February 26th, 2020

Teka-teki mengenai status pertunangan Intan Najuwa akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengakui ikatan pertunangannya bersama ahli perniagaan Razrul Anwar Rusli sudah terlerai.

intan najuwa tunang

Intan menganggap tiada lagi jodoh dan persefahaman antara mereka serta tidak mahu lagi bekas tunangnya itu dikaitkan dengan kontroversi. Keputusan untuk berpisah adalah yang terbaik buat mereka selepas perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak.

Hubungan saya dan dia (Razul) sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman. Bila berpisah itu biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang ini.

intan najuwa putus tunang

Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontroversi berkaitan dengan diri saya. Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan. Apa yang berlaku, di luar kuasa saya. Kami hanya mampu perancangan tapi tuhan yang menentukan. Jodoh, ajal dan maut itu ditanganNya.

Terdahulu, sudah beberapa kali timbul spekulasi bahawa mereka sudah putus tunang. Ada sumber mendakwa pertunangan Intan dan Razrul berakhir disebabkan jarak perbezaan usia 16 tahun antara mereka selain berlainan bidang.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
January 28th, 2020

Sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya, pelakon Intan Najuwa sempat berkongsi beberapa keping foto ketika berada di Tanah Suci Makkah.

intan najuwa umrah

Bagaimanapun, rata-rata netizen kurang senang dengan penampilan Intan ketika ‘posing’ di dalam sebuah foto. Ada segelintir netizen mempersoalkan niat sebenar pelakon wanita itu menunaikan umrah.

Berang dikritik dan niatnya melakukan ibadah dipertikai, Intan menerusi Insta Story menemplak netizen berkenaan dan meminta mereka berfikiran positif dan membersihkan hati.

intan najuwa intan najuwa umrah

Bersabarlah Intan, anggap sahaja ia salah satu cara untuk anda memupuk lebih kesabaran dalam hati. Jangan pedulikan komen netizen. Apa yang penting fokus pada ibadah dan semoga mendapat umrah yang makbul.

Advertisement