May 15th, 2015

Kumpulan Sepah satu ketika dahulu dianggotai oleh Jepp, Shuib dan Mamat. Antara ramai-ramai Mamat adalah yang paling kurang lawaknya dan paling tidak menonjol sehingga ada yang mempersoalkan kehadiran Mamat di dalam kumpulan tersebut. Selepas kumpulan Sepah berpecah, Jepp dan Shuib membentuk Sepahtu dengan seringkali menjemput seorang pelawak lain. Secara jujur gandingan Sepahtu dengan pelawak lain agak tidak menjadi sehingga ada yang mahukan Mamat kembali.

mamat sepah

Terbaru menurut Mamat, sengketa yang timbul antara dirinya dan anggota kumpulan Sepah yang lain telah pun selesai. Malah Mamat membayangkan keinginannya untuk bersatu kembali di bawah payung Sepah. Kata Mamat:-

Saya rindukan kumpulan Sepah, sebelum ini pelbagai kontroversi yang tercetus tetapi sekarang ini masing-masing sudah dewasa dan matang untuk fokus kerjaya masing-masing. Permasalahan yang timbul dahulu sebenarnya telah pun selesai, hubungan saya dengan Jep pun dah pulih seperti biasa, kalau ingin disatukan semula, saya hanya serah kepada takdir

mamat

Teringin juga melihat kumpulan Sepah beraksi seperti di awal kemunculan mereka. Walaupun Mamat jarang mengenakan ‘punchline’ yang hebat, namun impaknya di dalam kumpulan tersebut tetap besar. Bak kata orang, bila seseorang itu tak ada, barulah kita akan rasa kehilangannya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Mamat dan kumpulan Sepah. Kalau ada jodoh, pasti mereka akan bersatu kembali. Apa kata anda? Sumber portal Murai.

October 23rd, 2012

Kumpulan Sepah sudah pun berpecah. Mamat kini bergerak seorang diri sementara Jepp dan Shuib menubuhkan kumpulan Sepahtu. Abang Nara ingatkan at least Sepahtu akan turut serta dalam Maharaja Lawak Mega 2012, sayangnya apabila nama peserta dikeluarkan, nama mereka tidak tersenarai. Ini sangat-sangat mengecewakan.

kumpulan sepah

Pasti ramai peminat Sepah yang kecewa dengan ketiadaan mereka di dalam program berprestij ini. Lawak-lawak kumpulan Sepah sememangnya berada di dalam kelas mereka yang tersendiri. Apa pun Shuib menegaskan mereka tidak turut serta di dalam Maharaja Lawak Mega 2012 kerana menjaga hati banyak pihak:-

Dahulu kami bertiga. Sekarang ini hanya tinggal kami berdua saja. Jadi, jika kami masuk, kami akan rasa janggal pula. Sejujurnya, kami telah mengambil masa selama tiga bulan untuk buat keputusan sama ada kami patut sertainya atau pun tidak. Oleh itu, rasanya inilah keputusannya terbaik kami yang mana kami tidak masuk. Kami tidak mahu orang pertikaikan kemasukan kami. Lagi pun, sebelum ini kami cipta nama dengan bertiga. Untuk berdua (Sepahtu), rasanya masih belum cukup matang lagi untuk kami melakukannya.

sepahtu

Pastinya Maharaja Lawak Mega 2012 akan kurang serinya tanpa kehadiran kumpulan Sepah. Walaupun ramai yang kecewa, Abang Nara rasa ini adalah keputusan yang dibuat setelah mereka berfikir lama. Diharap Sepah akan membuat comeback di dalam mana-mana program lawak di masa hadapan. Ramai yang merindukan lawak awesome mereka. Tak gitu?

P.S: Apabila kilat menyambar

October 7th, 2011

Dalam entri lepas, BeautifulNara ada menceritakan tentang Jepp dan Shuib yang sebelum ini bersama Mamat dalam kumpulan Sepah telah berpecah dan Jepp dan Shuib telah menubuhkan kumpulan baru bernama Sepahtu. Walau bagaimanapun Mamat telah mengeluarkan kenyataan yang Sepah masih wujud dalam artikel di MyNewsHub.

“SEPAH masih lagi belum berpecah. Memang kami sudah tidak bersama lagi tapi Sepah masih wujud. Shuib akan bersama-sama dengan saya apabila membuat persembahan dan aktiviti melibatkan Sepah.”

Jadi menurut Mamat, dia dan Shuib masih bersama dalam Sepah manakala Jepp dan Shuib berada dalam Sepahtu. Perihal masalah disiplin yang dikaitkan dengan dirinya, Mamat berkata:

Jika mereka katakan saya bermasalah, saya rasa semua orang ada masalah. Saya tak nak komen lanjut dan tak kisah dengan apa yang orang nak kata.”

Dia yang juga sedang hangat dikaitkan dengan isu penyebaran gambar Fida mendedahkan rambut menambah:

Karya datang daripada Tuhan. Jadi jangan katakan karya itu hak milik kita kerana kita sebenarnya tiada apa-apa.”

Mamat turut berpesan kepada semua pihak agar tidak menindas antara satu sama lain jika mahu berjaya.

Agak rumit juga masalah Sepah dan Sepahtu ini. Pendapat korang?