October 19th, 2017

Bakal bernikah dengan Adib Khalid pada 17 November ini, pelakon jelita Izara Aishah tidak risau sekiranya beliau kurang popular dan tidak mendapat tawaran berlakon.

Saya realistik dalam apa yang dilakukan. Dalam hidup ini saya percaya kita dicipta berpasangan yakni menerusi perkahwinan. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Peminat sudah bijak menilai pelakon kesayangan tidak kira sama ada sudah berstatus bujang atau berkahwin.

Sedang rancak membuat persiapan perkahwinan, Izara pada masa yang sama menjelaskan tarikh pernikahan mereka tidak mempunyai sebarang simbolik buat beliau dan Adib. Izara sebenarnya sudah lama bersedia untuk bergelar dan memikul tanggungjawab sebagai isteri.

Semuanya berbalik kepada rezeki dan jodoh. Alhamdulillah, ia dipermudahkan. Kita buat dan pikul tanggungjawab ini bila mampu.

Izara dan Adib bercinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk bergelar suami dan isteir. Difahamkan majlis resepsi perkahwinan akan diadakan dua hari selepas majlis akad nikah.

Sumber Berita : BH ONLINE

November 3rd, 2015

Tidak dapat kami sangkal lagi pasangan Izara Aishah dan Adib Khalid antara pasangan yang sama cantik dan sama padan dan paling favourite peminat industri hiburan tempatan. Seorang pelakon jelita manakala seorang lagi CEO muda,kacak dan bergaya.

Ramai yang tertanya bila agaknya mereka akan berkahwin, apatah lagi setelah adik Adib iaitu Asyraf Khalid  melangkah bendul abangnya apabila sah bergelar suami kepada seorang aktres Indonesia  pada hari  Ahad lepas.

Bertanya mengenai perancangan perkahwinan mereka, Izara menyerahkan soal itu kepada Adib.

Walaubagaimanapun, sebelum ini  Izara pernah memberitahu belum bersedia untuk bergelar isteri kerana ingin berjaya dalam bidang lakonan.

Tidak mengapa,dalam mengenali hati budi seseorang lebih baik kita tidak terburu-buru. Iyalah, soal kahwin ini bukan senang,biar betul-betul dah bersedia pikul tanggungjawab masing-masing dalam ruah tangga sebelum sebarang perancangan ke arah itu.

Sumber Berita: BH ONLINE