March 7th, 2014

Sebanyak enam kumpulan sudah mengesahkan tiket ke peringkat akhir malam kemuncak Lantai Cilik musim kedua. Pertandingan yang diperkasakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini kembali berdasarkan sambutan memberangsangkan sejak musim pertama diwujudkan.

Kemuncak Lantai Cilik musim pertama saja mencatatkan rating lebih 1 juta penonton dan menyaksikan Kiawayan Dance Club (KDC) dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kiawayan, Tambunan, Sabah, muncul juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 serta hadiah sampingan. Malah Kumpulan tersebut telah dibawa mewakili Malaysia di Minggu Malaysia London, United Kingdom untuk persembahan kesenian anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebagai insentif kemenangan mereka.


 photo 12762063765_0e49ef45df_o.jpg
 photo 12762511024_ba3fdf034c_o.jpg

Bagaimana dengan kemuncak Lantai Cilik musim kedua yang bakal berlangsung 8 Mac depan di Auditorium Perdana Angkasapuri dan dipancarkan secara langsung di TV2, jam 9.00 malam. Ia bakal dihoskan Fimie Don dan Seri Nabilla serta menampilkan adik Nik Nur Amalin sebagai juri culik.


 photo BDG_4402.jpg

Enam kumpulan yang berentap ialah Tunas Tari Warisan, Sekolah Kebangsaan Tangga Batu (Melaka), Sekolah Kebangsaan St Agnes (Kota Kinabalu Sabah), De Art Convent Sekolah Kebangsaan St Francis Convent (Sabah), Sekolah Kebangsaan Sri Amar Kota Tinggi (Johor), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti Puchong (Selangor) dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong (Selangor).

Hadiah berjumlah keseluruhan sebanyak RM 112,500 bakal dimenangi pada malam itu. Johan saja bakal membawa pulang wang tunai RM50,000, Naib Johan bakal memperoleh wang tunai RM30,000 manakala tempat ketiga pula wang tunai sebanyak RM15,000. Hadiah turut diiringi sijil dan trofi.

Tiga lagi kumpulan tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya menerima hadiah saguhati bernilai RM2,500 berserta trofi dan sijil. Istimewanya penonton yang menyertai kuiz dianjurkan dan menjadi pemenang soalan terkumpul juga bakal merebut motosikal Modenas yang ditawar sebanyak tiga buah.


Persembahan juara Lantai Cilik Musim Pertama, Kiawayan Dance Club Dari SK Kiawaiyan, Tambunan, Sabah

Sidang media mengumumkan finalis diadakan 22 Februari lalu di Lighthouse Cafe, Sunway Lagoon Resort. Ia dihadiri Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Mohd Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli dan Tuan Haji Mohd Anuar Abdul Hamid (Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia). kata Norhyati:-

RTM gembira dengan kerjasama erat bersama JKKN serta Kementerian Pendidikan Malaysia ini dan mengharapkan kemuncak Lantai Cilik kali ini akan gegak gempita dengan kehadiran penonton di Amphitheatre Sunway Lagoon serta Malam Kemuncak di Auditorium Perdana Angkasapuri dan di rumah. Kerjasama tahun lalu menerusi penganjuran yang sama cukup membanggakan RTM dan JKKN.

Sementara itu, Norliza pula beranggapan pengalaman JKKN dalam bidang tarian kanak-kanak hasil kerjasama dengan RTM dan Kementerian Pendidikan yang menyokong penuh usaha JKKN untuk terus melatih Kumpulan Tunas Budaya selaku katalis dalam menyediakan generasi akan datang yang celik seni dan budaya terus dipertingkatkan. Kata Norliza:-

Kami terus komited untuk membimbing dan menggalakkan generasi muda Malaysia untuk mencintai seni dan budaya. Penggalakkan program berteraskan Pembangunan Modal Insan /Kelab Asuhan Seni seperti Kelab Asuhan Seni, Kelab Tunas Budaya (KTB), Kelab Giat Budaya (KGB), Bimbingan Seni Budaya Rakyat (BSBR), Kelab Siswa Budaya (KSB), Sekolah Seni dan Jurulatih Seni Budaya Negara terus dipertingkatkan.

Begitu juga dengan program PERMATA Seni Koir dan PERMATA Seni Tari yang merupakan program di bawah naungan Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor melalui PERMATA Seni serta diselaraskan urusannya oleh JKKN bagi membimbing kanak-kanak yang berbakat cemerlang dalam bidang seni tari dan koir di bawah lingkungan umur 7 hingga 12 tahun.

