May 15th, 2020

Kelantangan Sharifah Amani bersuara di laman Twitter mengundang perhatian netizen apabila beliau difahamkan meluahkan rasa terkilan terhadap penangkapan selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh.

sharifah amani

Menerusi perkongsiannya, Sharifah Amani atau lebih mesra disapa dengan panggilan Nani dikatakan mempersoal mengapa pihak polis membawa Patrick keluar daripada rumahnya lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini.

Tambah Nani, pada usia warga emas sepertinya, Patrick yang kini mencecah 73 tahun tidak sepatutnya dilayan seperti seorang penjenayah.

sharifah amani patrick teoh

Perkongsian berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang majoritinya kurang bersetuju dengan pelakon filem Sepet ini.

Lebih perit, ada juga dalam kalangan mereka seakan mengajar Nani soal undang-undang dan memberitahunya supaya tidak masuk campur dalam hal ini kerana masih berada di bawah proses perundangan.

sharifah amani patrick teoh sharifah amani patrick teoh sharifah amani patick teoh

sharifah amani patrick teoh

Terdahulu, Patrick direman atas tuduhan memuat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan rangkaian yang tidak betul.

Advertisement
January 18th, 2013

Semalam Zed Zaidi menyatakan yang SENIMAN bakal membuat satu kejutan terhadap Patrick Teoh yang telah mengeluarkan kenyataan menghina Islam menerusi Facebooknya. Tunggu punya tunggu, hari ini barulah diketahui apakah kejutan tersebut.

zed zaidi

Rupa-rupanya SENIMAN telah pun membuat laporan polis terhadap Patrick Teoh yang merupakan ahli SENIMAN di Balai Polis Taman Melawati kira-kira jam 1.30 petang semalam. Kata Zed Zaidi menerusi Harian Metro:-

Isu hina Islam bukan perkara baru, tetapi kali ini ia membabitkan artis. Dia (Patrick) perlu tahu majoriti ahli SENIMAN beragama Islam, sekiranya dia tidak tahu maka dia perlu tahu sekarang.

Menurut Zed Zaidi lagi, SENIMAN sedang memikirkan hukuman yang setimpal terhadap Patrick Teoh atas kesalahan yang telah dilakukan. Bagi Abang Nara, ini satu tindakan yang sangat bagus oleh SENIMAN agar ahli-ahlinya tidak membuat kenyataan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahlinya. Good job SENIMAN dan Zed Zaidi.

P.S: Taman tema World of Warcraft di China yang sangat awesome!!!

Advertisement
January 16th, 2013

Patrick Teoh merupakan salah seorang pelakon untuk filem Baik Punya Cilok. Secara jujur, Abang Nara tak sangka kenyataan sebegini akan dikeluarkan oleh Patrick Teoh. Kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook Patrick Teoh ini sangat jelas menghina Islam.

patrick teoh hina islam

Susulan kenyataan kurang ajar daripada Patrick Teoh, AC Mizal telah tampil mengajak orang ramai untuk melupakan fahaman politik dan bersatu untuk mengeji tindakan tersebut. Selebriti-selebriti lain seperti Tomok dan Danny X Factor juga melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Patrick Teoh tersebut.

patrick teoh hina islam

patrick teoh hina islam

Susulan itu, Patrick Teoh dilihat telah pun memadam kenyataan di Facebooknya dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam di Malaysia.

patrick teoh hina islam
patrick teoh hina islam

Diharap tiada lagi selebriti-selebriti lain yang akan melakukan kesilapan seperti Patrick Teoh ini. Kita hidup di dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama. Kenalah belajar menghormati agama orang lain. Jangan fikir kepentingan diri sahaja. Tak gitu?

Advertisement