October 10th, 2017

Siapa tak kenal dengan pelakon senior Datuk Jalaluddin Hassan. Beliau merupakan seorang pelakon prolifik bukan saja membintangi filem dan drama, malah aktif di pentas teater.

Terbaru, pelakon berusia 63 tahun itu memberitahu Utusan Online akan menamatkan zaman duda dengan seorang wanita dari Melaka. Perkenalan mereka bermula di Facebook apabila wanita berstatus  ibu tunggal itu mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada Jalaluddin.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Selesa berkawan dengan wanita yang mempunyai empat anak itu dan tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga, Jalaluddin mahu memikirkan soal berkahwin hanya selepas genap setahun pemergian isterinya, Datin Hasimah Mat Ehsan yang meninggal dunia November tahun lalu.

Bila kehilangan arwah, hidup saya seolah tidak bererti lagi. Hidup mesti diteruskan. Selama ini saya hidup dengan arwah isteri dah 40 tahun dan tidak pernah kenal dengan mana-mana wanita.

Semasa saya buat solat sunat stikarah, saya terlihat bayangan ciri-ciri arwah isteri ada pada wanita itu.

Anak-anak tidak menghalang malah turut menasihati saya untuk berkahwin lagi kerana tahu tentang keadan diri yang memerlukan seseorang untuk menjaga saya.

Malah tiap kali ayah (Tan Sri Hassan Azhari) jumpa saya, dia akan menangis menyuruh untuk buka pintu hati untuk orang lain.

Tidak ada majlis besar-besaran buat Jalaluddin sebaliknya dia akan melakukan yang wajib sahaja.

Insyallah, kalau jodoh kami panjang, saya tak berhajat nak buat majlis yang besar. Sederhana cukuplah dan dahulukan perkara wajib.

Saya bertemu kali pertama dengannya pada acara rumah terbuka Aidilfitri lalu atas undangn teman rapat. Rupa-rupanya dia adik kepada rakan baik saya.

Kalau boleh ayah nak saya kahwin bulan ini (Oktober) tapi saya mohon padanya untuk cukupkan setahun pemergian arwah isteri kemudian baru lah fikir langkah seterusnya.

Bersama kita doakan segalanya buat lancar buat Jalaluddin sehingga tiba hari disatukan dengan wanita yang dinamakan YR. – via Utusan Online

February 9th, 2015

Selepas 13 minggu, tamat sudah Maharaja Lawak Mega 2014. Tiada lagi aktiviti Jumaat malam untuk Abang Nara sekeluarga. Abang Nara pasti ramai yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelibat Nur Fazura setiap minggu. Tidak dinafikan Fazura merupakan salah satu tarikan MLM2014. Kejelitaan pelakon ini memang dinantikan setiap minggu. Bukan lelaki je yang suka tengok, perempuan pun sama juga mengkagumi kecantikan Nur Fazura.

nur fazura

Selain daripada para peserta yang semakin popular kerana MLM2014, para juri juga mendapat tempias yang tersendiri kerana program ini. Contohnya Taufik Batisah yang merupakan seorang penyanyi dari Singapura. Siapa sangka penyanyi ini mempunyai karismanya yang tersendiri ketika memberi ulasan. Tak salah Abang Nara katakan yang Taufik merupakan antara juri yang bernas, tidak berat sebelah dan bermutu pengadilannya. Hensem pun hensem jugak. Hehehe.

nur fazura

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan MLM2014. Ia adalah satu program yang sangat bagus, menceriakan dan memang membuatkan ramai orang tergelak. Semoga ia diteruskan lagi tahun ini dengan pembaharuan-pembaharuan menarik. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

nur fazura
nur fazura
nur fazura
nur fazura
nur fazura
nur fazura
nur fazura
nur fazura
nur fazura
nur fazura
nur fazura
nur fazura

March 22nd, 2012

Walaupun tiada penyingkiran pada pementasan minggu ketujuh Pilih Kasih  (PK3), Ahad lalu,  namun semua artis PK3 tidak boleh terus berasa mereka berada pada zon yang selesa dan selamat. Mereka sepatutnya mesti lebih berhati-hati kerana PK3 yang semakin menuju ke kemuncaknya sekaligus meletakkan mereka dalam situasi yang lebih sukar.

pk

Selepas diuji dengan pelbagai tugasan, Rosyam Nor berasakan sudah sampai masanya artis PK3 diuji dengan tugasan yang lebih berat dan mencabar kerana tiada alasan lagi untuk mereka mengambil tanggungjawab itu sambil lewa. Tegas Rosyam, PK3 adalah pentas ujian untuk mereka dan tiada masa lagi untuk mengambil mudah dengan setiap tugasan yang diberikan.