Jadi usaha ini tak akan pernah putus. Kerjasama strategik JKKN dengan RTM serta sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia menguatkan lagi apa yang mahu diperjuangkan. Buat enam kumpulan Lantai Cilik musim kedua selamat maju jaya dan buat yang terbaik pada malam kemuncak nanti.

Lantai Cilik 2 (LC2) menjadi manifesto berterusan dalam mencari bakat luar biasa menerusi cabang tarian tradisional dan kontemporari. Kerjasama strategik dan berterusan antara RTM dan JKKN serta dengan sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi pertandingan tarian itu membuktikan kesungguhan ejen kerajaan itu memartabatkan kreativiti bakat muda di negara ini.

Program ini bukan sekadar mencari sang juara sebaliknya dalam perjalanan ke arah itu ia turut menonjolkan beberapa nilai positif dalam usaha mengembangkan kebolehan bakat muda terutama dalam tarian. Di samping itu ia dapat meningkatkan keyakinan diri, kerja pasukan serta daya saing yang boleh dicontohi generasi muda.

Saksikan kemuncak Lantai Cilik musim kedua bersiaran di Auditorium Perdana Angkasapuri dan boleh ditonton secara langsung di TV2 mulai jam 9 malam esok.

Lagi 29 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo BDG_3604.jpg
 photo BDG_3617.jpg
 photo BDG_4199.jpg
 photo BDG_4216.jpg
 photo BDG_4220.jpg
 photo BDG_4221.jpg
 photo BDG_4228.jpg
 photo BDG_4370.jpg
 photo BDG_4377.jpg
 photo BDG_4435.jpg
 photo BDG_4474.jpg
 photo BDG_4486.jpg
 photo BDG_4487.jpg
 photo BDG_4494.jpg
 photo BDG_4510.jpg
 photo BDG_4521.jpg
 photo BDG_4553.jpg
 photo BDG_4556.jpg
 photo BDG_4561.jpg
 photo BDG_4562.jpg
 photo BDG_4577.jpg
 photo BDG_4632.jpg
 photo BDG_4642.jpg
 photo BDG_4665.jpg
 photo BDG_4671.jpg
 photo BDG_4679.jpg
 photo BDG_4716.jpg
 photo BDG_4725.jpg
 photo BDG_4733.jpg

July 30th, 2013

Bersempena Festival Ramadan 2013, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Ikim.FM dan Nasional.FM menganjurkan Pertandingan Cipta Lagu Nasyid dan Pertandingan Cipta Lagu Raya. Lagu-lagu yang telah dihantar untuk penyertaan telah disaring dan hanya 16 lagu telah layak ke peringkat akhir untuk Pertandingan Lagu Nasyid manakala 12 lagu telah layak ke peringkat akhir bagi Pertandingan Cipta Lagu Raya.

Lagu-lagu nasyid dan raya telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat negara ini. Pertandingan ini ialah salah satu usaha yang dijalankan oleh JKKN untuk memperkembangkan dan memperbanyakkan jumlah lagu nasyid dan raya yang berkualiti agar tidak terlalu bergantung pada lagu-lagu nasyid dan raya yang lama sahaja.

Sehubungan itu, kerjasama pada pembaca BeautifulNara.com adalah dipohon untuk mengundi lagu-lagu nasyid dan raya ciptaan baru ini bagi menentukan lagu manakah yang paling terbaik dan layak menjadi juara. Cara-cara mengundi lagu-lagu ini diterangkan dengan sepenuhnya melalui poster-poster di bawah. Untuk besarkan poster, sila klik poster tersebut:-


Nota: Mulai Isnin 29/7/13, tiga (3) buah lagu telah tersingkir kerana mendapat undian terendah iaitu :

1) Harus Tabah,
2) Islam Yang Syumul, dan
3) Pujian UntukMu

Mohon kerjasama anda untuk tidak mengundi lagu-lagu tersebut.


Untuk makluman anda, tarikh tutup undian bagi kedua-dua pertandingan ialah 18 Ogos 2013. Jadi apa lagi, mainkan peranan anda dalam membantu kesinambungan seni dan budaya di Malaysia.

