June 8th, 2020

Berkongsi pengalaman menarik ketika membintangi drama Nasi Kerabu Untuk Cik Abe yang sedang hangat disiarkan di TV3, pelakon Elisya Sandha zahir rasa teruja apabila dirinya dikhabarkan berkesempatan menikmati makanan ruji penduduk negeri Kelantan seperti budu.

elisya sandha izzue islam

Menurut Elisya, selepas menjalani penggambaran lebih dua minggu di Kelantan, beliau difahamkan perlu membiasakan diri dengan situasi sekeliling. Hal ini kerana, drama berkenaan mengetengahkan budaya masyarakat di negeri berkenaan.

“Jika ikutkan skrip yang diberi, dialognya dalam bahasa Melayu tetapi memandangkan drama ini berkisar masyarakat Kelantan, dialog kena ada bahasa mereka.

Tambah Elisya lagi, dirinya bagaikan lega apabila digandingkan bersama Izzue Islam. Katanya, pelakon lelaki tersebut banyak membantunya bertutur dalam dialek negeri tersebut.

elisya sandha izzue islam

Malah, bercakap mengenai cabaran pula, Elisa yang membawa watak sebagai Shira iaitu isteri kepada Faizul lakonan Izzue, beliau menyatakan dirinya perlu melakonkan babak romantic tanpa perlu bersentuhan.

“Apabila diberitahu ada babak romantis bersama Izzue, saya sedikit bingung sebab tak tahu nak buat macam mana.

Ujar Elisya, menggunakan bahasa tubuh dan ayat manis merupakan salah satu teknik lakonan yang diajar Izzue apabila ingin melakonkan momen romantis tanpa perlu bersentuhan.

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/06/697082/izzue-ajar-elisya-lakon-adegan-romantis-tanpa-sentuh

Terdahulu, Izzue dikatakan meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan mana-mana pelakon berlainan jantina untuk setiap drama mahupun filem yang dibintanginya. Sehingga kini perkara itu disambut baik oleh semua pihak.

Selain Elisya, pelakon Issey Fazlisham, Radhi Khalid dan Jasmin Hamid merupakan antara yang turut membintangi drama berkenaan.

Sumber: BH Online

June 5th, 2020

Melayari bahtera alam perkahwinan hampir tujuh tahun, sudah pasti banyak asam garam alam perkahwinan sudah dihadapi oleh penyanyi dan pelakon, Izzue Islam dan juga isterinya, Awin Nurin.
Walaupun begitu, Izzue mengakui sehingga kini, dia dan isteri masih menerima cemuhan dan kecaman mengenai rumah tangga yang dibina.
Pelakon telemovie Nasi Kerabu Untuk Cik Abe itu turut meluahkan bahawa perkara seperti itu membuatkan isterinya kini lali dan sudah tidak terasa hati.

“Macam-macam kami lalui sepanjang berkahwin ni. Paling sedih dah tujuh tahun kahwin masih lagi ada yang cakap bukan-bukan pasal kami,”

 

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan juga kini sudah tidak lagi berasa hati jika ada pihak yang bertanyakan mengenai soal zuriat. Malah, dia dan isteri menganggap segala pertanyaan itu sebagai satu doa.

“Kami suka bila orang tanya pasal anak. Sebab bila orang tanya tu maknanya orang sedang mendoakan kami juga,”

Izzue yang ketika dihubungi mStar itu akan menyambut ulang tahun perkahwinan dan ulang tahun Izzue yang ke-30 pada Selasa depan dan bakal melancarkan sebuah single khas bagi memperingati ulang tahun perkahwinan ketujuh mereka.

View this post on Instagram

Berbuka tu seeloknya dgn yang manis2 kan? Selamat berbuka guys ? @awinnurin

A post shared by Izzue Islam ™ (@izzueislam) on

Single yang bertajuk Biar itu merupakan hasil ciptaan IIAN dan Gjie 6ixth Sense.
Biar merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang penghargaan sebuah cinta dan memberi semangat kepada para pencinta di luar sana supaya tidak putus asa dalam bercinta.

Sumber: mStar Online

May 5th, 2020

Melihat kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini telah memasuki minggu keempat, ramai dari kalangan kita seakan mengeluh dan tampil menyuarakan pandangan berkenaan pelbagai masalah termasuklah isu rambut panjang dan tidak terurus.

izzue islam

Namun, bagi menangani rantaian wabak COVID-19 ini, pengusaha kedai gunting rambut dan salon kecantikan tetap akur menutup perniagaan mereka.

Meskipun mendapat riaksi kurang senang daripada pelbagai pihak, larangan itu langsung tidak memberi kesan kepada selebriti tempatan Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam bin Mazlan kerana beliau dilihat sangat profesional mengendalikan potongan rambutnya sendiri.

Perkongsian yang dimuat naik di laman instagram miliknya mendapat perhatian umum apabila beliau dilihat seolah mengajar peminat-peminat melakukan potongan secara sendiri di rumah sepanjang tempoh PKP ini.

“Aku potong rambut sendiri weh! Hah, masa PKP ni mesti korang punya rambut pun dah panjang kan.

izzue islam

Melihat telatah pelakon drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap itu memotong rambutnya sendiri membuatkan warganet berasa teruja, malah menjengah ke ruangan komen, ada juga dalam kalangan pengikutnya turut memuji selebriti tersebut kerana masih mampu mengekalkan gaya penampilannya yang kacak dan segak sepanjang masa.

March 27th, 2020

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April depan, ada sesetengah artis yang mengeluh kerana banyak persembahan mereka terpaksa ditangguh dan dibatalkan menjejaskan “periuk nasi” mereka.

izzue islam tak ada job

Buat pelakon Izzue Islam pula, dia memberitahu dia sudah mula megambil langkah mengawal perbelanjaan keluarga untuk kegunaan di masa hadapan. Dia tidak mahu lagi membazir untuk sesuatu yang tidak penting dan kini mula berjimat cermat sebaiknya.

Buat masa ini saya kena susun semula keawangan untuk hari-hari akan mendatang. Apa yang boleh jimat, kita jimat la. Tak mahu lagi membazir dengan perkara yang mengarut dan benda yang tak penting.

izzue islam tak ada job

Sepatutnya saya kena buat persediaan baju untuk penggambaran tapi hanya 50 peratus sahaja sudah dipersiapkan. Ada banyak lagi kena beli tapi nak kena kurangkan sedikit.

Dalam pada itu, Izzue sempat memberikan pendapatnya mengenai cara sesetengah rakyat Malaysia yang  memasak secara berlebihan ketika dalam tempoh PKP. Menurutnya, setiap orang mempunyai cara yang berbeza dan mungkin juga mereka memasak untuk keluarga yang besar tetapi apa yang penting mereka juga perlu membuat persediaan untuk tempoh dua minggu akan datang ini.

izzue islam tak ada job

Kita tidak tahu sampai bila penularan wabak COVID-19 ini akan berterusan. Ketika dalam tempoh PKP ini, kita harus disiplinkan diri untuk berjimat demi masa depan sendiri.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Pinography