May 5th, 2015

Pada bulan lepas, Izreen Azmida telah melakukan penghijrahan yang besar dalam hidupnya apabila beliau membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Ia merupakan langkah awal buat beliau ke satu fasa yang lebih baik buatnya.

Terbaru, Izreen menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik beberapa foto ketika majlis doa selamat bersempena dengan penghijrahan beliau dan pada masa yang sama turut meraikan ulangtahun kelahiran rakan artis, Fahrin Ahmad.

Melihat pada foto tersebut, ramai peminat yang mendoakan agar Izreen selalu diberkati oleh Allah dan semoga setiap langkah beliau dalam melakukan sesuatu kebaikan dipermudahkan. Ada juga peminat yang mendoakan jodoh beliau dan Fahrin kerana mereka kini kelihatan mesra bersama.

Tidak dapat dinafikan, kedua-dua mereka tampak serasi bersama dan cukup sepadan. Semoga Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad dilimpahi dengan kebahgiaan, siapa tahu mungkin ada jodoh mereka pada masa  hadapan?

Kredit Foto: Dmuslim Photostudio

Berikut beberapa lagi foto sekitar majlis doa selamat Izreen Azminda dan sambutan hari lahir Fahrin Ahmad dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

April 3rd, 2015

Sejak kebelakangan ini, kita sering melihat pelakon Izreen Azminda mengenakan tudung bukan? Ramai yang ingin tahu adakah beliau bakal berhijrah? Menurut tuan empunya badan, beliau sudah lama mempunyai niat untuk menutup aurat dan buat masa ini sedang membiasakan diri untuk bertudung ketika keluar pada rumah.

Mendorong lagi niat beliau, Izreen yang sedang menjayakan sebuah drama memerlukan wataknya untuk bertudung sepenuh masa.

Saya dalam proses membiasakan diri keluar rumah dengan menutup aurat. Ia umpama tempoh serta proses percubaan buat saya untuk menjadi manusia yang lebih baik. Insya-Allah doakan yang baik-baik saja ya.

Insya-Allah selesai penggambaran drama Eksperimen Cinta ini saya akan nekad dengan keputusan menutup aurat sepenuhnya. Ini kerana masih ada keperluan babak yang memerlukan saya membuka tudung.

Izreen pada masa yang sama menyangkal dakwaan kononnya belaiu ingin mengenakan hijab kerana ingin berkahwin.

Perubahan itu memerlukan beberapa langkah kecil untuk kita benar-benar bersedia untuk berhijrah. Doakan yang terbaik buat Izreen Azminda.

Sumber Berita: Berita Harian