November 2nd, 2020

Pelakon Jasmin Hamid diakui jarang tampil berkongsi mengenai hal-hal melibatkan keluarga dan peribadi kepada umum.

Namun, baru-baru ini Jasmin Hamid dilihat ada memuat naik beberapa keping foto bersama adik perempuannya yang hampir seiras dengan raut wajah pelakon itu menerusi ruangan Instagram miliknya.

Malah, pelakon senior itu juga sempat memberikan pesanan kepada peminat di luar sana supaya menatap wajah adiknya itu jika rindu atau teringat ketika dia sudah tiada lagi di dunia ini.

“One and only. Adik perempuan saya. Sama kan? Masa saya muda belia, saling tak tumpah macam muka adik saya. Cuma muka dia lagi runcing, muka saya bulat. Badan pun runcing sama je. Dah nama pun adik beradik. Jangan confuse tau. Bila saya dah tak ada nanti, bila rindu kat saya, boleh la tengok muka adik saya @missjaegerbomb..”

Rata-rata peminat dan juga rakan artis turut tidak menyangka bahawa pelakon ini mempunyai saudara perempuan yang hampir seiras.

View this post on Instagram

Lina… Lina.. #deritauntukbahagia Hebat Bukan?

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Sering menggunakan tagline ‘Hebat Bukan?’, Jasmin Hamid kini difahamkan sedang sibuk menjalani penggambaran drama bertajuk Derita Untuk Bahagia yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

August 25th, 2016

Umum mengetahui bahawa ibu kepada pelakon Jasmin Hamid baru sahaja beberapa bulan meninggal dunia. Oleh itu, Jasmin sering menziarah pusara ibunya dan berkongsi foto ketika berada di kubur di akaun Instagram miliknya.

Namun, tindakan Jasmin memuat naik foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak yang mengatakan Jasmin sengaja ingin menunjuk-nunjuk.

Walaubagaimanapun, Jasmin menerusi portal mStar Online berkata tujuna beliau memuat naik foto ketika menziarahi kubur ibunya  hanya untuk memberi peringatan kepada dirinya sendiri.

Saya selalu muat naik gambar menziarahi kubur ibu saya adalah untuk diri saya sendiri dan tidak sedetik pun terniat ingin menunjuk-nunjuk.

Saya sedar ada yang kurang senang, saya tahu doa seorang anak itu, dia tidak perlu datang ke kubur, tapi bagi saya ia adalah pandangan masing-masing dan apabila saya ke sana saya lebih dekat dengan kematian.

Tambah Jasmin, beliau sedar seorang wanita tidak boleh berada lama di kawasan perkuburan berkenaan, tetapi beliau hanya ingin memastikan keadaan kubur arwah ibunya itu bersih dan tidak rabak kerana masih baharu.

Pada masa yang sama, Jasmin memberitahu beliau merasa terkejut apabila mendapati botol yang ditanamnya untuk meletakkan bunga pada pusara ibunya telah dicabut pada hari Selasa lepas.

Tentu sekali Jasmin merasa amat sedih dan meminta jika ada pihak yang tidak berpuas hati untuk terus bertemu empat mata dengan beliau.

Ibu Jasmin Hamid, Allahyarhamah Khadijah Adnan berusia 62 tahun meninggal dunia pada 26 Mei lalu akibat serangan jantung.

Sumber Berita : mStar Online

August 3rd, 2015

Pelakon terkenal, Jasmin Hamid meminta peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali dirinya untuk mendoakan kesihatan ibunya yang  kini berada di hospital selepas terkena serangan jantung.

Jasmin menerusi akaun Instagram miliknya semalam telah memuat naik foto beliau bersama ibunya yang kini sedang terlantar di hospital.

As Salam semua. . pada semua saudara mara,sahabat, kenalan dan penyokong-penyokong saya yang saya kasihi dan sayangi. Pagi ini, sekali lagi mama saya kena serangan jantung (Heart attack).. dan di masukkan ke wad.

Mohon pada semua, doakan untuk mama saya agar cepat sembuh dan panjangkan umur mama saya terutama kepada yang mengenali mama saya. Maafkan segala salah silap mama saya dan halalkan makan minum mama saya selama ini, amin. #sad #mother #parents #doa

Tidak dapat dinafikan jelas kelihatan di air muka Jasmin bahawa kesedihan dan kebimbang menyelubungi dirinya sekarang. Tentu rasa sebak melihat insan yang kita sayangi dalam keadaan sebegitu.

Kami di BeautifulNara mendoakan agar Jasmin Hamid tabah dengan dugaan ini dan semoga ibunya dapat kembali pulih. Mari sama-sama kita doakan ya.

Sumber Berita: Murai