December 19th, 2019

Memang lumrah jadi pelakon supaya mematuhi segala apa yang berlaku di set penggambaran. Sama seperti apa yang didedahkan oleh pelakon Izara Aishah yang sedang merakamkan drama Ombak Rindu yang ditayangkan di laman penstriman iflix.

Pelakon wanita itu memberitahu menerusi laman Twitter rasminya bahawa dia terpaksa meneruskan penggambaran juga walaupun mengalami kecederaan yang teruk pada wajahnya.

izara aishah teruk cedera kerana ombak rindu

Menurut Izara, ada babak di dalam drama itu yang memaparkan wajahnya yang benar-benar lebam dan bukannya kerana efek solekan. Walaupun cuba menutup kecederaan tersebut dengan solekan tetapi ia kelihatan agak janggal.

Shooting dekat Malaysia ni kau meninggal baru mereka nak hentikan penggambaran. Kalau tak kau kena teruskan juga.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh wanita itu, dapat dilihat beberapa kesan lebam di kawasan matanya selain gigi hadapannya sedikit sumpik.

izara aishah teruk cedera kerana ombak rindu izara aishah teruk cedera kerana ombak rindu

izara aishah teruk cedera kerana ombak rindu

Beberapa netizen yang melihat entri tersebut meluahkan rasa marah kerana dia diperlakukan sedemikian. Bagi mereka, pihak produksi drama sepatutnya lebih berhati-hati ketika menguruskan babak seperti ini.

Sumber: mStar Online