December 18th, 2018

Lama tidak mendengar sebarang gosip cinta mengenai pelakon Tiz Zaqyah, pelakon jelita itu baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik foto bersama kekasih hatinya.  Dengan senyuman manis yang terukir di wajahnya, jelas sekali Tiz sedang sangat bahagia.

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada beliau dan mengakui pasangan ini sama cantik sama padan.

Mereka turut mendoakan yang terbaik terhadap hubungan itu dan semoga cepat-cepat naik pelamin.

Semoga sinar kebahagiaan terus berkekalan dan mempunyai jodoh sehingga ke jenjang pelamin. Kalau dah sesuai, jangan tunggu lama-lama.