Untuk makluman anda jua, juara bagi kedua-dua pertandingan akan mendapat hadiah wang tunai RM 10,000 manakala lima lagi akan mendapat hadiah saguhati sebanyak RM 1,000 setiap seorang.

Setiap undian dicaj hanya RM 0.50. Mudah saja kan? Jom mengundi!

October 8th, 2012

Fenomena ’Oppa Gangnam Style’ menggegarkan dunia apabila persembahan gerak tari yang diolah daripada gerakan menaiki kuda dan gaya hidup masyarakat Korea di bandar Gangnam menjadi inspirasi kepada penghibur Korea yang tersohor Psy. Psy telah mencetuskan fenomena tersebut sekelip mata apabila videonya yang dimuatkan di laman You Tube mencecah angka 90 juta penonton.

Menyedari hakikat itu, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengajak semua masyarakat Malaysia yang meminati seni tari untuk menyaksikan Inspitari yang telah dimulakan sejak 2009 yang lalu pada 12 dan 13 Oktober ini bagi memberi peluang serta maklum balas positif hasil olahan karyawan tari dari 15 buah Kumpulan Kesenian JKKN dari seluruh negara. Meskipun olahan ini mungkin dilihat masih ’raw’ dan memerlukan banyak sentuhan dan gilapan semula, namun apa yang penting ialah maklum balas yang baik memungkinkan olahan tersebut boleh dipopularkan oleh penggiat tari dan industri hiburan negara ke peringkat global. Siapa sangka, kemungkinan gerakan ’ayam didik’ yang merupakan antara khazanah tari negara boleh diberikan sentuhan baru dengan olahan muzik yang kontemporari mampu meledakkan gerakan ’ala Malaysia’ ke peringkat antarabangsa.

Persembahan Inspitari memaparkan elemen Malaysia dan olahan semula gerak tari Malam Gala Inspitari kembali lagi pada 12 dan 13 Oktober ini di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut. Ia sebagai manifestasi lanjutan ke arah pembangunan industri kreatif yang mampu memperkasakan Seni Budaya Negara. Inspitari yang memperkenalkan tema Pencarian Tari Kreasi Baru, merupakan satu garapan daya cipta dan kreativiti ditampilkan dalam simbolik persembahan tarian ciptaan baru berasaskan imej dan identiti setiap negeri di Malaysia serta keunikan masyarakat Malaysia yang cuba dikupas oleh Kumpulan Kesenian JKKN seluruh Negara menerusi olahan tari.

Program kesinambungan anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) menyaksikan acara anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini kali ini mendapat kerjasama Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjadi saksi utama, satu lagi sejarah seni tari bakal terukir dengan penampilan karya tari kreasi baru yang boleh dijadikan koleksi ’repertoire’ negara satu masa nanti.

Berminat untuk menonton Inspitari 2012? Dapatkan maklumat untuk pas masuk percuma (terhad) dengan membaca entri ini sepenuhnya!

Program Inspitari adalah platform khusus untuk pencernaan idea dan garapan ilham oleh koreografer-koreografer Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara di semua negeri. Inspitari dimulakan pada tahun 2009 dengan tujuan murni untuk memperkayakan vokabulari dan khazanah tari tanah air dengan memperbanyakkan koleksi tarian-tarian mengikut identiti negeri masing-masing. Inspitari 2011 pada tahun lepas telah membuahkan hasil membanggakan apabila diantara 14 tarian baru yang dipentaskan ketika itu, sekurang-kurangnya enam tarian telah dimantapkan dan dimasukkan di dalam repertoire persembahan yang dilaksanakan oleh JKKN untuk acara-acara yang dikendalikan samada diperingkat negeri, nasional atau antarabangsa.

Diantaranya ialah tarian ‘Nego’ oleh JKKN Kelantan– tarian berasaskan gelagat para peniaga wanita di Pasar Buluh Kubu, Kelantan, Tarian ‘Sambai’ – yang diadaptasi dari tarian rakyat Suku kaum Suluk di Daerah Sandakan. Tarian ‘Ayak-ayak’ – tarian yang menyerlahkan pergerakan aktiviti melombong bijih timah oleh pelombong bijih timah di Kuala Lumpur suatu ketika dulu. Begitu juga JKKN Melaka yang tidak kalah mempertaruhkan kesenian masyarakat Portugis dengan tarian ‘Golek-golek’ merupakan tarian kreasi baru yang direkacipta berasal daripada lagu ‘golek-golek’ ciptaan Noel Felix, seorang Portugis tempatan lebih kurang 50 tahun dahulu.

