February 12th, 2015

Beberapa hari lepas, kami mendapat berita bahawa isteri Aidil Zafuan iaitu Zarema Zainal sudah selamat bersalin bayi pertama mereka pada tanggal 5 Februari di Hospital Colombia Klang.

Ramai tertanya-tanya apakah berita tersebut benar kerana tiada pengumuman yang dibuat baik daripada pihak Zarema ataupun Aidil. Walaubagaimanapun, sebentar tadi foto anak lelaki mereka telah dimuatnaik di laman Instagram juga mendapat perkongsian daripada jurugambar rasmi Camora Arts.
Camora Arts telah diberi tanggujawab untuk merakam detik indah pemain bola sepak  JDT tersebut bersama isteri serta anak lelaki mereka Ayden Zeeyad.

Sesi fotografi dijalankan di kediaman keluarga Zarema di Klang sewaktu Ayden Zeeyad baru sahaja berusia 5 hari.

Advertisement

Dengan tema Baby Dreamy Photography ia merupakan konsep ala cerita dongeng atau “fairy tales” untuk bayi ataupun kanak-kanak yang sedang tidur.

Kredit gambar Camora Arts. Lagi 14 gambar eksklusif buat anda dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Advertisement
February 6th, 2015

Jutaan tahniah diucapkan kepada Zarema Zainal, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan yang telah dilaporkan selamat melahirkan bayi lelaki. Menurut sumber yang boleh dipercayai ini, bayi tersebut telah dilahirkan pada hari Khamis, 5 Februari di Hospital Colombia Klang.

zarema zainal

Semoga kehadiran orang baru ini akan menceriakan lagi kehidupan Zarema dan Aidil. Sama-sama kita nantikan pengesahan berita gembira ini daripada empunya badan. Sumber Twitter @cuitsikit

Advertisement
Advertisement