September 16th, 2015

Baru-baru ini timbul khabar angin bahawa pelawak Jihan Muse bakal berkahwin dengan kekasihnya pelakon Ku Hariz pada bulan hadapan. Walaubagaimanapun,  Jihan menasihati agar tiada pihak yang mempercayai berita itu kerana ia tidak benar.

Terbaru, beliau telah mengakui ada membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini dan bukan pada bulan hadapan seperti yang hangat diperkatakan.

Bukan saya tidak mahu berkongsi sebab perancangan (berkahwin) itu memang ada, tetapi bukan bulan depan seperti yang diperkatakan itu. Jadual kerja saya sangat padat sekarang. Jadi saya tidak berani berkongsi sebarang tarikh dulu.

Buat Jihan, gosip yang beliau bakal berkahwin itu di anggap sebagai satu doa yang baik buat dirinya dan pasangan. Apa-apa pun, segala keputusan untuk melangsungkan perkahwinan akan di bincang bersama keluarganya terlebih dahulu.

Alhamdullilah, lapan tahun bercinta akhirnya mereka akan bersatu juga dalam satu ikatan yang sah. Harapnya segala perancangan di berkati Allah SWT dan semoga ia berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Harian Metro

September 14th, 2015

Setelah lapan tahun menyulam cinta, ada berita mengatakan pasangan Jihan Muse dan Ku Hariz bakal berkahwin pada bulan hadapan. Ramai sudah peminat yang cukup teruja dengan berita baik tersebut dan mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Semuanya bermula apabila sebuah ruangan gosip di akhbar tempatan melaporkan seorang teman baik pelawak terkenal tempatan akan pulang ke Malaysia bagi menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya iaitu Jihan.

Namun, Jihan yang tidak tahu akan berita yang sudah viral itu sekaligus menafikan ia cuma khabar angin dan beliau tidak akan berkahwin dalam masa terdekat.

Walaubagaimanapun, beliau tidak merasa terkejut dengan gosip beliau bakal berkahwin kerana ini bukan kali pertama beliau dikaitkan dengan berita seperti itu.

Gosip berkenaan tidak benar. Cerita tentang saya hendak berkahwin bukan perkara baharu. Abaikan sahaja kerana ia tidak benar.

Rasanya timbul salah faham ini, Jihan pun tidak kenal siapakah individu yang mengakui beliau adalah kawan kepada beliau. Apa-apa pun, kami tetap mendoakan agar satu hari nanti hubungan Jihan dan Ku Hariz akan berkahir di jinjang pelamin.

Sumber Berita: mStar Online