May 12th, 2016

Petang semalam, satu sidang media telah diadakan oleh kumpulan Search bagi menjawab segala tuduhan oleh pemain dram mereka, Yazit yang mendakwa berlakunya pecah amanah didalam kumpulan berkenaan dan ditengking oleh isteri Amy Search, Norhasniza Hassan ketika Yazit bertanya tentang soal bayaran persembahan.

Dalam sidang media semalam, Amy dan ahli kumpulan Search yang lain menuntut agar Yazit menarik semula laporan polis terhadap mereka dalam tempoh 48 jam dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Jelas Amy, mmereka masih belum menerima bayaran penuh untuk Konsert 35 Tahun Search dan jumlah 30 peratus yang telah diserahkan oleh pihak Afjets  seperti yang dipersoal oleh Yazit adalah bajet bagi tujuan promosi.

Kami memberi tempoh 48 jam untuk Yazit menarik balik laporan polis yang dibuat pada 4 Mei lalu yang mendakwa terdapat pecah amanah dalam konsert Search 35 tahun yang bakal berlangsung 30 Ogos depan. Apa yang dituduh itu tidak berasas sama sekali dan saya menuntut dia meminta maaf secara terbuka atas fitnah berkenaan.

Kami belum menerima bayaran penuh sebaliknya pendahuluan sebanyak 30 peratus adalah untuk tujuan promosi dahulu. Namun, saya difahamkan oleh pihak Afjets sudah memberi dia (Yazit) sebanyak RM10,000 setelah diminta.

Pada masa yang sama, Amy memberitahu beliau tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap Yazit demi menjaga nama baik kumpulan Search sekiranya pemain dram itu gagal untuk memenuhi permintaan yang dikenakan.

Berbicara mengenai tindakan isterinya yang menengking Yazit, Amy menjelaskan Norhasniza telah dihentam dengan kata-kata kesat oleh Yazit sehingga tidak boleh menahan sabarnya lagi.

Pada mulanya Yazit menghubungi Nasir, namun Nasir enggan melayan kerana dia telefon untuk marah dan kata-kata kesat.

Selepas itu, dia menghubungi pula isteri saya untuk bertanya tentang bahagiannya (wang) dan dia menuduh saya dengan macam-macam kata-kata kesat sehingga menimbulkan kemarahan isteri saya yang mendengarnya.

Hmmmph, agak sedih sebenarnya apabila melihat kemelut antara ahli kumpulan Search ini,iyalah pada zaman kegemilangan semuanya baik-baik sahaja dan persahabatan yang dibina lebih 30 tahun seakan sudah retak menanti belah dek kerana isu sebegini.

Sumber Berita : mStar Online

May 11th, 2016

Sebelum ini, Yazit Search telah membuat satu laporan polis yang mendakwa isteri Amy Search, Norhasniza Hassan telah memaki beliau apabila ditanya tentang soal bayaran dan mempercayai wanita itu telah pecah amanah kerana tidak menyerahkan beberapa bayaran persembahan kepada Yazit.

Namun, masih ada sesetengah pihak yang mempertikaikan kenyataan Yazit dan menganggap beliau terlalu emosi kerana sedang sakit.

Walaubagaimanapun, Yazit menegaskan beliau bercakap benar dan mempunyai segala bukti beliau diperlakukan sebegitu oleh Norhasniza.

Apa yang saya cakap ini ada kebenaran dan disertakan dengan bukti. Saya dimaki oleh Nourish hanya kerana bertanya mengenai wang yang sepatutnya saya terima. Perkara ini sudah terjadi dan tindakan perlu diambil. Jika Search perlu berpecah, saya akan tubuhkan Search Junior.

Difahamkan, Amy bersama beberapa lagi anggota kumpulan Search yang lain bakal mengadakan satu sidang media pada petang ini untuk menjawab segala persoalan berikutan dakwaan Yazit. Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada pihak Amy pula.

Sumber Berita : Harian Metro