Jika minggu ini semuanya selamat tetapi tidak bermakna mereka akan terus berasa selesa pada minggu seterusnya. Minggu depan jika prestasi setiap artis PK3 tidak menunjukkan peningkatan mungkin lebih dari seorang akan saya singkirkan. Apa yang saya lakukan untuk kebaikan mereka semua kerana saya mahu mereka keluar dari PK3 menjadi artis yang berkualiti. Populariti tanpa usaha, tidak akan ke mana. Kedua-dua elemen itu saling berkaitan dan memerlukan. Saya mahu jadikan PK3 sebagai pentas perjuangan untuk mereka membuktikan bakat masing-masing, justeru jangan mudah berpuas hati. Saya mahu mereka berusaha untuk menjadi yang terbaik. PK3 adalah ‘sekolah’ mereka yang pertama untuk bergelar pelakon yang disegani ramai suatu hari nanti

pk

Sepuluh lagi artis PK3 yang akan bersaing, Fareth Agang, Heri Aszmo, Hakim Yazid, Jalius Jaibin, Reen Rahim, Theera Alias, Sura Sojangi, Naqia Nasution, Nizen Ayob dan Marina Jose. Ahad lalu penampilan mereka dalam drama Konspirasi Cinta arahan Erma Fatima mendapat pujian kedua-dua pengkritik tetap, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dan Fauziah Nawi.

pk

Penampilan istimewa Datuk Jalaluddin Hassan memeriahkan dan menyerikan lagi persembahan mereka. Kemunculan Datuk Jalaluddin juga untuk memberikan mereka peluang merasakan perasaan sebenar bergandingan dengan pelakon hebat itu. Kata Erma Fatima:-

Bukan setakat berlakon bersama tetapi saya mahu mereka belajar berlakon dengan Datuk Jalaluddin. Saya mahu mereka merasai pengalaman bekerja dengan pelakon sehebat Datuk Jalaluddin. Sehebat mana pun lakonan kita, kita mesti terus belajar dan berguru dengan mereka yang lebih senior dalam bidang lakonan.Barulah kita tahu kedudukan kita di mana. Jangan cepat berpuas hati kerana ramai lagi yang akan muncul untuk menyaingi kita. Artis lama terus kekal kerana mereka bekerja dengan setulus hati, ikhlas menjadi anak seni dan paling penting mesti berdisiplin

pk

Pementasan teater juga mendapat perhatian kerana ia berkisar mengenai industri perfileman dan kali ini mereka dapat memberikan yang terbaik mungkin kerana lebih memahami naskhah yang diberikan. Penampilan mengejut Zulhuzaimi walaupun tidak dirancang namun boleh dikatakan agak berjaya kerana artis PK3 berjaya menyambung semula teater mereka. Kejutan tersebut adalah untuk Naqia Nasution yang amat meminati pelakon kacak itu.

pk

Bagaimanapun, seperti minggu-minggu yang lalu, persembahan monolog semua artis PK3 masih mengecewakan. Apabila membuat persembahan sendirian mereka bagaikan hilang arah. Apakah situasi itu berlaku kerana genre yang diberikan terlalu berat? Minggu ketujuh pementasan PK3, tugasan persembahan bertemakan penghargaan kepada seniman dan seniwati tanah air. Penampilan istimewa Farah Ahmad dengan monolog khasnya untuk Fauziah Nawi sangat menyentuh hati. Seharusnya artis mengambil iktibar kerana itulah caranya menyampaikan monolog.

pk

Apakah yang akan menimpa nasib 10 lagi artis yang bakal beraksi minggu ini? Rosyam masih mempunyai kuasa untuk menyingkirkan empat lagi artis PK3 sebelum mereka ke peringkat akhir. Pentas PK3 bersiaran dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad di Senawang, Negeri Sembilan dan disiarkan secara langsung di TV2, setiap Ahad, jam 9 malam.