Manakala Inspitari pada tahun 2012 ini akan menyaksikan kesemua 16 tarian yang dihasilkan atau diolah semula ini telah diberi nafas segar dari segi pola lantai, pergerakan dinamik mahupun susunan lagu dan busana. Lebih 274 orang Artis Budaya (Tari) Kumpulan Kesenian (KK) JKKN dari seluruh negara akan mengikuti Inspitari 2012. Antara tarian yang bakal dipersembahkan ialah Tarian ‘Awang Batil’ oleh KK JKKN Perlis, ‘Tari Jelapang’ oleh KK JKKN Kedah denan inspirasi daripada pergerakan pesawah dan mitos semangat padi, KK JKKN Pulau Pinang bakal menyusul dengan ‘Lanca’ atau beca yang popular di Georgetown, KK JKKN Perak pula mempersembahkan koroegrafi tari yang diberi sentuhan segar dari sebuah tarian sukuan/daerah negeri iaitu ‘Gambus Kampung Padang Changkat’, dari Kuala Kangsar Perak. Sementara itu, KK JKKN Selangor menghidangkan ‘Zapin Cemara’, KK JKKN WP Kuala Lumpur pula tidak kalah dengan ‘Zapin Woye’ yang diolah dari kombinasi gerakan wayang kulit dan dinamisme zapin.

KK JKKN Negeri Sembilan menghidangkan ‘Seramik’, KK JKKN Melaka pula membawakan Tarian ‘Inang Bukit Cina’ merupakan inang kreasi yang memperlihatkan gaya gerakan inang baru yang ditari menggunakan bim poh (sapu tangan) hasil asimilasi budaya Melayu dan Cina membentuk Baba Peranakan. KK JKKN Johor pula bakal menggegarkan dengan ‘Tari Masadeka’ yang diilhamkan dari gerakan teater rakyat Hamdolok dari Batu Pahat.

Bagi negeri-negeri pantai Timur pula, Tari “Moh Mutik Teh” merupakan koreografi baru yang direka khas dan diadaptasi dari aktiviti harian penduduk tanah rata atau tanah tinggi di Cameron Highland serta dibawakan oleh KK JKKN Pahang. KK JKKN Terengganu membawakan Tarian ‘Tedung’ yang diangkat dari kesenian “SABA” yang merupakan persembahan bagi tujuan perubatan tradisional. KK JKKN Kelantan yang pernah menggegarkan pentas dengan Tari ‘Nego’ pada Inspitari 2011 pula membawakan ‘Dikir 3D’ yang menampilkan olahan dari 3 dikir utama negeri Kelantan iaitu Dikir Laba sebagai tonggak di susuli Dikir Rebana Kercing dan Dikir Kreatif sebagai gabungan kreatif seni budaya Kelantan.

Menarik bagi KK JKKN Sabah pula, ‘Selendang Cocos’ yang diinspirasikan dari Tarian Melenggok; salah satu tarian daripada etnik Cocos di Kg.Cocos, Tawau. Penari melenggok mengunakan selendang yang diibaratkan seperti layang-layang ditiup angin. KK JKKN Sarawak pula menyajikan ‘Tarian Sirat’ yang menggambarkan keadaan semasa sambutan Hari Gawai yang disambut oleh masyarakat Iban di Sarawak. Orang lelaki dan perempuan akan memakai pakaian tradisi yang lengkap sebagai tanda menyambut perayaan yang penuh bermakna ini. Pahlawan lelaki akan memakai “Sirat”. “Sirat” ini menjadi lambang salah satu kesenian yang menjadi kebanggaan pada masyarakat Iban dan merupakan tenunan kain “pua”. KK JKKN Ibu Pejabat turut tidak ketinggalan menghidangkan ’Tingkah’ yang tentunya memberi satu kelainan dan sudut pandng yang berbeza.

Sekalipun bertunjang komersial, keaslian dan disiplin dalam tarian tradisional masih dikekalkan. Improvisasi yang diketengahkan bertujuan menghasilkan persembahan yang lebih menarik, relevan dan seiring dengan tuntutan peredaran zaman.

