Written by Bella | December 6th, 2017

Muat naik video “boomerang” seakan sedang cium mulut bersama suami di akaun Instagramnya, pelakon Ika Nabella sejak beberapa hari lepas dihimpit dengan kecaman daripada netizen apabila video tersebut mula viral di media sosial. Mereka kurang senang melihat aksi Ika dan suaminya meskipun hubungan mereka sudah halal.

Tampil memohon maaf kepada pihak yang tidak selesa dengan videonya itu, Ika bagaimanapun menjelaskan ciuman itu berlaku secara tidak sengaja.

Saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang tidak selesa atau rasa geli dengan video tersebut. Kalau anda lihat betul-betul saya bukan cium mulut dengan suami. Malah, kami tidak merancang untuk melakukannya. Ia berlaku secara tidak sengaja. Suami nak cium pipi tapi saya toleh terkena bibir. Malah, saya tergelak sebab rasa kelakar.

Walaupun tidak pernah menyangka isu tersebut akan menjadi viral, Ika buat masa ini belum mahu memadam video berkenaan. Ika juga merasa lega kerana ada sesetengah pihak yang memahami situasinya dan berpendapat perkara ini tidak perlu diperbesarkan.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | December 19th, 2016

Tentu anda masih ingat dengan berita panas dan mengejutkan apabila pelakon Ika Nabella ditumbuk oleh pengarah terkenal Azma Aizal Yusoof kerana pelakon wanita itu tidak dapat memenuhi apa yang dikehendaki oleh pengarah berkenaan.

Tidak trauma dengan apa yang berlaku, Ika masih lagi melakonkan watak wanita dikasari, cuma kali ini beliau  meminta gandingannya untuk lebih berhati-hati agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Saya ada terima tawaran memegang watak sebagai wanita yang dikasari dan menjadi mangsa. Cuma saya akan ingatkan pelakon gandingan saya agar lebih berhati-hati.

Ia bukan kerana saya serik atau trauma kisah lalu tetapi sebagai langkah terbaik agar perkara lalu tidak berulang.

Selepas beberapa siasatan yang dijalankan, Azma akhirnya didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang dan telah dikenakan denda sebanyak RM 2,000. Azma juga ada meminta maaf kepada Ika atas apa yang berlaku.

Ika juga membuat keputusan untuk tidak lagi memanjangkan perkara berkenaan dan berdendam. Namun, beliau sudah serik untuk berlakon dibawah arahan Azma.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | July 28th, 2016

Pelakon dan bekas pelajar Akademi Fantasia, Ika Nabella bakal berkahwin dengan kekasih hatinya Muhamad Zaid pada hari Sabtu ini.

Sebelum menanti detik bergelar isteri orang, rakan-rakan karib Ika telah mengadakan “bachelorette party” khas buat beliau baru-baru ini. Majlis tersebut diadakan di sebuah restoran di ibu kota.

Menerusi akaun Instagram Ika Nabella, beliau ada kongsikan beberapa foto sekitar majlis khas itu.

Jom kita lihat beberapa lagi foto “bachelorette party” Ika Nabella dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Foto : Instagram Ika Nabella

 
Written by Bella | June 1st, 2016

Sekitar tahun lepas, hangat dengan kes dimana pengarah terkenal Azma Aizal Yusoof telah memukul pelakon Ika Nabella ketika menjalani penggambaran drama Dawai Asmara.

Ika Nabella ditumbuk secara bertubi-tubi pada bahagian badan dan muka kerana tidak dapat menjiwai watak yang diberikan dengan baik.

Walaubagaimanapun, Azma telah didenda RM 2,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Ampang.

Kini sudah beberapa bulan selepas kes tersebut terjadi, Ika Nabella dalam kenyataan terbaru beliau memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Azma semula.

Malah, Ika Nabella tidak pernah menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap Azma atas apa yang berlaku.

Jika selepas ini ada peluang untuk kami bekerja semula, saya okay sahaja. Saya bersikap profesional dan tidak menyimpan sebarang dendam terhadap dirinya.

Namun begitu, selepas kejadian tersebut, saya tidak pernah lagi berjumpa atau terserempak dengan dia. Sebelum ini, dia pernah menghantar mesej meminta maaf dan saya cuma membalas ‘it’s okay’ sahaja.

Alhamdullillah jika tiada perasaan dendam yang disimpan didalam hati Ika Nabella, meskipun apa yang berlaku boleh dikatakan kenangan yang agak pahit, namun tiada gunanya untuk kita terlalu mengenangkannya. Maafkan orang lain, hidup tentu tenang. Ewah..kemain..

Sumber Berita : Astro Gempak