July 5th, 2018

Hasrat dan impian penyanyi rock lagenda, Amy Search untuk menimang cahaya mata pada usia 60 tahun tidak kesampaian apabila bayi di dalam kandungan isterinya, Nourish Hassan di sahkan telah meninggal dunia selepas doktor tidak dapat mengesan lagi degupan jantung janin tersebut ketika melakukan ujian ultrasound.

Berita  itu dikongiskan oleh Amy sendiri menerusi akaun Instagramnya semalam. Meskipun merasa sedih, Amy redha dengan apa yang berlaku dan berharap mungkin hikmah ataupun kemanisan disebalik dugaan ini.

Amy dan Norish telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata bersama. Bukan mudah untuk menerima sebuah kehilangan apatah lagi ia perkara yang paling diharapkan, namun kami berdoa semoga Amy dan isteri kekal tabah menghadapi ujian ini.

May 6th, 2016

Penyanyi Amy Search bakal mengadakan satu sidang media bagi menjawab segala persoalan mengenai tuduhan pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid yang mendakwa isteri Amy telah memaki beliau dan pecah amanah kerana tidak menyerahkan bayaran pendahuluan Konsert 35 Tahun Search dan beberapa lagi persembahan lain sebelum ini.

Yazid telah membuat laporan polis terhadap isteri Amy, Norhasniza Hassan pada Rabu lepas di Balai Polis Wangsa Maju.

Buat masa ini, Amy enggan memberikan sebarang komen dan hanya akan bercakap ketika sidang media nanti.

Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang kenyataan buat masa ini. Satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat untuk menjawab segala pertuduhan dan pertanyaan yang dilemparkan.

Sama-sama kita nantikan sidang media yang bakal berlangsung nanti. Tentu ramai yang ingin tahu apakah sebenarnya yang berlaku dan harapnya perkara ini dapat diselesaikan.

Sumber Berita : Kosmo Online

 

July 3rd, 2014

Bak kata pepatah, jaga lembu sekadang lebih mudah daripada jaga anak perempuan seorang. Hati ayah mana yang tidak sedih apabila anak perempuannya tidak habis-habis dilanda kontroversi. Sebagai seorang ayah, pastinya perasaan Amy Search bercampur baur apabila anaknya, Nabila Huda tak habis-habis dihimpit pelbagai cerita yang kurang enak. Diajak masuk Kristian oleh pengikut Instagramnya, muatnaik gambar mesra bersama kekasih hati dan macam-macam lagilah sehingga memaksa Amy mengeluarkan kata-kata kesat di Instagram anaknya itu.

amy search

Mengakui memang komen di Instagram itu ditulis olehnya, Amy Search meluahkan isi hati mengenai kontroversi yang tak sudah-sudah menimpa anaknya itu. Kata Amy Search:-

Ya, saya yang tulis. Memang saya yang tulis status itu, bukan orang lain. Sebelum saya bertidak begitu, sebenarnya saya menerima beberapa panggilan daripada wartawan yang meminta saya mengulas mengenai dia (Nabila) yang pergi bercuti dan tentang agama Kristian. Bagi saya, bila dah sentuh bab agama, ianya dah terlalu sensitif.

Saat pihak media bertanyakan pada saya tentang hal dia itu dan berkait pula dengan agama, jantung saya seperti terhenti sekejap. Saya macam hilang akal, saya hilang pertimbangan. Saya tersentak sekejap. Sebelum itu saya tidak tahu apa-apa sehinggalah saya diberitahu oleh wartawan yang menghubungi saya tentang isu itu.

Saya tak menyesal muat naik status itu. Malah saya rasa bertanggungjawab terhadap status itu. Tapi selepas ini, saya minta media jangan lagi cari dan bertanya kepada saya tentang isu yang mengaitkan dia. Selepas ini saya tak mahu lagi memberi apa-apa komen yang mengaitkan kontroversi dia.

Saya dah bosan. Setiap kali isu pasal dia, saya yang kena jawab. Selepas ini, kalau anda semua hendakkan penjelasan tentang apa jua isu yang mengaitkan dirinya, tanyalah tuan badan sendiri. Saya percaya dia sudah cukup dewasa dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa saja yang dilakukan. Dia berbakat, jagalah karier dia dan janganlah dia sendiri buka jalan untuk orang bercakap yang buruk-buruk tentang dia.

Saya dah lama tak jumpa dia. Bila isu ni timbul, dia pun tak hubungi saya. Tapi dengan Keisha (anak Abil) selalu juga jumpa. Baru-baru ini, saya ada bawa cucu saya itu pergi bercuti

nabila huda amy search

Sementara itu isteri Amy Search, Nourish juga turut melahirkan rasa sedih terhadap suaminya yang terpaksa berdepan isu sebegini di usia yang sudah tua. Kata Nourish:-

Ketika hari itu, saya ke satu seminar sementara abang Amy ke Raub, Pahang. Tapi bila saya balik rumah, saya hairan sebab Abang sudah berada di rumah. Dia marah- marah dan bengang. Katanya, dia dihubungi media dan diminta komen mengenai isu Nabila dan sekaligus melibatkan soal agama.

Saya cuba tenangkan dia dan berpesan jangan komen apa-apa di laman sosial sebab ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan. Masa tu, saya memang tak tahu lagi yang dia sebenarnya dah muat naik status ‘lepas geramnya’ itu. Sehinggalah kawan saya kirimkan screen caption status tersebut di Wassap saya. Saya terkejut melihat status itu.

Sebagai isteri, saya berasa kasihan pada abang. Dalam usiannya 56 tahun, dia tak sepatutnya berdepan dengan hal sebegini lagi. Lagipun Nabila sudah dewasa dan dia sudah ada kehidupan sendiri.

Tak dinafi dulu abang selalu diam. Apa pun orang kata tentang anak dia, dia diam. Cuma sejak akhir-akhir ini, dia ekspresikan kemarahannya di laman sosial

amy search

Kesian kan Amy Search? Itulah tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya. Mungkin di bibir kata tak kisah, tetapi dalam hati tetap sayang dan mengambil berat. Sedih jugak kalau anak sendiri buat tak tahu dan terus menerus mencipta kontroversi. Tak apalah. Banyakkan berdoa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Semoga hati Nabila Huda terbuka untuk berjumpa dengan Amy Search dan memohon maaf sebelum terlewat. Sama-samalah kita doakan. Info asal MalaysianDigest.