Menurut YBhg. Dato’ Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN – Kesemua 14 kumpulan mewakili seluruh negeri sebelum ini telah melalui pengisian program seperti bengkel dan latihan kumpulan yang berlangsung sebelum ini. Tugasan yang diberikan kepada para koreografer seluruh negara adalah mudah : iaitu menghasilkan sebuah tarian sama ada berasaskan tarian sedia ada masyarakat setempat di negeri masing-masing. Membuat olahan semula agar ia lebih menarik dan segar, sesuai dengan keadaan masa kini agar dapat dihindari dari kepupusan, sebaliknya akan terus dilestarikan oleh generasi masa kini. Atau, garap sebuah tarian baru berasaskan kehidupan masyarakat setempat masa silam atau masa kini.

Berdasarkan penyelidikan dan olahan semula, 16 tarian yang dikoreografkan oleh 16 orang koreografer pada Malam Gala Inspitari ini telah melibatkan 274 orang Artis Budaya (Tari) di bawah JKKN. Apa yang telah dipersembahkan mungkin bukan sempurna sepenuhnya, namun setidak-tidaknya, idea baru dan garapan segar telah mula dibenihkan melalui persembahan pada malam ini. JKKN amat menggalakkan karyawan seni tempatan untuk terus berkarya dan bereksperimen di samping membantu memberi nilai tambah terhadap penciptaan mereka agar sejajar dengan arus pemodenan dunia tanpa sempadan kini.

JKKN sentiasa peka mencari inisiatif untuk memberi nilai tambah, pembaharuan ke arah transformasi dan menjadi pemangkin kepada perkembangan seni budaya tanahair dalam mengiktiraf karyawan seni budaya tempatan dengan menyediakan landasan untuk mereka mempersembahkan hasil karya bermutu untuk dikongsi dan dihayati bersama.

EDARAN PASS MASUK PERCUMA 

Pass masuk percuma boleh diperolehi seperti butiran berikut :

 

TARIKH

MASA

TEMPAT

PEGAWAI PENYELARAS

10 -11 Okt. 2012

(Rabu – Khamis )

8.00 pagi – 5.00 petang

Pejabat JKKN, Tingkat 31, Bangunan MAS, Jln Sultan Ismail,50250 Kuala Lumpur  En Muhd Haris Zakaria     (03 -2052 3619 /013-615 9059)

12 – 13 Okt. 2012

( Jumaat – Sabtu )

5.00 petang  – 7.00 malam

Auditorium DBKL, Kuala Lumpur En Muhd Haris Zakaria     (03 -2052 3619 /013-615 9059) Pn Norzila Mamat Ghani           

 

 CADANGAN AGIHAN  PASS MASUK PERCUMA

BIL

PERKARA

JUMLAH

CATATAN

1. Kutipan di Pejabat JKKN

150

Terhad 2 pass masuk percuma bagi setiap seorang.
2. Berkumpulan

100

3. Walk- in

200

4. Tempah

50

Terhad 2 pass masuk percuma bagi setiap seorang. Pass masuk percuma yang ditempah perlu dituntut selewat-lewatnya pada jam 8.00 malam. Selepas jam 8.00 malam, pass masuk percuma berkenaan akan diserahkan kepada penonton yang datang lebih awal.

Konsep Agihan Tiket : “1st Come, 1st Serve”

 

 

October 6th, 2012

KUALA TERENGGANU: Badan penyiar yang baik bukan sekadar meningkatkan jumlah ’rating’ yang tinggi berasaskan nilai komersil semata-mata, namun di samping itu adalah tanggungjawab sosial dalam mencungkil pelbagai jenis bakat seni di segenap lapisan masyarakat yang mungkin boleh dikomersilkan dan memberi nilai ekonomi kepada seniman itu sendiri.

Menyedari kepesatan arus Industri Kreatif dan pembangunan seni budaya dalam pembangunan ekonomi negara yang mampan,  Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak semua masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bakat seni untuk tampil menyerlahkan bakat mereka menerusi Program Penerbitan TV yang diterbitkan bersama oleh kedua-dua agensi bertanggungjawab untuk menjelajah ke enam (6) zon di seluruh negara menerusi sesi uji bakat, rakaman dan siaran langsung sempena Karnival Bakat MyGempak 2012 yang dilaksanakan di sini pada hari ini.

