Geram Nora Difitnah : Johan Nawawi Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Hiburan

Geram Nora Difitnah : Johan Nawawi Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Geram dengan beberapa pihak yang menyebarkan fitnah dan mengecam isterinya Nora kerana didakwa mendapat “layanan istimewa” daripada pihak GV3, komposer Johan Nawawi telah tampil memberikan amaran keras.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, isu berkenaan tercetus sejak minggu lalu lagi apabila Nora enggan menyanyikan lagu dangdut dan menukarnya kepada rock pada minggu ke 6 GV3. Netizen menjadi lebih geram dan terus mengkritik Nora saat beliau menolak untuk menyanyikan lagu pilihan media iaitu All I Ask nyanyian Adele dan memilih untuk menyanyikan lagu beliau sendiri berjudul Sandiwara pada konsert separuh akhir Ahad ini.

Menurut Johan, beliau bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menabur fitnah  melalui media sosial tentang isterinya . Setiap kecaman bukan sahaja mengaibkan mereka sekeluarga tetapi ia turut menganggu ketenteraman mereka.

Buat masa sekarang saya berdiam diri dahulu. Tetapi jika selepas ini masih ada komen-komen yang dilemparkan berbaur fitnah saya tak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

Saya sudah membuat beberapa paparan skrin akaun pengguna laman sosial beserta komen mereka yang memfitnah saya dan keluarga. Bagi saya perkara itu mengganggu ketenteraman kami sekeluarga.

Johan menyifatkan segala tuduhan yang dilemparkan kepada isterinya itu sudah melampaui batas.

Kalau nak komen atau kritik berkenaan nyanyian tak mengapa, itu saya okey lagi. Tapi apabila sampai tahap memfitnah itu sangat keterlaluan.

Kenapa perlu menuduh saya membayar pihak Astro agar isteri saya mendapat lagu yang sesuai dengannya? Tak ada sebab saya nak berbuat sedemikian. Lebih teruk apabila ada komen mengatakan isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan VIP. Semua itu mengarut.

Tambah Johan lagi, perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia menimbulkan persoalan dalam kalangan anak-anaknya yang turut membaca komen itu.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...