February 3rd, 2015

Beberapa hari lepas foto Tan Sri Jins Shamsuddin yang kelihatan sudah uzur dan kurus telah tersebar luas di Internet. Ramai yang telah membuat spekulasi berdasarkan foto tersebut dan tidak kurang juga mereka yang memberikan komen negatif.

Semalam, Presiden Persatuan Seniman Zed Zaidi telah melawat Tan Sri Jins Shamsuddin di rumah beliau untuk melihat sendiri keadaan terkini seniman itu dan agak terkejut apabila melihat beliau masih lagi sihat dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.

Zed Zaidi dalam satu kenyataan menjelaskan ahli keluarga Tan Sri Jins Shamsuddin merasa kesal dengan perbuatan mereka yang menyebarkan foto tersebut dan telah membuat andaian hanya berdasarkan satu foto.

Apa yang beliau beritahu saya dia kesal dengan penyebaran gambar oleh pihak tidak bertanggungjawab seolah-olah suaminya itu uzur dan tidak dijaga dengan baik.

Lebih membimbangkannya adalah telahan yang tidak benar dibuat terhadap Jins tanpa bertanya sendiri kepadanya sebagai individu paling dekat dengannya.

Pada kunjungan tersebut pihak Seniman dan Koperasi Penggiat Seni Berhad (Koseni) turut memberi sumbangan kepada Tan Sri Jins Shamsuddin dan membaca doa agar kesihatan pelakon dan pengarah terkenal itu dalam keadaan baik.

Adalah menjadi tanggungjawab Seniman juga apabila tersebar cerita sebegini kami perlu melihat sendiri untuk memastikan sama ada cerita yang tersebar adalah benar atau pun tidak.

Tan Sri Jins Shamsuddin telah menghidap penyakit Alzheimer sejak tahun 2011 dan kini dijaga dengan baik oleh isteri tercinta Puan Sri Halijah Abdullah.
Kadang-kala media sosial juga boleh menyebarkan sesuatu yang tidak benar. Tidak boleh salahkan pengguna kerana mereka menyerap apa sahaja yang disiarkan kerana tidak mengetahui cerita disebaliknya. Mari sama-sama kita mendoakan agar Tan Sri Jins Shamsuddin sihat selalu dan berhenti membuat spekulasi.

Sumber Berita:mStar Online

February 2nd, 2015

Minggu lepas, beberapa laman blog di Malaysia telah mendedahkan foto terkini Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin yang kelihatan begitu uzur dan kurus selepas menghidap penyakit Alzheimer selama empat tahun.

Pendedahan foto tersebut membuatkan orang ramai tertanya-tanya akan status kesihatan seniman tersebut dan menjadi bualan hangat di media sosial.

Menyedari bahawa perkara tersebut sudah menjadi viral, anak kepada Tan Sri Jins Shamsuddin telah tampil memberikan penjelasan disebalik spekulasi yang timbul. Anaknya Putera Hang Jebat berkata, bapa beliau tidak mempunyai sebarang penyakit lain selain Alzheimer dan kini dijaga dengan baik oleh isterinya Puan Sri Halijah Abdullah di kediaman mereka di Hulu Kelang, Selangor.

Saya tidak pasti bagaimana gambar berkenaan boleh tersebar namun saya sedikit terkejut kerana ia menunjukkan seolah-olah ayah dalam keadaan sangat uzur sedangkan dia masih sihat di rumah.

Biasalah bila dah berumur mungkin selera makan tak macam dulu sebab itu nampak kurus.

Khabarnya, Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi bakal menziarahi Tan Sri Jins Shamsuddin hari ini bagi mengetahui perkembangan terkini seniman lagenda tersebut.

Tan Sri Jins Shamsuddin merupakah salah satu seniman yang mempunyai pencapaian yang tinggi termasuk dalam peringkat PHD. Filem lakonan beliau seperti Pancha Delima dan Bukit Kepong masih lagi di ingati ramai. Sama-sama kita doakan agar beliau berada dalam keadaan sihat.

Sumber Berita&Foto: Harian Metro