Empat (4) program TV bagi siaran RTM akan dilaksanakan sempena penjelajahan di beberapa lokasi yang direncanakan itu adalah program ’My Ekspressi’, ’Lantai Cilik’, sitkom ’Sri Pantun’ dan ’Mimpi ke Bintang’ (Bakat TV).  Program TV tersebut dilaksanakan secara uji bakat, rakaman hinggalah ke siaran langsung dari keenam-enam lokasi iaitu Kompleks JKKN Terengganu (taman Budaya Terengganu) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada 1 hingga 6 Oktober, Zon Utara lokasinya ialah RTM Kedah, Alor Setar pada 8 hingga 13 Oktober, RTM Kuching, Sarawak pada 15 hingga 20 Oktober, Zon Selatan pada 5 November hingga 10 November di Kompleks JKKN Melaka (Taman Budaya Melaka), Ayer Keroh, Melaka, seterusnya pada 3 hingga 8 Disember di Kompleks JKKN Sabah (Taman Budaya Sabah), Jalan Penampang, Kota Kinabalu dan pada 10 Disember hingga 15 Disember di Kompleks Penyiaran RTM, Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan.

Selain berpeluang menonjolkan bakat dan kemahiran masing-masing; program Karnival Bakat MyGempak ini juga dapat menjadi medan pertemuan para penggiat seni lama dan baru juga mendekatkan rakyat dengan kedua-dua agensi kerajaan ini iaitu RTM dan JKKN serta sumbangan mereka dalam melahirkan insan kreatif dan berdaya saing. Tidak tertumpu kepada aspek penyiaran semata-mata, RTM dan JKKN memandang serius perkara ini menjayakan pencungkilan bakat seni ini secara agresif di kalangan generasi muda khususnya melalui program seni budaya, dalam konteks kerjasama ini – para pelajar sekolah yang berkecimpung melalui program Kelab Kesenian Sekolah, Kelab Tunas Budaya (Program Bimbingan Seni JKKN dan Kementerian Pelajaran Malaysia), para graduan lepasan ASWARA, ASK, IPTA/S dalam bidang seni, apatah lagi hasil latihan seni budaya berterusan yang dilaksanakan oleh JKKN. JKKN dan RTM berusaha menarik minat masyarakat kepada aktviti seni yang jarang diambil berat selain menyanyi.

Program pertandingan nyanyian dilihat sudah menjadi perkara biasa dan telah banyak pertandingan seumpama itu diadakan. Tetapi bakat seni seperti Seni Tari, Seni Mereka dan Mengolah Karya Tari, Seni Berbahasa (Sri Pantun) dan Seni Persembahan seperti Lawak Jenaka Spontan atau luar biasa, kemahiran yang unik lagi luar biasa apatah lagi kepantasan luar biasa jarang diketengahkan atau hampir tiada. Lantaran itu program seperti ’Lantai Cilik’ yang merupakan program tv yang pertama di Malaysia yang mengetengahkan Pertandingan Mencari Juara Tarian Tradisional dan Kontemporari di kalangan Kanak-kanak Sekolah Rendah berusia 12 tahun ke bawah (Berkumpulan) dilaksanakan bagi memberi peluang kepada para pelajar ini menyerlahkan bakat hasil gilapan yang telah mereka pelajari. Program ini bukan setakat untuk menonjolkan kebolehan mereka; bahkan meningkatkan keyakinan diri, semangat ‘esprit de corp’ (kerja berpasukan) tetapi daya saing secara sihat di kalangan mereka. Menurut Shazlan, dari Shazlan Dancers; yang menjadi Juri Tetap Jemputan untuk Uji Bakat ini – “Apa yang penting bagi pencarian ini adalah untuk mencari kumpulan tari yang bukan sahaja handal di lantai tari; bahkan mempunyai semangat berpasukan dalam satu kumpulan tari dengan baik dan berdisiplin.” Pendapat ini diakui serius oleh Puan Jumaninor yang merupakan tenaga pengajar berpengalaman JKKN dalam bidang tarian kanak-kanak – “Kita memerlukan kumpulan tari yang bukan sahaja kelihatan ‘comel’ di atas pentas tetapi berbakat besar dan berdisiplin kerana kumpulan tari yang disertai mereka memerlukan semangat setia kawan dan kerjasama yang tinggi untuk menari dalam satu persembahan secara berpasukan. Ini yang kita ambil berat selain penampilan dan bakat yang boleh diasuh dan digilap.

