Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Persoal Tindakan Polis Reman Patrick Teoh, Netizen “Sekolahkan” Sharifah Amani

sharifah amani

Kelantangan Sharifah Amani bersuara di laman Twitter mengundang perhatian netizen apabila beliau difahamkan meluahkan rasa terkilan terhadap penangkapan selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh.

sharifah amani

Advertisement

Menerusi perkongsiannya, Sharifah Amani atau lebih mesra disapa dengan panggilan Nani dikatakan mempersoal mengapa pihak polis membawa Patrick keluar daripada rumahnya lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini.

Tambah Nani, pada usia warga emas sepertinya, Patrick yang kini mencecah 73 tahun tidak sepatutnya dilayan seperti seorang penjenayah.

sharifah amani patrick teoh

Perkongsian berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang majoritinya kurang bersetuju dengan pelakon filem Sepet ini.

Lebih perit, ada juga dalam kalangan mereka seakan mengajar Nani soal undang-undang dan memberitahunya supaya tidak masuk campur dalam hal ini kerana masih berada di bawah proses perundangan.

Advertisement

sharifah amani patrick teoh sharifah amani patrick teoh sharifah amani patick teoh

sharifah amani patrick teoh

Terdahulu, Patrick direman atas tuduhan memuat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan rangkaian yang tidak betul.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Muhammda Hashim

    May 21, 2020 at 2:22 am

    Munkin juga jantan mulut koyak rabak. sesuka hati.mak bapak dia je tu. Munkin juga golongan warga besi burok itu. Bekas ex-boyfriend dia dulu.mustahil jika.xde apa pun.sama OKT. itu.dia sanggup menyukong org yang menghina ugama dan ydpa..sedangkan ydpa itu ketua negara dia.islam itu ugama dia..pelik juga.. ini mesti ada something rong..got. munkin tuhan nk beri pertunjuk.siapalah org tua kutuk ini didalam hati airmani..?

  2. Blogger Gosip Sampah Masyarakat

    May 15, 2020 at 6:27 pm

    Isu dah basi. Dah 3 hari baru nak up, what’s the point? Saje nak mengapi-apikan ke camne. Senang aje buat duit korang ni ek? Puasa tapi x puasa ek, gitu?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top