October 17th, 2011

Informasi ini tidak dapat disahkan kebenarannya. Namun baru-baru ini Abang Nara mendapat email daripada seorang pembaca yang telah berinteraksi dengan seseorang yang kononnnya ialah abang kepada Mamat Sepah. Manusia yang dikatakan abang Mamat Sepah ini memberikan jawapan sebegini apabila ditanya apakah sebenarnya yang terjadi kepada Mamat Sepah:-

mamat sepah

Nama manusia yang kononnya Abang Mamat Sepah ini terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Informasi di atas tidak pasti tetapi informasi yang Abang Nara ambil daripada Pancaindera semalam ini sememangnya benar 100%. Apabila ditanya tentang penendangnnya keluar daripada kumpulan Sepah, Mamat berkata:-

Saya tak mahu komen sebab saya anggap mereka ini sahabat dunia akhirat. Biarlah Jep dan Shuib keluarkan kenyataan mengenai krisis kami. Tak bermakna saya nak tunjuk baik atau sebaliknya, saya tak mahu mengeruhkan keadaan. Biarlah mereka nak kata saya bermasalah, tak berdisplin dan sebagainya, saya tak kisah. Kalau betul saya bermasalah, tak adalah saya dapat tawaran berlakon bukan?

mamat sepah
Ditanya adakah Mamat tahu punca sebenar dia diasingkan daripada penubuhan kumpulan Sepahtu, Mamat menjawap:-

Saya tak tahu apa motif dan saya tak mahu tahu. Malah saya tak mahu membaca apa juga kenyataan yang tertera di media baik di televisyen mahupun akhbar. Terus terang saya sanggup nak tengok dan baca. Saya istigfar banyak-banyak dan anggap apa yang berlakuini sebagai dugaan untuk menguatkan saya.

Apabila ditanya adakah Mamat tidak bimbang bergerak secara solo, ini jawapan yang diberikan:-

Insya Allah, tanpa mereka saya yakin boleh bergerak solo. Biarlah mereka mahu bergerak bersama Sepahtu, tapi bagi saya Sepah masih ada. Mereka bergerak berdua pun masih menggunakan nama Sepah bukan? Maka jelaslah mereka juga masih mengharapkan tuah nama Sepah itu sendiri. Bagi saya, Sepah itu dah membawa makna yang cukup besar dalam hidup saya.

Kepada Jepp, Shuib dan Mamat, Abang Nara tak kisahlah korang nak Sepahtu ke Sepah three ke Sepah four ke, yang penting kalau buat lawak sila pastikan meletup. Kasik pecah perut macam Maharaja Lawak dulu. Hehehe

August 27th, 2011

Ok sumpah kecewa gila baca laporan yang kumpulan Sepah sudah sah berpecah di Berita Harian  hari ini. Kata Jepp Sepah, punca perpisahan mereka tak lain tak bukan kerana sudah tiada persefahaman dan masalah peribadi. Kenapa ini terjadi kepada kumpulan Sepah? Kenapa? Tell me why please.

sepah sah berpecah

Berikut ialah kata-kata Jepp Sepah selaku ketua kumpulan:-

Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.

Namun ternyata keputusan Jepp ini sangat-sangat mengejutkan Shuib. Kata Shuib:-

Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Selaku peminat lawak-lawak Sepah yang memang mantap, Abang Nara serious sangat-sangat kecewa dengan berita ini. Dah la pelawak kat Malaysia ini tak berapa ramai, tengok-tengok dah berpecah pulak salah sebuah kumpulan yang hebat. Tak tahu apa nak jadi dengan industri hiburan kita. Asal femes sikit jer mesti nak bergaduh dan berpecah.

Namun begitu, Abang Nara ingin mencadangkan kepada Jep dan Shuib supaya bergabung berdua untuk membuat kumpulan baru. Secara ikhlas, Abang Nara hanya nampak mereka berdua sahaja yang benar-benar kelakar dalam kumpulan Sepah. Baik bergabung buat kumpulan baru. Confirm meletup macam Jozan. Apa pendapat korang?