October 25th, 2016

Sebelum ini, penyanyi lagenda Nora Ariffin menerusi akaun Facebooknya ada meluahkan rasa sedih ataupun merajuk apabila suaminya komposer, Johan Nawawi tidak mempunyai masa untuk memberikan beliau sokongan ketika menyertai Gegar Vaganza 3 pada minggu pertama.

Namun, kesedihan Nora terubat apabila Johan pada konsert kedua minggu lepas hadir seawal jam 3 petang dan menghadiahkan sejambak bunga buat isteri tercinta. Nora akui beliau merasa seronok dan ia merupakan detik terindah buatnya.

Benar, hari ini suami ganti semula masa sibuknya dengan datang melawat saya sejak dari pukul tiga petang. Saya terharu, kerana beliau turut membawa sejambak bunga. Kali terakhir saya mendapat hadiah sebegini adalah 23 tahun lalu. Kedatangan beliau sedikit sebanyak telah mengubat kesedihan saya. Pastinya saya seronok, terima kasih.

Berbicara mengenai status yang ditulis oleh Nora, Johan menganggap ia adalah perkara biasa dalam kehidupan manusia yang penuh dengan komitmen.

Namun, hubungan beliau dan Nora baik-baik sahaja dan beliau selalu menyokong setiap perkara yang dilakukan oleh Nora. Johan pada masa yang sama menjelaskan sebab mengapa beliau tidak hadir.

Kita manusia, ada masa saya sibuk dengan kerja. Program GV3 memang memerlukan komitmen masa yang banyak dan saya pula mempunyai perniagaan, jadi sudah tentu tidak dapat selalu berada di sisinya.

Bagaimanapun, hubungan kami tiada masalah. Sejujurnya, saya tidak pernah tidak memberi sokongan kepada Nora, cuma kebetulan ketika sesi latihannya tempoh hari, telefon bimbit saya kehabisan bateri. Jadi, saya tidak menghadirkan diri, mungkin disebabkan itu emosinya terganggu.

Nora dan Johan merupakan pasangan yang sentiasa menyokong antara satu sama lain sejak kali pertama Nora menceburi bidang nyanyian. Biasalah tu kalau isteri merajuk, yang penting suami kena pandai pujuk. Betul tak? Hehe..

Sumber Berita : Kosmo!