Written by AbangNara | May 4th, 2012

Ingatkan selepas sah menjadi isteri kepada Jejai, tidak akan ada lagi kontroversi yang melanda pelakon popular, Fasha Sandha. Nampaknya Abang Nara tersilap apabila banyak suara yang mendakwa perkahwinan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga Jejai.

fasha sandha

Apabila ditanya mengenai dakwaan ini, Fasha berkata:-

Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu

Apa pun Fasha sekarang sudah bergelar isteri kepada Jejai dan kelihatan sangat bahagia. Abang Nara sendiri terharu melihat status-status update yang telah dilakukan oleh Fasha di Facebook We Love Fasha Sandha. Nampak sangat yang dia sedang bahagia di samping suami tercinta.

fasha

Sama-sama kita doakan agar rumah tangga yang dibina oleh Fasha dan Jejai kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.

Written by AbangNara | March 4th, 2012

Jeng jeng jeng. Nampaknya tarikh pernikahan pelakon popular Fasha Sandha dengan kekasih hatinya, Jejai sudah semakin hampir. Mereka berdua dilaporkan telah menghadiri kursus kahwin di Mahligai Firdaus, Setiawangsa minggu ini.

jejai fasha ke kursus kahwin

Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk mendengar pengumuman tarikh bahagia pasangan merpati dua sejoli ini. Walaupun sudah mendapat sijil kursus kahwin sebelum ini, Jejai tetap menemani kekasih hatinya hadir ke kursus 2 hari ini. Apa pun Abang Nara doakan agar semua persiapan berjalan dengan lancar untuk pasangan ini. Kedua-duanya nampak sangat berseri-seri di dalam gambar di atas. Info kredit portal Murai.

P.S: Lelaki Thai curi 10,000 seluar dalam wanita