May 7th, 2020

Siapa tidak kenal dengan Rozita Che Wan, salah seorang selebriti tanah air yang popular dan menjadi perhatian ramai. Bahkan semua peminat pasti tidak terlepas untuk mengikuti segala ‘update’ terkini wanita itu menerusi laman media sosialnya.

rozita che wan

Walaupun mempunyai ramai peminat tetapi mesti ada juga beberapa orang yang menanam sifat dengki kepada wanita itu dan tidak rasa bersalah langsung untuk menghamburkan kata-kata cacian.

Terbaru, menerusi Instagram Story yang dimuat naik oleh Che Ta, seorang wanita telah menghantar direct message (DM) yang dipenuhi dengan kata-kata yang tidak enak didengar langsung.

che ta dicaci netizen

Pertuduhan wanita itu mengenai cara bacaan al-Quran wanita yang tunggang-langgang selain memakaikan puterinya, Aaisyah Dhia Rana dengan bikini nyata membuatkan pelakon itu geram.

“Semoga Allah bagi hidayah pada mereka yang hatinya busuk.”

Setelah diselidik, disyaki bahawa tuduhan yang mengatakan bahawa Che Ta mengumpat orang ketika bulan puasa turut dapat dijejaki di ruangan komen di salah sebuah entri pelakon tersebut.

che ta dicaci netizen

Nampaknya seperti ada yang salah faham dengan kapsyen yang ditulis oleh Che Ta walhal dia membahasakan ‘kami’ untuk dirinya seorang dan bukannya merangkumi Ziana Zain dan Fauziah Latiff.

che ta dicaci netizen

Disebabkan oleh itu, ramai pengikut pelakon wanita itu yang telah ‘membahasakan’ wanita tersebut yang main serbu sahaja komen negatif tanpa memahami betul-betul maksud di sebalik kapsyen tersebut.

che ta dicaci netizen

Semoga Che Ta sabar menghadapi dugaan seperti ini dalam bulan Ramadan yang mulia.

Sumber: Forum CARI

October 3rd, 2019

Suami orang kini jadi rebutan anak-anak dara. Katanya aura lelaki dah berkahwini ini berbeza sehingga timbul banyak kes “sondol” ataupun “extend masjid”.

che ta

Dikurniakan seorang suami yang kacak, pelakon Rozita Che Wan mengakui dia merasa bimbang untuk memuat naik foto suaminya di laman sosial, takut diganggu wanita lain. Zaman sekarang wanita memang suka berebut hak orang.

che ta bimbang suami diminati wanita lain

Makin elok (segak) pula laki (suami) kami ni, eh.. tak mahu upload dahlah gambar.. takut ada yang bekenan. Orang perempuan zaman la (sekarang), depa (mereka) suka bekenan orang punya .. atau dalam erti kata lain , beqebut (berebut) hat (hak) orang.

Ada wanita yang tidak kisah berkongsi kasih, asalkan hati sudah suka sama suka. Sebab itu pilih suami orang dengan alasan lelaki yang sudah berkahwin ini lebih matang.  Namun tak boleh hendak salahkan wanita sahaja, bak kata pepatah,bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.  Kalau suami setia, datanglah wanita cantik bak bidadari sekalipun, pasti tidak akan tergoda. Betul tak?

Sumber Berita : Astro Gempak

September 18th, 2019

Tidak dinafikan pelakon Rozita Che Wan ataupun lebih dikenali sebagai Che Ta adalah seorang yang gemar berkongsi aktiviti sehariannya dan fesyen digayakan di akaun Instagramnya.

che ta muncul majlis berbayar

Bagaimanapun, Che Ta Sangat menjaga nilai eksklusif diri dan berkata dia hanya akan muncul di majlis berbayar sahaja. Malah, orang ramai sukar untuk melihat dirinya di khalayak umum kerana Che Ta tidak suka menghabiskan masa dengan melepak serta berjalan di pusat membeli belah dan lebih gemar untuk duduk di rumah sahaja.

Orang mungkin hanya boleh melihat saya di Instagram, televisyen dan majlis yang berbayar sahaja. Mereka sukar melihat kelibat saya secara nyata.

che ta

Saya tidak suka menghabiskan masa dengan melepak atau berjalan di pusat membeli belah walau di Pavilion. Maksudnya wajah saya tidak bersepah di merata tempat. Saya lebih suka menghabiskan masa di rumah atau pejabat. Jika ada kelapangan, kami akan ke luar negara.

Benar apa yang dikatakan oleh Che Ta, ada kalanya artis ini kena juga jaga nilai eksklusif agar orang tidak cepat muak dan bosan melihat mereka. Selain itu, tidak akan timbul sebarang isu ataupun kontroversi.

Sumber Berita : Media Hiburan

July 26th, 2019

Memang untung betul Zain Saidin dapat isteri macam Rozita Che Wan, bukan sahaja cantik tetapi ada sisi romantisnya juga.

Baru-baru ini, Che Ta berkongsi fotonya bersama suami tercinta dengan bait-bait yang cukup indah. Memuji betapa Zain seorang lelaki yang cukup sempurna di matanya.

Suamiku mungkin tidak sempurna, tapi dia sangat sempurna di mataku.Cewahhhhh. Tak salah puji laki sendiri, jangan  puji laki org sudah.

Perkongsian Che Ta itu mendapat perhatian netizen yang mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke jannah.

Amboi Che Ta, sekali keluar ayat, memang “cair” habis  Zain. Beruntung dapat pujian daripada isteri.