Written by Bella | September 23rd, 2018

Seperti biasa hari ini kami akan sajikan anda dengan gosip dan kontroversi hangat membabitkan beberapa selebriti yang nama mereka melekat di bibir orang ramai dan menjadi tumpuan netizen di media sosial.

Minggu ini boleh dikatakan banyak juga isu panas dari kes isu menuntut hutang daripada bekas kekasih, ada pula yang salahkan Melayu suka jatuhkan bangsa sendiri gara-gara dihimpit kontroversi dan macam-macam lagi.

Jom kita layan dulu senarai Top 5 Gostip Terhangat Minggu ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | September 18th, 2018

Umum mengetahui penyanyi BBNU, Ismail Izzani kini sedang dihimpit kontroversi yang sangat hangat apabila tidak mahu membayar hutang bil hotel berjumlah RM 398.85 kepada pelakon Zarina Anjoulie. Ismail didakwa telah menggunakan bilik hotel atas Zarina untuk memadu asmara dengan teman wanitanya.

Disebabkan kontroversi itu, pelbagai kritikan dan kecaman dilemparkan kepada Ismail terutama sekali apabila beliau juga dikatakan mabuk di kelab malam.

Pernah mengeluarkan air mata dan megakui emosinya terganggu kerana hal itu, kini Ismail sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila memuat naik kenyataan sensitif menyalahkan Melayu yang suka menjatuhkan bangsa sendiri hanya kerana beliau dilanda kontroversi.

Buat netizen, apa yang dikatakan oleh Ismail itu tidak wajar, sedangkan apa yang berlaku kepadanya kini adalah hasil perbuatannya sendiri. Mengapa pula perlu bangkitkan isu Melayu suka jatuhkan Melayu?

Sebab itu orang kata, kalau hendak masuk dunia hiburan ini hati kena kental. Sejujurnya, pada pendapat kami isu ini tidak akan berpanjangan kalau kedua-dua pihak boleh duduk dan selesaikan secara baik. Ada juga netizen yang mengatakan Ismail bayar sahaja hutangnya dan perkara ini boleh selesai, tidak perlu menuding jari kepada orang lain.

Sumber Berita : Twitter Alan Al Padat