Written by AbangNara | December 26th, 2012

Pucuk dicita ulam mendatang. Tengah Abang Nara terfikir nak pergi berehat menghirup udara segar, tiba-tiba Abang Nara mendapat undangan untuk ke Awana Genting. Bukan pergi sekadar suka-suka sebab Abang Nara ditugaskan untuk member sedikit “talk” kepada bloggers yang hadir.

awana genting

Mulanya Abang Nara ingatkan event ini akan dijalankan di hotel Awana Genting. Rupa-rupanya Abang Nara tersilap. Bersebelahan hotel Awana, ada sebuah rumah panjang yang agak tersorok. Kehadiran Abang Nara disambut dengan kicauan 200 spesies burung.

awana genting

Udara yang nyaman, suasana penuh ketenangan dan pemandangan yang menghijau menyebabkan badan Abang Nara terasa lebih segar. Namun di sebalik ketenangan itu, Abang Nara terkejut apabila masuk ke dalam rumah panjang. Penuh dengan hantu-hantu di dalamnya.

awana genting

Rupa-rupanya tema event yang dianjurkan oleh Awana Genting kali ini ialah Halloween Night. Ramai jugak bloggers yang join aktiviti ini. Sayangnya Abang Nara datang lewat sehingga terlepas beberapa aktiviti menarik. Jeles plak tengok muka ceria mereka melakukan senaman beramai-ramai.

awana genting

Selepas makan malam dengan seafood yang amat lazat, Abang Nara dan para blogger berkumpul semula di rumah panjang. Gelabah jugak sebab kena berkongsi pengalaman selama 4 tahun menjadi blogger dengan mereka. Nasib baik ada seorang lagi speaker iaitu Ernest Ng yang popular dengan komik blog www.dontlikethatbro.blogspot.com.

awana genting

Setelah selesai sesi Ernest Ng, Abang Nara pun mengambil mikrofon untuk berkongsi cerita serba sedikit tentang dunia blogging. Banyak jugak soalan yang diterima. Yang seronoknya tak sangka ramai juga pembaca BeautifulNara yang berbangsa Cina. Ternyata berita selebriti adalah bersifat universal.

awana genting

Selepas sesi tersebut, ada pula sesi penyampaian hadiah. Best jugak hadiah-hadiah yang dimenangi oleh bloggers yang hadir. Ada yang dapat penginapan percuma, ada yang dapat free theme park access dan macam-macam lagilah. Kesemua bloggers yang hadir adalah Genting Evangelist di laman web Nuffnang.

awana genting

Sayangnya Abang Nara tak sempat bermalam di rumah panjang Awana Genting sebab rindukan anak. Malam itu juga Abang Nara balik ke rumah dengan 1001 kenangan manis. Yang penting, otak terasa fresh dapat menghirup udara segar di Genting. Satu hari nanti Abang Nara akan datang bawak wife dan anak pulak jalan-jalan di Awana Genting.

awana genting

Namun diharapkan ketika itu perhiasan di rumah panjang Awana tidak lagi bertemakan Halloween. Kang tak pasal-pasal anak Abang Nara menangis pulak. Hehehe. More info tentang Awana Genting, boleh layari www.awana.com.my.

Written by AbangNara | July 7th, 2009

snack lurve

[note]Sila skroll ke bawah untuk membaca artikel terbaru kami. Buat sementara waktu artikel ini akan berada di tempat teratas agar anda semua leh join pertandingan My Lurve Affair With XXX untuk memenangi MacBook [/note]

Harini kami ade gossip paling hangat. Sebenarnye BeautifulNara sendiri ade menjalin ‘affair’. Siapakah pasangan ‘affair’ yang diperkatakan itu?

Kami akui yang kami gila blogging. Kalau bahasa omputihnya, LURVE AFFAIR With BLOGGING lah kiranya. BeautifulNara nie adalah salah satu daripada blog kami. Dan BeautifulNara sememangnya blog feveret kami sebab pembaca-bacanya yang best (anda semualah tue).

Hari ini kami nak bongkar satu rahsia. Rahsia tentang macam mana kami boleh bertenaga mencari sumber-sumber gosip terkini, stay up bersengkang mata sampai malam untuk update blog dan rahsia mendapat idea gossip mantap .

Setiap malam sebelum kami mula memblog, kami akan beli 3 hingga 4 pek LURVE macam dalam gambar di atas. LURVE nie ada perisa Hot ‘N’ Spicy, Seaweed Nori dan French Onion. Kalau sebut jajan(snack), mesti imej tak berkhasiat kan? NO NO NO (gaya Fafau) , LURVE Multigrain Chips sangat berkhasiat kerana ada pelbagai bijirin. So, makan Lurve = healthier snacking + gossip hebat !

snack lurve

Antara khasiat LURVE nie ialah sebagai pembekal tenaga untuk kitorang terus memblog. Secara logiknya lepas balik kerja memang tak larat dah nak tulis blog, nasib baik bila makan LURVE nie tetiba tenaga mental dan fizikal kami terus recharge. Memang hebat dan mantap!!!

Kami nak ajak anda semua sebagai pembaca blog BeautifulNara ikut jejak langkah kitorang melayan blog ini sambil makan LURVE. Mesti anda akan lebih bersemangat, bertenaga dan bertambah idea untuk mengomen. Hidup pun tambah sihat.

Korang sumer ade ‘affair’ tak? Kalau ade memang dasyat. Bolehlah turut serta dalam pertandingan snack LURVE, “What’s Your LURVE Affair? Mudah saja, anda cuma perlu:

1. Karang satu blog bertajuk ‘My LURVE Affair with XXX’ dalam blog anda. Lagilah kalau anda boleh kaitkan LURVE Affair anda dengan LURVE Multigrain Chips, lagi bagos!

2. Sesudah anda publish post anda, email kepada [email protected] dengan butir-butir berikut – nama penuh, nombor IC dan permalink blog post anda.

3. Jangan lupa baca Terms & Condition dan kepada mereka yang nak menyertai jangan lupa tuliskan sekali dalam email tue yang anda bersetuju 100% dengan T&C pertandingan ini. Penting tue, sila jangan lupa tau.

Cepat-cepat jangan lambat-lambat! Pertandingan bermula 23 Jun 09 sampai 12 Julai 09. Macam-macam hadiah bakal anda menangi. Hadiah utama, MacBook Pro 13-inci 2.26GHz tue beb. Lagipun 3 pemenang terpilih dapat masuk TV! Personal airtime selama 4 minit dalam 8TV Quickie bersama Belinda Chee dan Henry Golding. Glamour u~~. Silap-silap BeautifulNara kene tulis gossip pasal korang plak.

Kalau nak tau lebih lanjut, boleh pergi ke blog pertandingan LURVE nie. Ada info lebih lanjut tentang pertandingan yang sedang berlangsung. Ape kata anda semua pon turut serta bertanding. Mungkin anda semua boleh bercerita tentang LURVE Affair anda dengan BeautifulNara kat sana.

Jadi, ”What’s Your LURVE Affair?” Jom join pertandingan nie ramai-ramai!!!

snack lurve