November 10th, 2017

Hampir setiap pasangan selebriti yang bakal menimang cahaya mata akan mengadakan majlis baby shower bagi meraikan kelahiran anak mereka. Namun, buat Fizo Omar beliau tidak mahu mengikut trend tersebut dan sebaliknya ingin mengadakan majlis doa selamat secara sederhana.

Setiap individu mempunyai pandangan berbeza. Pada saya, sempena meraikan kehadiran cahaya mata pertama ini kami sepakat untuk mengadakan majlis kesyukuran dengan menjemput pelajar tahfiz dan ahli keluarga terdekat.

Menggambarkan suatu permulaan yang baharu buat bayi kelak, saya selesa majlis dilakukan secara sederhana. Selain itu, kami juga perlu membuat persiapan daripada segi mental dan penerimaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Bakal menimang cahaya mata perempuan pada bulan Disember ini, Fizo dan isterinya, Mawar Karim juga tidak belanja berlebihan untuk membeli keperluan bayi mereka. Fizo mengutamakan kesihatan isteri dan bayi didalam kandungan.

Dalam pada itu, Fizo juga belum mempunyai sebarang perancangan untuk membuka akaun Instagram buat anaknya yang bakal dilahirkan nanti.

Kadang-kadang kita tidak perlu terlalu mengikut trend hanya untuk menarik perhatian ramai. Kami doakan agar Mawar dan bayi didalam kandungan sihat dan semoga proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Kosmo Online

Advertisement
June 1st, 2017

Mengesahkan isterinya hamil dua bulan, pelakon Fizo Omar menerusi akaun Instagramnya telah memuat naik satu video istimewa ketika beliau dan Mawar menerima berita gembira tersebut.

Didalam video berkenaan, wajah Mawar dan Fizo jelas kelihatan teruja sebaik sahaja Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Prof Datuk Dr. Hamid Arshat mengesahkan kehamilan tersebut.

Pada masa yang sama, Fizo sempat meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana doa beliau untuk menimang cahaya mata dimakbulkan.

Percaya pada rezeki Allah SWT dan jangan mudah putus asa untuk mencuba. Setiap perancangan Allah SWT adalah yang terbaik.

Advertisement
May 31st, 2017

Semalam, kita mendapat satu khabar gembira dimana isteri Fizo Omar iaitu Mawar Karim akhirnya hamil selepas empat tahun mereka mendirikan rumah tangga. Berita itu disampaikan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat menerusi akaun Facebooknya.

Menerusi portal mStar Online hari ini, Fizo memberitahu Mawar sukar untuk hamil berikutan faktor ketumbuhan. Isterinya itu pernah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut bersama Dr Hamid Arshad pada 16 Januari 2016.

Paling tepat untuk saya katakan, ia berkait-rapat dengan rezeki Allah namun saya percaya beberapa faktor lain turut menyumbang kepada permasalahan itu seperti pemakanan dan tekanan kerja kerana kami memang dikenali sebagai pasangan aktif bekerja. Tapi itulah, kalau Allah dah nak bagi… selepas setahun lebih menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan tersebut, akhirnya kami terima berita gembira ini

Pada masa yang sama, Fizo sempat untuk memberikan nasihat kepada pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat. Fizo menasihati mereka agar lebih bersabar, tidak berputus asa dan percaya dengan setiap perancangan Allah SWT.

Terus berdoa, jangan berputus asa dan harus percaya rezeki Allah itu luas. Kalau Dia belum beri kita rezeki anak, mungkin dia beri dulu rezeki kesihatan dan kebahagian yang kita sendiri tidak sedar.

Berkat kesabaran Fizo dan Mawar, akhirnya mereka bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi. Tentu sekali ia satu perasaan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata saat mendapat berita gembira tersebut selepas empat tahun menanti. Semoga segalanya berjalan lancar sepanjang tempoh kehamilan dan bersalin nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
May 30th, 2017

Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim akhirnya disahkan hamil. Berita gembira itu diumumkan oleh akar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat menerusi akaun Facebooknya.

Menurut Dr Hamid, Mawar hamil selepas menjalani beberapa pembedahan dan diikuti dengan rawatan susulan.

Dr Hamid pada masa yang sama turut memberi beberapa nasihat serta panduan kepada Fizo dan Mawar bagi menjaga kehamilan.

Foto imbasan kehamilan menunjukkan Mawar sah berbadan dua

Alhamdullillah dan tahniah kami ucapkan kepada Fizo dan Mawar, akhirnya mereka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Kami mendoakan agar ibu dan bayi didalam kandungan sentiasa sihat. Amin..

Sumber Berita : Facebook Dr Hamid Arshat

Advertisement