Written by Irsa | November 22nd, 2019

Sejak kebelakangan ini, ramai betul yang asyik melekat di hadapan kaca televisyen hampir setiap hari bagi menonton drama “Cemburu Seorang Perempuan”. Nyata pertaruhan yang dibuat Astro untuk mewujudkan slot drama baru pada jam 7 petang itu menjadi!

Setiap episod, pasti ada sahaja babak dan adegan yang membuatkan penonton marah, sedih, geram dan bermacam-macam emosi lagi. Terkesan sungguh semua orang dengan plot cerita “Cemburu Seorang Perempuan” ini.

cemburu seorang perempuan

Paling mengejutkan penonton ialah bakat lakonan yang ditonjolkan oleh Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong. Tapi paling ‘real’ sekali ialah lakonan gila yang dilakonkan oleh Emma Maembong menerusi watak Emi.

Lakonan cemburunya diiringi dengan babak terpekik terlolong nyata membawa kelainan daripada watak-wataknya yang sebelum ini. Baru-baru ini, Emma telah berkongsi sedutan pendek selepas dia merakamkan babak Emi menggila apabila mendapat tahu bahawa Zik dan Dhia akhirnya telah benar-benar bersama.

Daripada entri itu, Emma kelihatan penat selepas menjayakan babak tersebut. Dia juga menyatakan bahawa dia sakit kepala dan pening kerana asyik terjerit-jerit.

Sakit doh badan.

Kebanyakan penonton memuji lakonan Emi yang sangat menjadi sehingga membuatkan mereka turut geram apabila melihat dia ‘menggila’. Ada juga yang meluahkan bahawa mereka berasa seram melihat Emi menoreh tangan pada episod kelmarin.

Jangan lupa terus saksikan “Cemburu Seorang Perempuan” sehingga ke akhir episod!

Sumber: Instagram

Written by Bella | March 13th, 2018

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon wanita cantik Emma Maembong? Beliau mempunyai darah campuran Melayu-Scotland dan dari situ lah Emma memiliki wajah pan asian yang menjadi pujaan ramai.

Baru-baru ini, Emma menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik video mempromosikan produk kecantikan. Dalam video tersebut, Emma bertutur dalam bahasa Inggeris siap dengan loghat Scottish.

Walaubagaimanapun, ada netizen mempertikaikan sebutan Emma dalam bahasa Inggeris.  Sepatutnya Emma boleh bertutur dengan lebih baik memandangkan beliau seorang berdarah campuran.

Emma dengan tenang mengakui beliau tidak pandai berbahasa Inggeris dan menerima teguran itu secara terbuka. Namun, biarlah orang yang menegur beliau itu menggunakan bahasa yang lebih sopan.

Apa yang dikatakan oleh Emma itu betul. Dalam menegur biarlah kita gunakan ayat yang lebih baik dan jangan menjatuhkan semangat orang lain.



Written by Bella | September 21st, 2015

Hubungan yang terjalin antara Kamal Adli dan Emma Maembong bukan lagi satu cerita baru, walaupun sering kelihatan bersama dan rapat di dalam setiap foto mereka bersama, Kamal bagaimanapun masih lagi belum memikirkan soal kahwin buat masa ini.

Buat Kamal, beliau dan Emma masing-masing memerlukan lagi masa untuk benar-benar mengenali hati budi masing-masing dan mahu benar-benar bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

Bagilah masa kepada saya dan Emma untuk mengenali dengan lebih rapat. Saya tak mahu terburu-buru dalam soal ini dan perlu berhati-hati dalam setiap langkah. Bukan tak mahu berkahwin tapi biarlah saya benar-benar bersedia boleh memikirkan untuk ke fasa seterusnya.

Umum mengetahui Kamal dan Emma pernah gagal dalam percintaan dan sekarang Kamal masih lagi membina semula rasa cintanya dan meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka berdua. Malah, beliau juga berjanji tidak akan menyorok sebarang berita gembira jika jodoh berpihak pada mereka suatu hari nanti.

