Written by Bella | November 12th, 2019

Walaupun sudah lama membawa haluan masing-masing, pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya, Jejai masih lagi mengekalkan hubungan baik demi anak-anak mereka.

fasha sandha

Baru-baru ini, Fasha dan Jejai meraikan sambutan ulang tahun kelahiran anak perempuan mereka, Putri Raysha Jemyma yang genap berusia lima tahun. Memang meriah betul.

Berkongsi momen sekitar majlis tersebut, ada satu foto memaparkan Jejai mencium mulut anak perempuannya mendapat kecaman dari netizen.

jejai cium mulut anak perempuanjejai cium mulut anak perempuan

Rata-rata netizen menegur perbuatan itu agak tidak manis kerana ia seolah-olah mengikut budaya barat. Tidak salah untuk menunjukkan kasih sayang terhadap anak, tetapi haruslah menjaga batas.

jejaijejai cium mulut anakfasha sandhafahsa sandhaMungkin benar apa yang dikatakan netizen, kena harus menjaga batas pergaulan dengan anak perempuan agar tidak mengundang fitnah.  Apa-apa pun, kami harap keharmonian dan hubungan baik antara Jejai dan Fasha akan terus berkekalan sehingga akhir hayat.

Written by Bella | April 16th, 2019

Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha telah mengadakan majlis sambutan hari jadi anak sulungnya, Putra Rayfal Ramli bersempena dengan ulang tahunnya yang ke 6.

Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan kehadiran keluarga dan teman rapat. Namun, apa yang menarik perhatian netizen, bekas suami Fasha, Jejai turut hadir meraikan hari istimewa itu.

Rata-rata netizen puji Fasha tidak melupakan bekas suaminya itu dan tetap menjemputnya ke majlis tersebut walaupun beliau kini sudah bergelar isteri kepada Aidil Aziz.

Mereka berharap keharmonian dan ikatan silatulrahim antara keluarga ini akan kekal selamanya meskipun masing-masing sudah mempunyai kehidupan sendiri.

Air yang dicincang tidak akan putus, antara bapa dan anak-anak akan kekal sampai bila bila. Kematangan Fasha dan Jejai “bersatu” demi kebahagiaan anak mereka walaupun sudah berpisah juga harus dipuji.

Written by Bella | December 17th, 2018

Walaupun sudah tiga tahun bercerai dan kini mereka sudah mempunyai kehidupan masing-masing, pelakon Fasha Sandha bagaimanapun menegaskan peceraiannya bersama bekas suami, Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai bukanlah alasan untuk mereka saling membenci mahupun tidak memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada dua orang anak mereka.

Menurut Fasha, ibu bapa harus melakukan yang terbaik untuk anak-anak agar mereka tidak menjadi mangsa keadaan.

Ramai peminat yang memuji hubungan baik yang terjalin antara Fasha dan Jejai. Mereka antara contoh ibu bapa terbaik dalam memberikan kebahagiaan buat anak-anak tersayang. Semoga silaturahim ini akan terus terjalin sampai bila-bila.

Kredit Foto : Aqo Imran

Written by Bella | October 18th, 2018

Beberapa hari lepas,  Fasha Sandha telah menafikan gosip sudah mengikat tali pertunangan ataupun bernikah secara senyap dengan kekasih hati Aidil Aziz serta keliru dengan ucapan tahniah bekas suami kepada dirinya.

Pagi tadi, Datuk Seri Aliff Syukri pula telah meninggalkan komen di salah satu muat naik di Instagram Fasha dan memberikan bayangan seakan pelakon jelita itu bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Walaupun Fasha pernah memberitahu beliau belum bersedia untuk berkongsi sebarang perancangannya bersama Aidil untuk masa depan, rata-rata netizen bagaimanapun merasakan apa yang dikatakan oleh Aliff itu mungkin benar memandangkan beliau dan Fasha bersahabat baik. Selalunya, hanya mereka yang rapat antara satu sama lain sahaja yang tahu mengenai cerita terkini kan?

Kalau dah ada perasaan cinta dan sayang, tunggu apa lagi? Benda baik janganlah ditangguh ye dak? Semoga segalanya dipermudahkan buat Fasha dan Aidil.