November 28th, 2018

Bila sebut nama Fasha Sandha pasti semua tahu kerjaya lakonan beliau sudah berada pada tahap yang agak tinggi dan turut disegani ramai.

Sangat dedikasi dengan kerjayanya dalam bidang lakonan, Fasha menerusi akaun Instagramnya memberitahu salah satu kunci kejayaan beliau sepanjang 16 tahun bergelar anak seni adalah dengan menjaga disiplin serta sering berlaku jujur.

Menurut Fasha, beliau juga tidak pernah berkata buruk mahupun menjaga tepi kain orang.

Satu perkongsian yang sangat bermakna daripada Fasha, beliau sememangnya dikenali sebagai pelakon yang berkualiti dan mempunyai disiplin tinggi apabila melibatkan komitmen kerjaya. Harapnya pendatang baru dalam bidang lakonan boleh mencontohi sikap Fasha.

Kredit Foto : Nizarhafiz Mustafa

August 20th, 2018

Bergelar selebriti popular memang agak sukar untuk lari daripada kotroversi ataupun menjadi perhatian orang. Dengan zaman media sosial ini pula, hampir segala yang mereka lakukan akan dikritik dan dikecam sehingg ada yang menutup ruangan komen di Instagram kerana tidak mahu rasa sakit hati ataupun tertekan.

Berkongsi video di belakang tabir ketika beliau menjalani sesi fotografi untuk sebuah iklan produk kosmetik, Fasha juga turut menutup ruangan komen di ‘posting’ tersebut di akaun Instagramnya agar tidak menjadi satu isu besar selain menerima komen yang melampau daripada netizen.

Namun, tindakan beliau itu disindir oleh seorang pegikutnya . Individu tersebut turut mengkritik betapa Fasha nampak buruk memakai baju seksi paras dada.

Bengang dengan komen berkenaan, Fasha memuat naik foto wanita bertudung itu dengan anak-anaknya dan mempertikai sikap seorang wanita muslimah. Kata Fasha, beliau terpaksa berpakaian sebegitu atas tuntutan kerja dan perkara itu adalah antara dirinya dengan Tuhan. Orang lain tidak perlu mencampuri urusannya itu.

Namun, rata-rata netizen berpendapat tindakan Fasha seakan mengaibkan wanita tersebut. Mungkin komen yang diberikan olehnya agak kasar, tetapi Fasha haruslah menerima setiap teguran dengan hati terbuka dan janganlah memperbesarkan lagi isu.

Tidak dinafikan teguran wanita itu kepada Fasha bunyinya agak kasar. Dalam kita ingin memberikan nasihat ataupun menyampaikan mesej lakukanlah dengan cara yang lebih berhemah agar tidak timbul sebarang salah faham ataupun membuatkan orang lain sakit hati.

February 7th, 2018

Memuat naik “screenshot” panggilan video bersama seorang lelaki dengan kapsyen penuh romantis baru-baru ini, ramai sekali ingin tahu siapakah gerangan jejaka yang sudah berjaya mencuri hati pelakon jelita Fasha Sandha.

Fasha akui beliau kini sangat bahagia tetapi beliau masih belum mahu mendedahkan identiti jejaka yang dikatakan sedang rapat dengannya itu. Buat Fasha, biarlah ia menjadi rahsia kerana takut bahagia yang dirasa nanti hilang.

Hanya saya seorang yang tahu dengan siapa saya berkawan. Buat masa ini, saya lebih selesa berkawan saja. Bukan tak nak dedahkan, tetapi saya takut tak jadi. Bahagia kita jangan ditunjuk, nanti orang curi. Derita kita pula jangan beritahu semua orang, nanti kena keji.

Biarlah rasa bahagia itu saya simpan dalam diri. Nanti kalau memang sudah jadi, barulah saya akan kongsi. Apa pun, saya akui sangat bahagia sekarang kerana saya tidak lagi rasa sunyi.

Semoga kebahagiaan Fasha ini akan berkekalan dan siapa tahu mungkin ada jodoh utuk ke fasa yang seterusnya pula. Doakan yang baik-baik sahaja buat beliau.

Sumber Berita : BH ONLINE

January 29th, 2018

Sejak kebelakangan ini, hati pelakon jelita Fasha Sandha agak berbunga. Bermula dengan memuat naik surat terbuka buat bakal suami, ramai yang bertanya adakah beliau sudah bertemu dengan teman istimewa?

Terbaru, Fasha menarik perhatian ramai lagi dan di gosipkan sedang dilamun cinta apabila memuat naik satu “screenshot” panggilan video bersama seorang jejaka di Insta Stories beliau.

Walaupun menutup wajah jejaka tersebut, Fasha dilihat menulis ayat-ayat yang penuh romantis berbunyi “ You make me happy when skies are gray. Please don’t take my sunshine away”. Ayat tersebut seperti dituju kepada seorang kekasih bukan?

Kalau Fasha bercinta pun apa salahnya, beliau juga sudah lama bergelar janda. Setiap manusia di dunia ini pasti ingin mencintai dan dicintai. Semoga Fasha dipertemukan dengan jejaka yang ikhlas menyayanginya dan semoga bahagia selalu disamping insan tercinta.

Sumber Berita : Astro Gempak