tp bila bgn jek.. mula la aku nak naik antu!! Nakal!! Akai panjang!! Hope smp ke tua la aku lalu nk layan dorg.. ? #inibarangbaekbro #jozan #kitajagakita #jgntagdorg #cabutduluuuuuuu?? #sapetagdiamonyet #mcm2gayaada

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

“Barai.. kadang orang tak faham. Bila jumpa nak suruh buat kelakar. Hidup dengan depa berdua ni kadang tengah teman dorang nangis tiba-tiba ada orang datang mintak bergambar. Terus senyum..”

Menurut Ozlynn, biarpun mereka melalui saat-saat sedih dan duka, tapi demi menjaga hati, mereka tetap senyum dan melayan karenah peminat.

View this post on Instagram

Bila memasing xnk kalah.. sorg ckp dia datuk sri sorg lagi nak jd tan sri.. hahaha berangan la korg.. kalau lawan bahas dgn dorg ni.. bkn makin lama nmpk bijak makin lama nmpk bebal?? tp ni la buah hati pengarang jantung kami.. nakal nauzubillah xtau nak kata.. jaga budak tadika 30 org lagi senang dr jaga depa dua?.. kalau x mane mungkin aku bwk rotan utk libas dorg.. org suh salin baju memain.. haaa elok kita libaskan.. biar dorg ghase!! Tp ensem plak bila dorg pakai mcm ni.. ? heppppp!! Jgn tgk laki aku!! Tgk yg hat sblh tu.. sb dia masih single n available.. tp sblm nak isi borang kena jumpa aku dgn johan dulu utk interview.. takot x mencapai piawaian nak handle pangai giler dia?? @zizanrazak869 @thejozheart @thejozheartsg #borangsedangdiedarkan

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Johan dan Zizan sebelum ini yang telah menyertai program Maharaja Lawak telah menamakan kumpulan duo mereka sebagai Jozan dan masih kekal sehingga kini.

Sekadar info, Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail telah mendirikan rumah tangga bersama Johan ataupun nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz pada 25 Julai 2009 dan kini dikurniakan lima orang cahaya mata.

October 30th, 2014

Fuh~~ Demam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) semakin terasa. Gabungan Zizan beserta Yus dan Tauke yang membentuk kumpulan Virus ternyata menimbulkan reaksi yang berbeza di kalangan pengikut setia program ini. Ada yang menyokong, ada yang membantah kerana sudah terbiasa melihat aksi Zizan bersama Johan dalam kumpulan Jozan. Apa pun, peminat harus menerima kenyataan yang Johan tidak menyertai MLM2014 kali ini kerana sebab-sebab tertentu.

kumpulan virus mlm2014

Secara jujur, Abang Nara risau juga dengan ‘chemistry’ antara Zizan, Tauke dan Yus. Iyerlah, Tauke dan Yus menerusi kumpulan Jambu membuat lawak yang jelas amat berbeza dengan Zizan. Tak sabar nak tengok sama ada lawak mereka bertiga menjadi atau ke laut pada 14 November kelak. Apa pun, Zizan meminta agar para peminat tidak menyamakan kumpulan Virus dengan Jozan. Kata Zizan menerusi AstroGempak:-

Pada awalnya saya ditanya oleh pihak pengurusan Astro Talent, adakah berminat untuk menyertai MLM2014? Saya kata okay, dan saya mahu kumpulan Jozan lah. Namun Johan tidak dapat menyertai kali ini atas sebab-sebab tertentu dan kebetulan Yus dan Tauke ajak saya sertai kumpulannya untuk MLM, saya rasa ini peluang terbaik kerana tidak pernah lagi saya melawak secara trio.

Jangan samakan Jozan dan Virus, ianya dua kumpulan yang berbeza untuk berlawak. Saya yakin ‘chemistry’ antara kami bertiga mampu memberi persembahan yang terbaik dan menghiburkan. Berlawak secara trio adalah perkara baru, sebelum ini saya pernah buat secara solo dan berdua. Tidak salah untuk saya mencuba demi mempertingkatkan lagi mutu lawak saya

kumpulan virus mlm2014

Kalau dilihat secara logiknya, gabungan mereka bertiga ini pastinya akan menggeletek usus kita. Namun kadangkala tak semua benda menjadi seperti yang diharapkan. Semoga kumpulan Virus meluangkan banyak masa untuk ‘brainstorming’ sekaligus menampilkan lawak yang berkualiti. Apa pun, jangan lupa saksikan Maharaja Lawak Mega 2014 yang akan bermula pada 14 November kelak. Sama-samalah kita nantikan.

