July 3rd, 2019

Terdahulu, kemelut rumah tangga Intan Liana Salleh, Ude Wahid dan Izreen Azminda mendapat perhatian ramai. Walaupun isu itu sudah lama berlalu, masih ada segelintir netizen yang belum melupakannya.

Mempunyai kehidupan masing-masing selepas lebih setahun berpisah, Intan akui merasa kesal dan bengang dengan individu yang masih mengaitkan dirinya dengan bekas suami.

Malah, ada yang mendakwa Intan sengaja ingin meraih simpati. Jelas Intan, dia sekali pun tidak pernah terkenangkan lagi memori lama bersama bekas suaminya itu dan setiap muat naik di akaun Instagramnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Terdahulu  menerusi satu muat naik di Instagram, Intan berjanji akan melakukan yang terbaik buat anak-anaknya yang masih kecil. Rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen dengan memberikan kata-kata semangat buat Intan dan mahukan pengadilan sewajarnya bagi pihaknya.

Walaubagaimanapun, ada pula yang salah faham dengan kapsyen yang ditulis oleh Intan dan mula mengaitkan nama bekas suaminya, Ude Wahid dan Izreen Azminda yang umum mengetahui baru sahaja menimang cahaya mata pertama mereka baru-baru ini.

Intan dan Ude mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 sebelum perkahwinan mereka bergolak saat Intan mendapat tahu  lelaki itu berkahwin secara senyap dengan Izreen pada 8 Ogos 2017. Intan dan Ude akhirnya bercerai pada 22 Mac 2018.

Sumber Berita : Astro Gempak

July 16th, 2018

Dilanda pelbagai ujian dan derita sehingga rumah tangganya runtuh, bekas isteri kepada pemuzik Ude Wahid iaitu Intan Liana enggan terus berduka mahupun merasa fobia untuk berkahwin lagi.

Menjawab beberapa soalan daripada netizen menerusi fungsi pertanyaan di Insta Story, Intan memberitahu beliau ada keinginan untuk mencari pengganti tetapi kali ini beliau akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Kalau boleh, Intan mahukan seorang yang mempunyai pegangan agama yang baik dan bertanggungjawab.

Kata Intan, perkahwinan adalah tuntutan dalam agama Islam, tetapi buat masa ini beliau masih belum terfikir mengenainya.

Gagal sekali dalam rumah tangga tidak bermakna seseorang itu harus putus asa. Kadang-kala Tuhan itu mempunyai perancangan yang lebih baik buat anda. Kami kagum dengan Intan yang tidak membuka aib bekas suaminya dan cuba bekerja keras untuk anak-anak. Memang luka itu ada kalanya susah untuk sembuh tetapi siapa tahu, cinta baharu nanti dapat membuatkan Intan dan anak-anak kembali bahagia?

Sumber Berita : mStar Online

May 25th, 2018

Kita boleh katakan apa saja tetapi jika usia perhubungan atau perkahwinan dengan seseorang itu lama, memang sukar melupakan bila berlaku perpisahan. Apatah lagi jika ia berlaku kerana hati berubah.

Apatah lagi memiliki anak bersama. Mungkin ada sesuatu peristiwa yang mengingatkan kepada perhubungan itu. Mungkin itu juga yang terjadi pada Intan Saleh, 33, yang memuat naik Story ke Instagramnya. Intan menulis:

Dalam diam buka telefon dengar Baba dia main biola. Rindu, eh?

Bagaimanapun, ini mengundang reaksi yang tidak dijangkakan oleh bekas suami Intan iaitu Ude Wahid, 30.


Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Ude bagaikan bengang dengan Story tersebut dan menulis bahawa muat naik seperti itu hanya mengundang caci-maki ‘makcik bawang’ terhadap dirinya dan isteri barunya, pelakon Izreen Azminda Aznam, 33.

Mungkin menerima kecaman di mesej terus (DM),muat naik itu kemudiannya dipadamkan dari Instagram Ude. Dia seterusnya memuat naik gambar “jaga tepi kain sendiri” dan menulis:

Sebelum ini, Ude dan Izreen telah berbulan madu di Bali setelah Ude dan Intan sah bercerai. Izreen juga memberitahu sedang berbahagia dan tidak terkesan dengan komen-komen netizen walaupun mematikan fungsi komen di Instagramnya. – beautifulnara.com

May 21st, 2018

Gelombang kemarahan netizen yang penuh dengan cacian,kritikan dan tomahan terhadap Izreen Azminda yang dikaitkan sebagai punca pergolakkan rumah tangga suaminya, Ude Wahid bersama Intan Liana adalah ujian terbesar dan terberat buat selebriti itu sepanjang 12 tahun terlibat dalam bidang hiburan.

Buat Izreen, apa yang terjadi sebenarnya adalah balasan buat dirinya dan tidak mustahil ia juga kifarah bagi pihak suami dan Intan Liana yang mungkin pernah melakukan kesilapan dalam hidup mereka sebelum ini.

Mungkin ini semua kifarah hidup. Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia. Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup.

Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata. Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus redha.

Mengakui rezekinya terjejas kerana kontroversi tersebut, Izreen bagaimanapun diberikan kebahagiaan lain dan dianugerahkan dengan suami. Begitu juga dengan Intan, walaupun tidak lagi bersuami beliau kini semakin popular dan dikurniakan rezeki yang mencurah-curah.

bekas isteri Ude, Intan Liana bersama dua orang anak mereka

Begitu juga pihak di sana. Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah. Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami sudah menerima bahagian masing-masing. Allah Maha Adil.

Meskipun beberapa bulan hidup dalam kecaman dan dipandang serong oleh masyrakat, Izreen tetap bahagia disamping suami tercinta. Beliau hanya ingin menjadi seorang isteri yang baik dan mahukan rumah tangga yang harmoni.

Sumber Berita : BH ONLINE