Kumpulan Sepah sudah pun berpecah. Mamat kini bergerak seorang diri sementara Jepp dan Shuib menubuhkan kumpulan Sepahtu. Abang Nara ingatkan at least Sepahtu akan turut serta dalam Maharaja Lawak Mega 2012, sayangnya apabila nama peserta dikeluarkan, nama mereka tidak tersenarai. Ini sangat-sangat mengecewakan.
Pasti ramai peminat Sepah yang kecewa dengan ketiadaan mereka di dalam program berprestij ini. Lawak-lawak kumpulan Sepah sememangnya berada di dalam kelas mereka yang tersendiri. Apa pun Shuib menegaskan mereka tidak turut serta di dalam Maharaja Lawak Mega 2012 kerana menjaga hati banyak pihak:-
Dahulu kami bertiga. Sekarang ini hanya tinggal kami berdua saja. Jadi, jika kami masuk, kami akan rasa janggal pula. Sejujurnya, kami telah mengambil masa selama tiga bulan untuk buat keputusan sama ada kami patut sertainya atau pun tidak. Oleh itu, rasanya inilah keputusannya terbaik kami yang mana kami tidak masuk. Kami tidak mahu orang pertikaikan kemasukan kami. Lagi pun, sebelum ini kami cipta nama dengan bertiga. Untuk berdua (Sepahtu), rasanya masih belum cukup matang lagi untuk kami melakukannya.
Pastinya Maharaja Lawak Mega 2012 akan kurang serinya tanpa kehadiran kumpulan Sepah. Walaupun ramai yang kecewa, Abang Nara rasa ini adalah keputusan yang dibuat setelah mereka berfikir lama. Diharap Sepah akan membuat comeback di dalam mana-mana program lawak di masa hadapan. Ramai yang merindukan lawak awesome mereka. Tak gitu?
peminat sepah
November 18, 2012 at 11:45 pm
kalau nak kata janggal, kumpulan boboi pun kite tengok janggal sebab ade nabil, dlu takde. lgpun mamat bukan yg plg lwk pun kat kumpulan sepah. plg lwk pertama jep, kedua shuib. kombinasi due org ni pun rsenyer mmg lwk jike kite tgk kat karoot komedia, betul ke bohong dan sepahtu.
bear
October 29, 2012 at 8:09 pm
Peh klu sepah xde xmeriah r,.lwak diorg naturl gile…cm ni maharajalawak xbest r…kecwa siot..
leha
October 25, 2012 at 11:39 am
jep dgn shuib tu rase bersalahlah kot..diorg tkenal pun sebab Sepah..tup2 bile dh glamer..bpecah plak…tanpe Sepah, sape pun x knal diorg kan…kite doa2 jelah bior diorg bcantum semule…xpayah nak kutuk2 org mcm monyet ke ape..rupe kite ni Allah yg jadikan.,..klu kite kutuk rupe org, sama kite kutuk ALLAH..Nauzubillah..insaf2 la org yg suke kutuk rupa dan kejadian Allah..
nuryn
October 24, 2012 at 6:15 pm
aku minat jepp da lama..makin lama makin minat sbb lawak dia terbaik..spontan abes..johan pun xleh beat dgn lawak spontan jep,,cuma dia x se’popular’ johan jer
amy
October 24, 2012 at 12:46 pm
kalau dorang masuk confirm menang la…haha…dorang mmg betul2 lawak…cer tgk BETUL KE BOHONG..confirm gelak guling2…aku mmg sokong dorg dr raja lawak lg….haha…klaka2!!!