Baru-baru ini, hangat diperkatan mengenai gosip Emma Maembong bakal menamatkan zaman bujangnya pada Februari ini dan dikhabarkan, bakal suaminya itu kacak orangnya dan mempunyai wajah ‘Chinese look’.
Terbaru, Emma dikatakan bakal melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr S pada Khamis ini. Difahamkan, majlis itu diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Sebelum ini, ada yang mengatakan bakal suami Emma bukan calang-calang orangnya dan merupakan kerabat diraja. Namun, dakwaan itu tidak benar dan jejaka yang berjaya menawan hati Emma sebenarnya bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan dan berusia 32 tahun.
Menurut sumber, perhubungan Emma dan bakal suami berlangsung dalam tempoh singkat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Malah, segala butiran lanjut untuk majlis raja sehari mereka tidak didedahkan bagi menghormati permintaan keluarga pihak perempuan.
Meskipun berita tentang perkahwinannya sudah hangat diperkatakan, Emma masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Jika perkhabaran ini benar, tahniah kami ucapkan. Pasti ramai peminat yang tidak sabar untuk melihat Emma naik pelamin dan ingin mengetahui siapakah gerangan jejaka yang berjaya mencuri hatinya.

Anonymous
February 19, 2020 at 10:08 am
lawa ceritanya…SEADANYA AKU….ah…
Anonymous
February 18, 2020 at 5:11 pm
Mr s tu mr shazli. kan senang letak nama penuh ja. haishhhhhhhh. mmg conpem kahwen pon tu kamis ni.
Anonymous
February 18, 2020 at 11:54 am
Bercinta dengan yang laen, kawin dengan yang laen juga
korok
February 18, 2020 at 11:46 am
ada kisah nak kawin ke apa…org skrg sebok dengan wabak penyakit akhir zaman…yang meninggal lagi…