Sekarang saya masih lagi membina semula rasa cinta. Dulu saya pernah terjatuh dan sekarang fasa untuk bangun semula. Buat masa sekarang tiada yang mahu didedahkan kepada umum. Doakan yang terbaik untuk kami. Insya-Allah kalau ada perancangan besar nanti akan saya umumkan kepada semua.

Kalau sudah jodoh tidak kemana, bab kahwin ini tidak boleh terburu-buru ambil lah masa untuk mengenali pasangan dengan lebih baik sebelum berkahwin.  Nak cari teman hidup ini biarlah yang betul-betul boleh terima antara satu sama lain dengan seadanya baik di hari buruk mahupun bahagia.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by AbangNara | July 26th, 2015

Salah satu cabaran selebriti yang berhijrah ialah komen-komen daripada para pengikut mereka di laman sosial. Biasalah kadangkala ter’upload’ gambar baju yang kurang sesuai dengan imej bertudung. Baju terketat sikit, tudung tak cukup labuh dan sebagainya. Ada sesetengah manusia ini berlagak seperti Tuhan dan begitu cepat menghakimi seseorang. Kesilapan sekecil kuman pun boleh nampak. Terus ditegurnya habis-habisan. Kalau guna ayat yang positif tak apalah juga, ini ayat yang digunakan memang sentap dan ‘daring’ habis. Itulah yang terjadi kepada Emma Maembong.

emma maembong

Kadang-kadang Abang Nara tengok Instagram Emma Maembong dah jadi macam medan perang dah. Ada pihak mempertahankan Emma, dan ada pihak yang kutuk habis-habisan. Menariknya, pihak yang mengutuk ini tidak pula bertudung. Bak kata pepatah, kuman sebarang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Bagi Emma Maembong, kalau nak tegur, biarlah tegur secara berhemah dan positif. Kalau tegur melampau ini memang boleh sakit hati dibuatnya.

Soal hati dan ketetapan diri, biarlah antara saya dengan Tuhan. Saya juga terbuka dengan teguran tapi janganlah menegur seperti mereka itu sempurna. Ada yang tegur cara saya berpakaian selepas bertudung tak okey, saya terima dan ambil positif. Tapi ada yang lantang menegur tanpa sedar diri. Apabila dilihat diri mereka sendiri ada yang tak bertudung dan melakukan perkara yang lebih teruk.

Biasalah pengikut di laman Instagram ini ada yang nak cipta perhatian dengan memberikan komen pedas dan negatif. Kalau nak tegur pun atau menghukum orang pun, janganlah sampai begitu daring.

Saya memang jarang menyekat dan memadamkan komen yang ditulis bersifat negatif. Orang negatif sebegini adakalanya mereka tak cermin diri pun. Nak mengata orang, tapi diri sendiri lebih teruk. Normallah. Nasihat saya kepada orang sebegini, lebih baik nasihatkan diri sendiri dahulu. Senang cerita, nasihat positif saya ambil jadikan pegangan dan teladan manakala yang negatif itu saya tolak ketepi

emma maembong

Fuh memang pedas kata-kata Emma Maembong. Agak memalukan juga kalau kita menegur orang tapi tup-tup diri sendiri kantoi tak melakukan lebih baik daripada orang yang ditegur. Namun memang ada sesetengah manusia yang gemar menegur secara melampau untuk mencuri perhatian. Nak jadi femes sekelip mata. Mungkin mereka seronok apabila dapat banyak ‘notification’ di Instagram. Kurang kasih sayang mungkin. Hehehe.

emma maembong

Bak kata Emma Maembong, nak tegur tue boleh tapi tegurlah secara positif. Dan pastikan ayat yang digunakan itu berhemah. Kalau boleh janganlah sakitkan hati orang lain. Tak gitu? Lagi beberapa gambar Emma Maembong dengan membaca artikel ini sepenuhnya.