Berlainan pula dengan program tv ‘MyEkspressi’ yang mempunyai pendekatan berbeza. Program yang berkonsep realiti tv ini akan mencari pereka tari atau koreografer muda yang berkebolehan menari secara solo tarian tradisional dan kontemporari bahkan yang lebih mencabar peserta diberi tugasan secara spontan untuk mengolah gerak tari kepada sekumpulan artis tari tarian yang ‘authentic’ kepada kontemporari sebelum mereka bersedia untuk rakaman. Menurut penerbit rancangan ini Cik Rashidah Ali; “Sumbang saran yang kami laksanakan hampir sebulan dengan JKKN menemui idea yang bernas apabila akhirnya kami sama-sama bersetuju untuk mencari pereka tari atau koreografer. Meskipun sedar bidang ini sesuatu yang agak baru, namun kami berusaha memberikan yang terbaik kerana kami menyedari jika kita tidak mulakan sekarang, tiada siapa pun yang akan memulakannya. Apatah lagi YBhg. Dato’ Norliza Rofli Ketua Pengarah JKKN dan YBhg. Dato’ Norhyati Ismail bersetuju untuk kami sama-sama memulakan program ini meskipun kita tahu cabaran mencari pereka tari ini agak sukar.”

Menurut YBhg. Dato’ Norliza Rofli, “JKKN menyeru kepada semua penggiat seni tari yang berkebolehan mereka, mengolah gerak tari dari tradisional ke kontemporari untuk turut serta dalam program yang boleh dianggap sebagai perintis kepada dunia reka tari negara. Meskipun JKKN mengadakan program seumpama MyEkspressi ini iaitu Inspitari yang dilaksanakan setiap tahun untuk menambah vokabulari tari, namun pendekatan ini amat berbeza kerana Inspitari adalah rententan program mengolah karya kreasi baru bukan dalam bentuk pertandingan tetapi lebih kepada aspek manifestasi dan disertai oleh Kumpulan Kesenian JKKN seluruh negara sahaja. Namun dengan adanya MyEkspressi ini; para penggiat tari yang bergerak sendiri; apatah lagi yang mengusahakan tari sebagai pendapatan secara tetap atau tidak serta kumpulan-kumpulan tari yang dinaungi oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Organisasi, Pertubuhan malahan agensi kerajaan untuk turut serta dalam program realiti tv yang pertama seumpamanya di Malaysia ini.” jelas beliau lagi.

Manakala program ’Mimpi ke Bintang’ pula adalah hasil penjenamaan semula program Bakat TV yang dipelopori RTM sejak tahun 70an dan diadakan kembali pada tahun lepas bertujuan mencari bakat dalam pelbagai kategori; lawak jenaka, akrobatik, silap mata, bermain alat muzik yang unik, kebolehan kreatif mencipta sesuatu, kepantasan luar biasa, kebolehan luar biasa anggota tubuh / minda, formasi kreatif, kebolehan meniru bunyi / suara, keberanian luar biasa dan lain-lain yang sesuai untuk tontonan umum. Pertandingan dibuat secara langsung dengan format ujibakat ala ‘60 sec to fame’ . Peserta terbaik akan mewakili zon ke peringkat Nasional.

Menurut penerbitnya En Azman Hashim; ujibakat dibuat secara siaran langsung. Jika peserta gagal membuat persembahan yang menyakinkan juri peserta terus tersingkir. Program ini membuka ruang berkarya yang lebih luas sebagai pilihan dengan kebenaran menggunakan media baharu dalam persembahan, membawa bahan atau membuat klip video promosi  sendiri.” Jelasnya. Selain daripada itu juga, 50 peserta terpilih di tahap satu diberikan 60 saat setiap seorang untuk membuat persembahan dan hanya 10 orang yang membuat persembahan terbaik untuk mara ke peringkat seterusnya. Setiap enam (6) lokasi penjelajahan akan diadakan Siaran Langsung pada jam 8.00 malam mengikut tarikh berikut;- Kompleks JKKN Terengganu (Taman Budaya Terengganu) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada  6 Oktober, Zon Utara lokasinya ialah RTM Kedah, Alor Setar pada 13 Oktober, RTM Kuching, Sarawak pada 20 Oktober, Zon Selatan pada 10 November di Kompleks JKKN Melaka (Taman Budaya Melaka), Ayer Keroh, Melaka, seterusnya pada 8 Disember di Kompleks JKKN Sabah (Taman Budaya Sabah), Jalan Penampang, Kota Kinabalu dan pada 15 Disember di Kompleks Penyiaran RTM, Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan. Para penonton digalakkan untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan dan memberikan sokongan kepada setiap peserta.

