Written by serenity | February 18th, 2015

Beberapa hari lepas pengacara Azwan Ali telah memuatnaik satu status di Instagram mendakwa seorang selebriti yang namanya bermula dengan huruf ‘J’ telah menyihir beliau menyebabkan kakinya  berbisa. Kemudiannya Azwan telah mendedahkan siapa selebriti tersebut melalui Instagramnya.
 photo Jaafar Onn mandi buih.jpg

Hari ini melalui mStar Online, Jaafar meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai ‘bapuk tua’ agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri.

Abang Jaafar yang kini berusia 64 tahun memberitahu  tidak terkesan dengan hinaan berkenaan kerana sudah lali dengan pelbagai tohmahan sepanjang bergelar artis namun hanya mengetahui mengenai perkara itu apabila ditanya oleh wartawan.

Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu.

Azwan Ali bagaimanapun telah menafikan kepada sebuah portal hiburan yang dia pernah memuat naik status seperti itu, sebaliknya ia dilakukan oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.

Abang Jaafar mendakwa sudah lama tidak mempunyai urusan dengan Azwan dan tiada sebab baginya untuk melakukan perbuatan syirik seperti itu kerana tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

Tidak diketahui siapa yang berada di pihak yang benar. Apa pun secara umumnya di media sosial kita semua harus berhati-hati kerana mungkin apa yang dimuat naik itu menyusahkan orang lain pula.

Share saja benda-benda bermanfaat dan berfaedah, kalau ada benda yang tidak baik simpan saja untuk diri sendiri apalagi jika kebenarannya tidak dapat dibuktikan. Tak gitu?

Written by serenity | February 17th, 2015

Finale Maharaja Lawak Mega 2014 telah berlalu. Seperti yang anda maklum kumpulan Zero telah memenangi petandingan itu manakala Sepahtu mendapat tempat kedua.

Susulan itu, kita dikhabarkan Nabil bersara manakala Sepahtu mengumumkan menarik diri dari pertandingan itu pada tahun hadapan.

Melalui penulis ruangan pojok Harian Metro, penulis Cik Pang memberitahu melalui sumbernya bahawa Jep Sepahtu mengamuk dan meluahkan rasa tak puas hati di belakang pentas apabila Zero diumumkan sebagai juara pada malam itu.

Sumber juga mengatakan Jep mengeluarkan makian dan memberi amaran untuk mendapatkan dalang yang menyebabkan ketewasan Sepahtu pada finale MLM 2014.

Dikatakan bahawa Jep mendakwa seseorang melakukan ilmu hitam terhadapnya sehingga dia dan Shuib tidak dapat memfokuskan untuk finale itu dan menyebabkan kekalahan mereka. Katanya, Jep serius dangan dakwaan itu dan membawa tentangnya ke pengetahuan pihak atasan Astro Warna.

Dakwa sumber yang merupakan orang produksi MLM 2014, disebabkan kejadian itulah Sepahtu mengambil keputusan untuk menarik diri dari menyertai pertandingan pada tahun hadapan.

Sememangnya dakwaan Jep itu sesuatu yang serius namun agak sukar dibuktikan. Apakah tindakan yang diambil Jep untuk mencari pesalah yang dikatakan dan apakah pula tindakan yang bakal diambil beliau apabila pesalah itu ditemui? Hanya Jep yang tahu jawapannya jika benar kata-kata sumber Cik Pang tersebut.

Bersama kita nantikan hasilnya.

Written by serenity | December 2nd, 2013

Ya, sememangnya berita percintaan antara Johan As’ari dengan pelakon seksi Lana Nordin merupakan bualan hangat di kala ini. Jadi kami harap pembaca BN dapat bertahan dengan berita berkala tentang mereka yang pastinya akan dilaporkan dari pelbagai aspek. Khabarnya, timbul dakwaan yang Lana telah menggunakan ilmu hitam untuk memikat Johan As’ari.

 photo lana.jpg

Gambar mStar

Ialah, mulut orang bukan boleh ditutup, apatah lagi kisah percintaan mereka ini berlaku dalam masa yang singkat. Lana Nordin melalui mStar Online memberitahu yang dakwaan tersebut tidak masuk akal:-

Susah untuk terangkan situasi ini, saya anggap perkenalan dalam tempoh tiga hari ini dan kemudian terus dilamar dianggap sebagai pertemuan baik antara saya dan Johan.

Ini kerana saya mahu seorang lelaki yang menerima saya seadanya dan kemudian membimbing saya mengubah diri ke arah kebaikan. Terkejut juga apabila orang anggap saya gunakan ilmu hitam terhadap Johan. Itu adalah tuduhan yang tidak masuk akal.

Lana juga tidak menafikan yang ibu Johan masih belum dapat menerima dirinya sebagai calon menantu dengan sepenuhnya, namun baginya perubahan penampilan yang bakal dilakukan secara sedikit demi sedikit akan membantu wanita itu yang dikenali sebagai Datin Firdaus untuk menerimanya.

Johan juga khabarnya percaya perubahan Lana untuk menjadi seorang Muslimah yang baik pasti akan membuatkan ibunya menerima wanita yang dicintai itu.

Tak baik betul siapa yang kata Lana ‘mandrem’ tu kan. Cinta memang tak kenal usia, atau latar belakang. Kalau hati mereka berdua dah suka tidak perlu kita mempertikaikan, apatah lagi keduanya bujang trang tang tang. Sebaliknya, mari kita doakan kebahagiaan mereka saja.