[flowplayer id=”30008″]

January 21st, 2013

Secara jujur, antara Zizan dan Johan, Abang Nara lebih menggemari lawak Johan. Lawaknya lebih spontan dan kena dengan jiwa ini. Jadi apabila Johan muncul pada Maharaja Lawak Mega 2012 akhir, Abang Nara tersenyum gembira.

johan raja lawak

Ramai tidak tahu bahawa pada minggu ke 7 Maharaja Lawak Mega 2012, Johan telah menjalani pembedahan untuk menyambungkan kembali ligamen kakinya yang putus. Kecederaan ini terjadi ketika Johan sedang bermain bola. Kini, Johan terpaksa menjalani fisioterapi di Prince Court Medical Center selama 6 bulan sebagai proses pemulihan. Kata Johan:-

Miniscus saya koyak. Doktor beritahu kalau saya tak buat pembedahan segera, ia akan bertambah teruk. Jadi saya tiada pilihan lain, saya terpaksa juga jalani pembedahan pada minggu ke tujuh MLM untuk sambungkan semula ligamen saya. Selepas ni setiap hari saya akan ulang alik ke Prince Court untuk buat fisioterapi. Nasib baik hospital tu dekat saja dengan rumah saya. Pengurusan Era.FM beri saya cuti sebulan. Tapi saya tak ada masalah bertugas di konti sebab saya tak perlu selalu bergerak.

johan raja lawak

Apa yang menarik perhatian Abang Nara mengenai Jozan ialah semangat setiakawan dan silaturahim yang sangat kuat di antara Johan dan Zizan. Walaupun sakit teruk, Johan sanggup hadir untuk membantu rakannya itu. Yang penting, kemunculan Johan bukanlah untuk meraih undi simpati.

“Bukan ‘drama’ tapi ia adalah satu strategi. Saya pernah janji dengan Zizan yang saya nak bantu dia menang. Jadi saya rasa tak salah saya memperlihatkan kesakitan saya ini. Kekentalan Zizan membuat persembahan seorang diri dan berjaya mempertahankan Jozan hingga peringkat akhir membuatkan saya bersemangat dan nak juga datang. Dia memang hebat. Kami gabungkan kekuatan masing-masing dalam Jozan. Pada malam ini saya bantu secara tak langsung. Saya berkorban untuk semua, untuk diri saya, demi keluarga, demi Jozan dan demi peminat yang sentiasa menyokong kami.

Harapan Abang Nara, semoga Jozan akan kekal sehingga bila-bila. Jangan berpecah belah. Gandingan anda berdua memang sudah terbaik. Memang pecah perut dibuatnya. Teruskan usaha anda untuk memartabatkan industri lawak di dalam industri hiburan Malaysia. Info asal MalaysianDigest.

January 19th, 2013

Nampaknya kehadiran Johan di final Maharaja Lawak Mega 2012 memberikan impak yang diharap-harapkan. Untuk anda yang tidak tahu, Johan dinasihatkan untuk berehat setelah menjalani pembedahan ligamen kaki. Sebentar tadi telah pun tamat pertandingan yang berlangsung selama 10 minggu ini dan Jozan telah pun dinobatkan sebagai juara.
jozan maharajawa lawak mega 2012Dengan kemenangan ini, Jozan membawa pulang RM500,000. Sementara itu Jambu membawa pulang RM250,000 apabila menduduki tempat kedua. Shiro berada di tempat ketiga diikuti oleh Boboi di tempat keempat dan Saywho di tempat kelima.
jozan maharajawa lawak mega 2012

Satu keputusan yang tiada kejutan bagi Abang Nara berdasarkan persembahan mereka sepanjang Maharaja Lawak Mega 2012.. Apa pun Abang Nara paling suka dengan lawak muzikal Boboi yang telah memecahkan perut ini. Jutaan tahniah kepada semua peserta yang telah memberikan yang terbaik. Kalau ada Maharaja Lawak Mega 2013, diharap akan ada kelainan dan lebih banyak peserta yang bermutu.