Written by Bella | December 7th, 2017

Dikatakan sebagai pelakon yang tidak aktif di media sosial sehingga sukar untuk diterima berlakon gara-gara isu tersebut, Izara Aishah sejak kebelakangan ini nampaknya sudah mula rajin memuat naik status di akaun Twitternya.

Hari ini, Izara menarik perhatian ramai apabila meluahkan rasa bengang ketika dikatakan beliau hanya perlu duduk rumah dan goyang kaki kerana sudah berkahwin dengan lelaki kaya. Umum mengetahui suaminya, Adib Khalid bukan sahaja berasal daripada keluarga yang berada tetapi Adib sendiri berjaya dalam kariernya .

Hakitnya, Izara adalah seorang wanita yang tidak mahu terlalu bergantung hidup dengan lelaki. Berikut adalah “tweet” Izara dan respon netizen terhadap isu berkenaan:-

Zaman sekarang wanita seharusnya lebih berdikari dan tidak terus mengharapkan lelaki. Tidak kisahlah berkahwin dengan orang kaya atau sebaliknya. Perkahwinan itu ibarat satu perjudian hidup, kalau berlaku apa-apa tidaklah seseorang wanita itu akan terus tersungkur jika mempunyai wang simpanan mereka sendiri. Apa pula komen anda?

Sumber Berita : Twitter Izara Aishah