October 19th, 2017

Bakal bernikah dengan Adib Khalid pada 17 November ini, pelakon jelita Izara Aishah tidak risau sekiranya beliau kurang popular dan tidak mendapat tawaran berlakon.

Saya realistik dalam apa yang dilakukan. Dalam hidup ini saya percaya kita dicipta berpasangan yakni menerusi perkahwinan. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Peminat sudah bijak menilai pelakon kesayangan tidak kira sama ada sudah berstatus bujang atau berkahwin.

Sedang rancak membuat persiapan perkahwinan, Izara pada masa yang sama menjelaskan tarikh pernikahan mereka tidak mempunyai sebarang simbolik buat beliau dan Adib. Izara sebenarnya sudah lama bersedia untuk bergelar dan memikul tanggungjawab sebagai isteri.

Semuanya berbalik kepada rezeki dan jodoh. Alhamdulillah, ia dipermudahkan. Kita buat dan pikul tanggungjawab ini bila mampu.

Izara dan Adib bercinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk bergelar suami dan isteir. Difahamkan majlis resepsi perkahwinan akan diadakan dua hari selepas majlis akad nikah.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...