January 9th, 2020

Gara-gara menggelar Elly Mazlein dengan panggilan janda ketika mengacarakan program hiburan Melodi hujung minggu lalu, Janna Nick dikecam teruk netizen. Mereka menyifatkannya sebagai kurang sensitif dan bermulut lancang. Bagaimanapun, dia sudah tampil memohon maaf di atas ketelanjurannya itu.

elly mazlein tidak marah dengan gelaran janda

Mengulas mengenai isu tersebut, Elly mengakui dia tidak menyimpan sebarang rasa dendam atau tidak puas hati dengan Janna. Menurut Elly, dia tahu apa yang diungkapkan Janna hanyalah sekadar gurauan sahaja kerana sudah lama mengenalinya.

Tiada sekelumit dendam atau terbit perasaan marah terhadap Janna. Janna sudah saya anggap seperti adik sendiri. Saya tahu apa yang dikatakan itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

janna nick elly mazlein janda

Saya tak ambil hati pun. Lagipun dia sudah memohon maaf kepada saya sebaik program itu selesai.

Elly berharap perkara ini tidak perlu dipanjangkan lagi dan meminta agar netizen tidak terus menghentam Janna.

elly mazlein tidak marah dengan gelaran jandaDalam pada itu, Elly yang bakal berkahwin tidak lama lagi mengakui berasa sedih untuk untuk meninggalkan gelaran ‘janda’ setelah sekian lama hidup sebagai ibu tunggal. Namun, pada masa yang sama dia turut merasa teruja dan tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru sebagai seorang isteri.

Sumber Berita : Harian Metro

January 8th, 2020

Baru-baru ini,  Janna Nick dihentam teruk oleh netizen yang kurang senang dengan tindakannya menggelar Elly Mazlein dengan panggilan janda, ketika mengacarakan program Melodi hujung minggu lalu.

janna nick gelar elly mazlein janda

Sedar apa yang dia katakan itu tidak menjaga sensitiviti orang lain, Janna tampil memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu. Di menerima setiap kritikan dan kecam dengan hati yang terbuka.

Silap saya kerana tidak peka dalam pemilihan perkataan, namun saya sudah meminta maaf kepada Elly Mazlein sebaik program Melodi selesai. Saya juga ingin memohon maaf kepada penonton yang mungkin kurang senang atas apa yang berlaku. Saya akan lebih berhati-hati apabila bercakap dan berusaha memperbaiki lagi corak pengacaraan.

janna nick elly mazlein

Saya terima segala teguran dengan hati yang terbuka. Saya juga berjanji akan lebih peka dan sensitif dalam pemilihan perkataan supaya tidak lagi menyinggung perasaan sesiapa.

Pada tanggapan saya, perkataan ‘janda’ sesuai digunakan, namun saya silap kerana ia sebenarnya tidak manis, apatah lagi untuk program yang disiarkan secara langsung.

janna nick gelar elly mazlein jandaTerdahulu, Janna dilabel biadab oleh netizen apabila menggunakan perkataan ‘janda’ ketika mengumumkan Elly bakal berkahwin tidak lama lagi. Menurut netizen, kata-kata Janna itu agak kasar dan seakan menghina status Elly.

Sumber Berita : BH ONLINE