Sementara itu, para peminat bolehlah mengunjungi Pentas Rakyat yang diadakan pada tarikh dan lokasi di atas mulai jam 5.00 petang untuk menemui artis popular seperti Ramlah Ram, Roy Kapilla dan Dikir Barat Arjunasukma pada 6 Oktober di Kompleks JKKN Terengganu, Ifa Raziah, Ani Mayuni dan Che’Mat Rajalawak pada 13 Oktober 2012 di RTM Kedah. Manakala di RTM Kuching, Sarawak peminat boleh bertemu dengan Jimmy Palikat, Dayang Nurfaizah, Ramli Sarip dan kumpulan kesenian tempatan. Beberapa lagi artis popular akan turut berada di setiap lokasi seterusnya.

Manakala program ‘Sri Pantun’ pula adalah program rakaman Sitkom TV yang telah pun bersiaran setiap Selasa, jam 9.00 malam di TV2. SRI PANTUN berkonsep gabungan komedi situasi dan puisi Melayu yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas sebagai medium yang berkesan untuk mencungkil humor ketika masyarakat majmuk di Malaysia berinteraksi di antara satu sama lain dalam kehidupan harian yang harmoni dan sejahtera. Dilakonkan oleh Abon, Noorkhiriah, Raja Azura dan Sathiya, program ini akan dirakamkan di hadapan penonton di ke semua enam lokasi tadi pada tarikh berikut – Kompleks JKKN Terengganu (Taman Budaya Terengganu) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada  2 Oktober, Zon Utara lokasinya ialah RTM Kedah, Alor Setar pada 9 Oktober, RTM Kuching, Sarawak pada 16 Oktober, Zon Selatan pada 6 November di Kompleks JKKN Melaka (Taman Budaya Melaka), Ayer Keroh, Melaka, seterusnya pada 4 Disember di Kompleks JKKN Sabah (Taman Budaya Sabah), Jalan Penampang, Kota Kinabalu dan pada 11 Disember di Kompleks Penyiaran RTM, Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan. Para penonton digalakkan untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan rakaman dan ada segmen interaktif antara penonton. Penerbit rancangan ini, Sarena Mohd Salleh berkata ” Setiap lokasi akan menampilakn ’gimmick’ istimewa di mana pelakon tambahan tempatan yang boleh berlakon dan berpantun secara spontan akan dipilih dan boleh beraksi bersama pelakon utama semasa rakaman. Apatah lagi apabila JKKN turut menyediakan tokoh-tokoh pemantun tempatan yang akan berpantun secara spontan dengan para pelakon utama dengan dialek tempatan. Ini sudah pasti dapat menimbulkan suasana lucu dikalangan pelakon dan penonton.”

”Minda berpantun memerlukan pemantun bukan sahaja bersedia secara spontan bahkan merangkaikan ikatan kata yang indah yang mebentuk pantun sebagai mesej puisi Melayu lama yang kekal diingati hingga sekarang ulasnya lagi. Ini secara tidak langsung menggalakkan generasi muda kini untuk kembali meminati seni berbahasa dalam ungkapan pantun yang telah mula dijadikan modul bimbingan seni yang dilaksanakan oleh JKKN sejak 2010. Sekalipun bertunjang komersial, keaslian dan disiplin dalam pantun masih dikekalkan. Improvisasi yang diketengahkan bertujuan menghasilkan persembahan yang lebih menarik, relevan dan seiring dengan tuntutan peredaran zaman.” Tambah YBhg. Dato’ Norliza Rofli lagi.

 

JKKN sentiasa peka mencari inisiatif untuk memberi nilai tambah, pembaharuan ke arah transformasi dan menjadi pemangkin kepada perkembangan seni budaya tanahair dalam mengiktiraf karyawan seni budaya tempatan dengan menyediakan landasan untuk mereka mempersembahkan hasil karya bermutu untuk dikongsi dan dihayati bersama hasil program terbitan bersama RTM dan JKKN ini.

Para peminat boleh mengikuti Siri Jelajah ini menerusi laman sosial facebook ’fanpage’ MyGempak 2012 setiap hari. Borang penyertaan boleh didapati secara ’walk-in’ di lokasi dengan membawa sekali kad pengenalan(mykad/mykid) serta gambar berukuran 4R semasa datang ke Uji Bakat.