October 10th, 2017

Siapa tak kenal dengan pelakon senior Datuk Jalaluddin Hassan. Beliau merupakan seorang pelakon prolifik bukan saja membintangi filem dan drama, malah aktif di pentas teater.

Terbaru, pelakon berusia 63 tahun itu memberitahu Utusan Online akan menamatkan zaman duda dengan seorang wanita dari Melaka. Perkenalan mereka bermula di Facebook apabila wanita berstatus  ibu tunggal itu mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada Jalaluddin.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Selesa berkawan dengan wanita yang mempunyai empat anak itu dan tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga, Jalaluddin mahu memikirkan soal berkahwin hanya selepas genap setahun pemergian isterinya, Datin Hasimah Mat Ehsan yang meninggal dunia November tahun lalu.

Bila kehilangan arwah, hidup saya seolah tidak bererti lagi. Hidup mesti diteruskan. Selama ini saya hidup dengan arwah isteri dah 40 tahun dan tidak pernah kenal dengan mana-mana wanita.

Semasa saya buat solat sunat stikarah, saya terlihat bayangan ciri-ciri arwah isteri ada pada wanita itu.

Anak-anak tidak menghalang malah turut menasihati saya untuk berkahwin lagi kerana tahu tentang keadan diri yang memerlukan seseorang untuk menjaga saya.

Malah tiap kali ayah (Tan Sri Hassan Azhari) jumpa saya, dia akan menangis menyuruh untuk buka pintu hati untuk orang lain.

Tidak ada majlis besar-besaran buat Jalaluddin sebaliknya dia akan melakukan yang wajib sahaja.

Insyallah, kalau jodoh kami panjang, saya tak berhajat nak buat majlis yang besar. Sederhana cukuplah dan dahulukan perkara wajib.

Saya bertemu kali pertama dengannya pada acara rumah terbuka Aidilfitri lalu atas undangn teman rapat. Rupa-rupanya dia adik kepada rakan baik saya.

Kalau boleh ayah nak saya kahwin bulan ini (Oktober) tapi saya mohon padanya untuk cukupkan setahun pemergian arwah isteri kemudian baru lah fikir langkah seterusnya.

Bersama kita doakan segalanya buat lancar buat Jalaluddin sehingga tiba hari disatukan dengan wanita yang dinamakan YR. – via Utusan Online


Comments are closed.

Loading...