Written by Bella | August 9th, 2018

Meskipun ada segelintir penonton yang mengkritik kualiti lakonan Neelofa tidaklah sehebat mana, namun selebriti popular ini memberitahu ada menerima tawaran untuk berlakon di Indonesia.

Walaubagaimanapun, Neelofa masih lagi mempertimbangkan tawaran tersebut kerana tidak mahu tangkap muat sahaja selain mempunyai pelbagai komitmen lain di Malaysia.

Baru-baru ini, saya mendapat tawaran untuk berlakon dalam produk yang membabitkan usahasama antara dua negara, Malaysia dan Indonesia. Tetapi tawaran itu saya belum sahkan dan harus menyemaknya semula. Saya tak mahu terus menerima jika ada tawaran. Saya tak mahu tangkap muat kerana semuanya harus difikirkan secara mendalam kerana saya mempunyai banyak komitmen di Malaysia.

Kata orang kalau ada peluang dan rezeki untuk mengembangkan lagi bakat ke negara luar, janganlah ditolak. Ada kalanya, tawaran itu hanya datang sekali sahaja. Harapnya Neelofa dapat membuat keputusan yang terbaik dan siapa tahu kali ini watak yang diberikan boleh memberikan impak besar kepada penonton terutama sekali mereka yang selalu mengkritik lakonan Neelofa.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | July 2nd, 2018

Berpeluang untuk menghadiri konsert penyanyi antarabangsa, Beyonce dan Jay Z di Berlin, Germany, fesyen Neelofa nampaknya sekali lagi menjadi perhatian ramai.

Berkongsi foto dirinya memakai topi dan baju ‘hoodie’, netizen puji Neelofa bukan sahaja cantik tetapi kelihatan ‘swag’ seperti remaja. Fesyen itu memang sangat bersesuaian dengan beliau meskipun berhijab.

Pada kami, fesyen Neelofa kali ini masih lagi menjaga penampilannya sebagai seorang ikon wanita muslimah dan tidaklah terlalu pelik seperti gaya-gaya sebelum ini yang dikecam ramai. Memang ‘hipster’ dan ‘swag’ habis. Apa pula komen korang?

Written by Bella | March 30th, 2018

Ramai yang berkata, lumrah hidup sebagai seorang selebriti popular pasti akan dihimpit kontroversi dan gosip. Namun, awal tahun ini sahaja Neelofa ditimpa satu demi satu kontroversi yang mengundang pelbagai kecaman daripada netizen.

Namun, setiap fitnah dan kritikan yang diterima sedikit pun tidak membuatkan Neelofa berduka. Malah, ia menjadikan beliau seorang yang lebih kuat dan tabah.

Saya gembira dengan diri sendiri, dengan kehidupan dan dengan apa yang ada. Apa pun yang telah terjadi, saya tahu kritikan tetap akan datang. Kekal positif dan kuat melawan itu semua.

Saya belajar mengenali dengan lebih dalam siapa diri sendiri. Nilai hidup yang dimiliki, kekurangan dan kelebihan. Apa pun orang cakap, tak ada yang boleh mematahkan saya. Campaklah fitnah apa pun, kecaman apa pun, itu adalah peluang saya belajar kenali diri lagi. Saya bersyukur Allah datangkan ujian yang tersirat dengan hikmah yang maha besar.

Tidak dinafikan, Neelofa bukanlah calang-calang wanita kerana beliau bukan sahaja dikenali dalam bidang seni tetapi melakar kejayaan sendiri menerusi perniagaan yang diusahakannya. Ambil lah sisi positif Neelofa sebagai inspirasi untuk wanita lain mencapai kejayaan mereka sendiri.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | January 12th, 2018

Baru sahaja berusia 28 tahun, selebriti popular Neelofa sudah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang seni dan perniagaan. Pendek kata, rezeki beliau memang murah.

Walaubagaimanapun, ada impian Neelofa yang belum tecapai iaitu membuka sebuah pusat Al-Quran.  Neelofa berharap peminat dapat mendoakan agar hasratnya itu akan termakbul satu hari nanti.

Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu. Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian tersebut. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah.

InshaAllah hasrat yang baik pasti akan dipermudahkan serta diberkati oleh Allah SWT. Kami mendoakan agar impian murni Neelofa itu akan tercapai satu hari nanti.

Sumber Berita : Utusan Online